Thursday, May 31, 2012

Resepi agar2 cendol

Assalammualaikum
Isteri akan mendapat pahala solat jemaah walaupun hanya menunaikan solat di rumah seandainya si suami berjemaah di rumah masjid/surau. Mungkin tidak banyak hadiah yang mampu suami berikan kepada isterinya, namun cubalah membuka jalan untuk dirinya ke syurga. InsyaAllah.

Hari ni mama nak share resepi agar2 cendol...jum cuba buat...mulakan dengan bismillah ya~



Resepi Agar2 cendol:

BAHAN-BAHAN "A"
5 gram agar2 serbuk
60 gram gula melaka, potong kecil*
3 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
650 ml air
Sedikit pewarna coklat
Gula (extra)

BAHAN-BAHAN "B"
5 gram agar2 serbuk
250 ml pati santan
400 ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa (nak bagi rasa lemak sahaja)

BAHAN LAIN
Cendol secukupnya.

CARA MEMBUATNYA

UNTUK AGAR2 GULA MERAH (A) :- Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air , masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar2. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar2 larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci...ketepikan sebentar.

UNTUK AGAR2 SANTAN (B) :- Satukan serbuk agar2, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak2, kacau rata dan biar suam.


UNTUK AGAR2 CENDOL :- Bila agar2 gula merah hampir keras, cakar2 permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya atas agar2 gula merah tadi. Ratakan. Tuang pula agar2 santan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar2 keras. Potong dan hidangkan sejuk


 

2 Gambar cukup lah untuk kita nikmati......























Sekian .................................Wassalam

Wednesday, May 30, 2012

Resepi Double Decker Mousse

Assaallammualaikum  WBH

Engkau lihat air itu tenang mengalir.. tapi sedarkah engkau apa yang telah ia harungi untuk terus mengalir... engkau menilainya di permukaan cuma.. cubalah engkau selami sedalamnya.. dan rasai gelombang yang bisa menolak bangkah batu besar.. terfikirkah engkau dari mana datangnya daya kekuatan itu..?

Hidup ini penuh ranjau dan duri... penuh tangis dan air mata... ada luka yang perlu di rawat segera.. dan kadang kala kita alpa pada sesama saudara.. hati dan perasaan tersembunyi di dalam membuatkan kita leka.. tanpa sedar kita telah menguris hati mereka.. sesiapa sahaja yang punyai jiwa... dan tiba saat hati kita di lukai pula.. tanpa mereka sedar...

Ada masa kita pertikai.. kita bertanya.. mengapa ini.. kenapa itu.. bukan sebab diri tidak redha atas apa yang berlaku... yang penting kita kembali kepada asalnya.. mengadu pada yang mengaturkan.. berdoa di ringankan beban. bukannya menyalahkan dan bersangka buruk.. bukannya mengalah dan berputus asa..

Kita ini adalah hambanya... dan sangat sangat memerlukan bantuannya.. syukur bila kita di timpa kesusahan.. kerana dengan musibah itu kita akan kembali padanya semula... mengejutkan kita dari lena.. memohon dan berharap... dan moga moga biarlah pengharapan itu berterusan.. tidak kira saat susah atau senang...

Benarlah manusia ini sering lupa... betullah iman kita seperti graf ekonomi dunia... ada kala naik.. ada ketika jatuh... tapi harap bila jatuh tidak la menjunam kedasar... haraplah terus melonjak semula... seperti sebiji bola yang di tekan ke dalam air.. semakin dalam semakin kuat daya tolakan.. akhirnya bola itu melantun ke permukaan semula.. biarlah senipis kulit bawang.. asalkan iman yang ada itu tidak hangus di makan oleh dosa silam.. biarlah seitis air mata.. asalkan nanti dapat di persembahkan di hadapanya sebagai saksi dan bukti..

siang yang kejam,
malamku penuh dendam,
dan di antara keduanya adalah ruang;
tempat aku untuk berehat
memohon maaf atas kesilapan
merenung dan berfikir sejenak
atas apa yang berlaku pada siangnya
juga apa yang terjadi pada malamnya
aku tangisi,
sehinggalah mentari pagi bersinar
mengeringkan semula titis air mata
membuatkan aku alpa semula
menelusuri denai denai kehidupan
mengalir dan terus mengalir
walau jasad di robek duri
walau tubuh di gasak batu
aku tak pernah berhenti
selagi jari jemari ini belum kaku
takkan aku lepaskan tali itu.

Bismillah
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ
كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ
عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ
تَہۡتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya
(Aali-’Imran:103)


Dari wall FB Umi

  • Double Decker Mousse


    Bahan2:
    sepeket biskut oreo/kek span coklat

    Mousse coklat:
    100 nl krim tenusu
    180 gm coklat susu
    1/2 sudu perasa vanilla
    250gm krim bukan tenusu(putar separa kembang)

    Mousse coklat putih:

    100 nl krim tenusu
    180 gm coklat putih
    1/2 sudu kecil jus lemon
    300gm krim bukan tenusu(putar separa kembang)

    2 sudu besar Blueberry jem

    sos coklat:
    100 ml krim
    100 gm coklat hitam

    Cara menyediakan.


    1.Biskut oreo dihancurkan..masuk dalam cawan/bekas
    2.Utk buat mousse coklat susu,didihkan krim tenusu dan tuang kedalam coklat susu,biar sebentar,kacau sebati
    3.Masukkan perasa vanilla, dan kacau lagi,biarkan hingga sejuk
    4.Masukkan 1/3 dari krim bukan tenusu yg telah diputar,kaup dan balik perlahan2.
    5.Masukkan baki krim putar dan kacau perlahan
    6.Ulangi langkah 2 hingga 5 untuk mousse coklat putih.
    7.Untuk sos coklat,didihkan susu,tuang dalam coklat gelap kacau sebati
    (cara mama satukan krim dan coklat,dan panaskan hingga mencair...lagi sedap rasanya)
    8.Paipkan mousse coklat hingga 1/2 dari bekas yg dialas dasarnya dgn oreo/kek span.
    9.Paipkan mouuse coklat putih hingga hampir penuh.
    10.Paipkan sesudu jem bluberry(ikut suka lah kalau nak letak bnyk pun sedap)
    11.Akhir sekali curahkan sos coklat kedalam cawan tadi
    21.Masuk peti Ais satu jam...dan hias sebelum dihidangkan.......

Serius!..Memang sedap mousse ni...



3 cawan aje...2 cawan dah bag adik nurul jiran mama ..sian dia dua bradik je ..


Hari ni semua foto shoot sendiri


Hiasan tu nampak cantik dengan buah strawberry tapi takde...guna cocktail je la







 Resepi Istimewa ini mama copy dari majalah SAJI keluaran bulan Jun 2012...ada banyak resepi dari blogger masakan yg hebat....siapa lagi kalau tak Azlita masam manis...





Sekian terima Kasih....................Wassalamm...

Monday, May 21, 2012

SELAMAT HARI GURU(16 MEI)

Assalammualaikum WBH

Laa dah terlambat update hari guru punya aktiviti,takpe lah kan,yg penting tanda ingatan,Mama buatkan juga coklat bar untuk cikgu kelas kakak..untuk kawan2 sekelas kakak mama bagi kan praline coklat ...hmmm coklat ni sedap bila dikongsi bersama,ndak2 makan dengan orang tersayang..ada sikit bagi sorang sikit,ko gigit sekali aku gigit 2 kali...hehehe.

Tanda ingatan pada seseorang ni ada macam2..tanda ingatan biasanya kita ingat perkara2 baik tentang seseorang tu,bila kita ingat baik orang tu atau orang tu pernah berbudi dgn kita,kita kasi hadiah ataupun senilai satu sen SMS tanda ingatan atau pun ucapan terima kasih..jarang sgt kita kasi orang yg kita tak suka hadiah...kalau bagi jugak tu mesti ada niat yg tersembunyi kan....contohnya kita nak nampak kan pada org yg kita ni baik...jadi dgn langkah mcm tu kita berjaya memperdaya org lain,kita bole butakan mata org lain dengan teknik penipuan kita yg licik...kita nampak nya berpuas hati dengan hasil usaha jahat kita sendiri...ingat lah ...kat dunia memang kita akan terlepas dari hukuman..tapi tidak di akhirat.

Kawan2 kita atau bff kita yg telah kita butakan matanya pulak akan menjadi pekak kerana apa yg kita katakan nampaknya benar belaka,berjayanya lakonan kita,,,itu lah hasil dari manusia yg tidak jemu2 ikut langkah syaitan,hidayah tidak akan sampai pada manusia sebegini kerana hidupnya mengikut jejak syaitan durjana.kesian sungguh pada manusia2 sebegini.tapi lebih rasa kasihan kerana belum ada tanda2 keinsafan dihati nya,terserlah kejahatan hati nya melalui perbuatan2 dan status2 di facebook nya....makin terserlah niatnya untuk kembali mengambil tempat semula sebagai menantu....hehehe...apa la aku merepek2 perkara yg betul ni!

oraitt...biarlah dia dengan apa yg disukai nya,sebenarnya susah nak cakap pada orang yg sudah tidak ada rasa malu dalam dirinya...kerana prinsip hidupnya pun 'ada aku kesah'.....hmmmmm,




XL Crispy bar istimewa untuk cikgu... 






Ada ke kalau kita dah benci orang tu kita kasi hadiah? Aneh kan? 











SeKian Wassalam











Moga bertemu lagi Insyaallah

Selamat Datang 'Rejab'

Assalammualaikum WBH


Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami dalam bulan Rejab & Syaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan..Aamiin ya Rabbal alaamiin
Petikan TAZKIRAH (Peristiwa Rejab)

Antara peristiwa2 yg berlaku dlm bulan Rejab ialah:

1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku krn pihak musyrikin Makkah meningkatkan tekanan & ancaman kpd Rasulullah saw. Tujuan hijrah ini adl utk menyelamatkan iman & keselamatan diri di samping utk mencari tapak baru utk Islam.

2. Isra’ dan Mi’raj
Rasulullah saw dijalankan dari Makkah ke Baitulmaqdis di waktu mlm & diangkat ke langit bertemu Allah swt utk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah swt.

3. Perang Tabuk
Tabuk ialah nama sempena nama satu tempat di Utara Arab di mana Rasulullah saw & 30ribu tentera Islam berkumpul. Tentera Rom telah melarikan diri krn takut dan gerun.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Solahuddin Al-Ayubi telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Beliau lahir di Gaza, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab.
 
 
 
Tabarakallah..
Tiada Hadis Rasullullah berpuasa penuh didalam bulan Rejab dan Syaaban.(Tetapi kalau kita berpuasa dalam bulan rejab pasti Allah akan memberi pahala) Wallahualam
 
 







Sekian Wassalam

Saturday, May 19, 2012

Terima kasih!

Assalammualaikum WBH.

Terima kasih atau syukur terlalu rapat maknanya..penuh pegertian bagi insan yg tahu bersyukur dan berterima kasih,Nikmat pertama yg wajib kita syukuri ialah Nikmat 'Islam'... Indah nya islam,bila kita dapat sesuatu yg Allah rezeki kan pada kita,perlu kita ucapkan terima kasih,bia kita rasa Allah bagi ujian dalam hidup kita pun kita perlu ucapkan rasa syukur,sebenarnya setiap ujian yg Allah bagi tanda Allah kasih kan kita,Allah sayangkan kita,Bila kita rasa susah kita banyak kan zikrullah,Insyaalah hati kita pasti akan menjadi tenang.

Mama hari ni nak ucapkan terima kasih pada sahabat2 yg berkunjung ke blog mama,ramai kat luar sana tu suka atau minat sibuk2 kat dapur,main2 dengan tepung dan telur macam mama..minat yg sama..perkongsian yg sama,yg bagi mesej kat FB tanya2 bab masak tu mana yg bole mama bantu,mama akan balas,sebenarnya semua soalan mama dah jawab rasanya,kalau belum bole remind mama lagik tau..jgn marah2 nanti lekas tua...hehehe,bagus sebenarnya rasa tua ni.jgn ingat kita ni muda selalu..nanti tak sedar diri..malu..

Terima kasih juga mama nak ucapkan pd jiran2 mama yg sudi order kek dgn mama,bila ada support dari kawan2 semua , dapatlah mama practis buat kek..lembut sikit tangan nak deco2 kek,buat kek2 ni mcm berantu pula,bila dah buat tu asyik nak buat aje,pantang tengok kek2 bertaburan di dinding FB,mula ler tangan ni nak pecahkan telur.hehehe,dalam list bnyk lagi yg mama nak buat,tapi nanti lah...bajet sebulan satu atau dua kek dah memadai utk dicuba..

Terima kasih juga mama ucapkan pada sahabat mama yg bagi dress putih untuk anak mama,cantik sungguh,ikhlas mama bagi pujian..tak perlu tanya kenapa ia sibukkan diri menyiapkan dress yg cantik tu?Bagi mama org kasi mama terima,takde lah aku bungkus2 pegi lemparkan kat tong sampah...tak baik mcm tu,hehehe:-)...sikap kita pun ubah lah pada kanak2,Nabi kita ajar,kalau kita tengok anak2 kecil,mereka suci bersih dari dosa,kita yg tua dah nak masuk kubur ni yg bnyk lakukan dosa,,jangan lah kita buat2 kasi hadiah baju bagai,tapi bila depan anak2 kita 'boh layan lah kau budak!'aku tak suka mak ko...jadi dengan ko2 sekali aku buat bodo sombong suda....pedulik!,hmmm plus!'ada aku kesah '....kesian anak aku.....(anak2 kau takde pulak aku nak buat mcm tu belakang kau.)..hehehehe,,,jgn marah ,aku tegur ni untuk kebaikan kau.
Kita kena ingat, kita adalah idola pada anak2 kita,contoh,guru terbaik pada anak2 kita, kalau kita corakkan putih maka putih lah ia.kalau kita ajarkan suka ngumpat mak tiri,maka anak2 sure ikut apa yg kita buat.
kalau kita buat apa2 untuk mengharapkan pujian manusia dan manusia nampak kebaikan kita..kita akan dapat.!,.....tapi yg lebih kita harapkan ialah kebaikan dan rahmat dari Allah...belajar lah buat sesuatu kerana Allah,niatkan 'sesungguhnya aku buat ini kerana Allah'..manusia pun suka,Allah pasti bagi pahala.

Terpanjang pulak tazkirah di hari minggu ni kan,tapi tak pe lah,kalau kita dapat kebaikan,dibawah ni mama buat kan dessert untuk menyihatkan badan shila kawan mama tu,dia kata sedap,cuma suami nya tak pandai nak makan...tak leh terima makanan ala2 omputeh..ha ha ha.!gambar nya cuma ada ni tak sempat nak snap2 husna nak tepekik !tapi kalau kawan mama tu nak bergambar bnyk2 dengan family ex dia pun mama tak de rasa apa2 sebab mam dah tau niat dia nak nampak kan...see...i m still the best..just go ahead ok dear..i have no feeling at all...hehehe cakap omputeh pulak lepas menjamah dessert ni...(tengokkan ajer lah gelagat dia,buatlah apa pun  sampai ko rasa dah tak berdaya lagik...ko yg buat,ko yg rasa masam manis pahit masin pendek kata ...ko ajer lah yang tau)


Lapisan bawah strawberry jelly,butter cake dan fresh cream..

Complete kan dengan Taburan Raisins,Almond panggang dan Milk chocolate balls...hmmmmmm yummy lahh! 











 Sekian Wasslam!

Thursday, May 17, 2012

Choc Cupcakes with choc butter cream frosting

Assalammualaikum WBT


Sahabat2 sekalian...ingatlah,orang yg solat 5 waktu pun masuk neraka.. namanya neraka wil.. kerana mereka lalai dalam solat, dan mereka menyokong perkara maksiat, tidak mahu mencegah dan membanteras maksiat, tidak mahu berbuat kebajikan,.. apatah lagi orang yang tak solat dan dia selalu bermaksiat.. nauzubillahiminzalik..


Sayyidina Uthman r.a yang ada tiket masuk syurga pun menangis sampai basah janggutnya sebab takut nak tempuh alam kubur.. Kita tiket pun tak ada, tak menangis langsung malah sibuk lagi lalai cari harta dunia.. -UAI-


(Muhasabah diriku)

Tadi mama buat cupcake..sebenarnya mama tak nak buat,telur pun dah kehabisan stok,tapi mama teringin sangat nak cuba buat coklat butter cream...mama pun gedak geduk kat dapur,buat coklat butter cream.. lepas siap,fikir pulak nak bubuh kat mana BC yg mama dah buat..dah rasa sedap pulak,nak calitkan dengan roti aje ke?biskut kering ke?...last2 suruh hubby gi beli telur...Husna pun dah ngorok mama pun cepat2 siapkan coklat cupcakes... resepi ni agak lain sbb guna kan icing sugar,pada mama bagi yg nak mencuba tu bole tukarkan icing sugar tu dengan soft brown sugar atau castor sugar.....




Resepinya:

175gm butter-lembutkan
150gm gula aising
45gm serbuk koko
90gm air panas
1 sdt esen vanilla
3 biji telur A
75gm whipping cream
175gm tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat

Campurkan serbuk koko bersama air panas, ketepikan.
ayak tepung, baking powder n soda, ketepikan.
pukul butter n gula aising hingga pucat. masukkan campuran koko n esen vanillan, pukul rata. masukkan telur sebiji2, rata. masukkan juga whipped cream, campur rata. masukkan tepung, gaul sebati. masukkan 3/4 penuh dalam cawan kertas n bakar pada 170'c selama 25-30min. sejukkan n hias dengan ganache.
(mama tukarkan dengan coklat butter cream frosting)
Resepi ni mama gugel tak translate...mama main hentam aje..tak reti sangat bahasa omputeh...hehehe)

Quick chocolate butter cream frosting:

basic buttercream frosting by adding unsweetened chocolate. Use this fluffy frosting to decorate cakes and cupcakes or as a filling for baked goods.
Ingredients:

8 oz. unsweetened chocolate, chopped
6 cups confectioners' sugar
16 Tbs. (2 sticks) unsalted butter
6 Tbs. milk, plus more, if needed
2 tsp. vanilla extract
1/4 tsp. salt

Directions:
Have all the ingredients at room temperature.

Put the chocolate in the top pan of a double boiler set over but not touching simmering water in the bottom pan. Stir until the chocolate is melted and smooth. Let cool to room temperature.

In the bowl of an electric mixer fitted with the flat beater, combine the confectioners' sugar, butter, the 6 Tbs. milk, the vanilla and salt and beat on low speed until combined, about 1 minute. Stop the mixer and scrape down the sides of the bowl. Increase the speed to medium and beat for 2 minutes, then reduce the speed to low. Add the chocolate and beat until combined, then increase the speed to medium and beat for 1 minute more.

If the frosting is dry, add more milk, 1 tsp. at a time, until it is creamy but still holds peaks. Makes about 4 1/2 cups.

Mama buat separuh dari resepi diatas...banyak sangat...butter pun mama guna setengah buku aje



Bagi yg suka coklat2 mesti suka kan rasa kombinasi cake dan cream coklat ni...jum cuci mata hasil fhotographer amatur ni...hehehe( tq suami ku!)




OK...banyak improvement quality gambar...sgt like!












Moga Bertemu lagi...... Wassalam

Tuesday, May 15, 2012

6th Anniversary(13 May)

Assalammualaikum,

Dengan lafaz bismillah..Mama nak perbaharui niat 'Sahaja aku menjadi istri kepada suamiku Helan B Awang Kerana Allah SWT'
Suatu ketika kita kena muhasabah diri...tidak salah kita barukan niat kita,tak salah kalau kita berubah menjadi insan yg lebih baik,kalau kita tahu kita dah banyak lakukan dosa dimasa lalu,kita berhak untuk menebus segala kesilapan kita,Sesungguhnya Allah amat suka kepada seseorang yg telah melakukan dosa dan bertaubat.

Bersempena dengan tarikh 13 May dan di hari ulang tahun perkahwinan kita,mama berdoa moga2 kasih sayang antara kita berdua kekal hingga ke syurga,terima kasih pada suami mama yang menerima segala kekurangan mama..mudah2an hidup kita mendapat redha dan rahmat Allah...

Baru lah sempat mama nak buatkan hadiah ni untuk hubby...tak ada yg istimewa tetapi amat bermakna sbb mama buat sendiri....balik keja nanti bole makan tauuu....hihihi

13 may....................

Terima Kasih Sayang..



Always Love you and need you....












Sekian Wassalam

Wednesday, May 9, 2012

Sambutan hari Ibu dalam Islam

Assalammualaikum:
Pada sahabat2 diluar sana,kita ni dah lama degil sangat,dah lah jahil,dah didedahkan dengan ilmu agama pun kita tolak,pendapat ulama kita buat2 pekak,Yg kita asyik duk buat sesuatu yg kita rasa'suka hati aku laa' dan'ada aku kisah' menjadi slogan dalam hidup kita...takkan selama nya kita nak 'happy2'aje tanpa memikirkan apakah yg kita lakukan itu mendapat redha Allah atau pun tidak.

Pada pengamatan saya,kita ni bnyk sangat buat perkara2 yg membuang masa,kebanyakan niat kita bila kita sambut hari ibu tu cuma akan mendatangkan rasa 'riyak'..konon2 aku lah anak yg mulia kerana menyambut hari ibu,memang sedih sekiranya dalam waktu yg sama kita wish2 mothers day,tapi akhlak kita dengan emak kita ntah macam mana......hmmm,

Tarikh2 penting dalam islam tak ada pulak kita nak raikan,nuzul quran bila ya? 1 rejab dah lepas ke?apa berlaku pada bulan muharam kita pun tak nak tau.cuba kita muhasabah buat perbandingan,tarikh2 penting dalam islam dengan tarikh2 yg biasa kita rai dan sambut,mana yg lebih kita tau.
Tarikh hari merdeka kita tau,siap nyanyi2 lagi sambut dengan acara dan pesta bagai...kita ni dah bnyk sgt lalai kan...jadi sama2 lah kita istighfar mintak Allah ampunkan dosa2 serta kelalaian kita.

Bila kita mula memikirkan tentang Isam,kita akan merasakan orang kafir akan sentiasa mahukan orang Islam disibukkan dengan perkara2 begini,dalam islam tak ada mengajarkan kita pada setiap hari ahad kedua dalam bulan mei ada sambutan hari ibu..yg kita pun dah tau baru lah beberapa hari kita didedahkan dengan sambutan sebegini...sibuknya lah kita ni,majlis2 ilmu agama kita kurang sertai,bila ada hukum senangnya kita tolak tepi,kononnya kita ada hujah sendiri.

jum kita muhasabah diri kita dengan penerangan di bawah:

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
 
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Gambar buku2 ilmiah dibawah ini adalah hadiah istimewa dari suami untuk saya...sebagai panduan dan bacaan yg membantu kita agar menjadi seorang isteri,anak dan ibu yg solehah..


Islam itu indah..dan syumul~ 

Moga2 saya dan suami istiqamah dalam menjalankan syariat islam~

Wajib ada di setiap rumah orang muslim
Love Islam~ 
(Solusi antara bacaan kesukaan mama setiap bulan...Alhamdulillah suami dah langgan kan untuk mama... )




Lets start the day with a page of Quran!....A page!




 Sekian Wassalam................

Sunday, May 6, 2012

Coklat Oreo Jelly

Assalammualaikum WBH,

Salam sayang untuk semua pengunjung blog mama.Hari ni mama nak share kan satu resepi jelly.Mama buat jelly ni hari jumaat,mula2 makan tu rasa biasa aje,dah setengah hari duk bawah tudung saji tu sedap pulak rasa nya...

Sedikit Mutiara Kata untuk renungan kita semua.............:

Imam Al-Syafie berkata:
"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."

"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."

"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."


Oraitt jangan buang masa lagi jum salin resepi ni,tampal kat pintu peti ais atau notis board kat dapur tu,bila2 masa bole buat untuk makan2....

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
  • 8 gram serbuk agar-agar
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim keluarkan lepas tu hancurkan guna food processor)
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( susu pekat manis pun bole)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan (mama takde daun pandan so skip aje step bubuh daun pandan)
  • 2 sudu besar serbuk koko
 Cara-cara:-
  1. Rebus air dan larutkan serbuk agar2.
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais.
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.
*Patutnya jelly ni jadi 2 lapisan atas oreo nya terapung,mama pun tak tau kenapa tak terapung lapisan oreo nya,lain kali buat bedah siasat kenapa tak jadi...hehehe!




Tekstur nya cantik,rasa pun sodap..cuma tak de lapis....hmmmmmmmm 



Dah masuk kat tekak ok aje lah tu...... 








Sekian Wassalam

Friday, May 4, 2012

Sebulan Pengunaan Produk Auramaya

Assalammualaikum WBH
Janganlah ada seorang muslimah yang memandang jengkel lagi menyampah kepada muslimah lain yang berpakaian 'agak ketinggalan' berbanding dirinya. Mungkin anda seorang hijabista, yang mengikut peredaran masa tetapi dia memilih untuk kekal dengan fesyen lama. Cukuplah menunjukkan rasa gembira dan hormat lantaran berada di sisinya seakan anda menumpang kemuliaan dirinya kerana kemungkinan muslimah yang out dated pada gaya dan penampilan itulah yang lebih hampir kepada ciri-ciri pakaian yang diredai ALLAH dan Rasul kekasih-NYA.

Muhasabah diri ini dan kita semua wahai sahabat tercinta :)
Komen mama berkenaan status Ustazah Noraslina:Biarlah kita memakai pakaian ketinggalan zaman dari memakai pakaian akhir zaman~

Macam yg mama dah janjikan mama nak share kan wajah terbaru AuraMaya...wajah mama masih macam dulu lagi,hidung mama masih sama(hidung jawa lah katakan...hehehe)..setelah sebulan mama guna auramaya ni lah hasilnya...mama suka bila mama setiap kali lepas cuci muka,rasa tegang dan segar aje..pada yg bertanya/berminat dgn produk ni boleh PM mama di fesbuk ya.

 

 




Pakai auramaya ni tak yah pakai bedak2 lagi,bedak2 hanya mengeringkan kulit muka,kalau nak bedak jugak,pakai aje bedak tabur baby punya tu...senang dan jimat kan...mama ada dengar boleh juga kalau kita pakai bedak rona sutera sebab bedak tu ada kandungan mineral yg boleh lindungkan kulit,tak ada bahan kimia.kengkawan semua boleh beli rona sutera untuk pakai jenjalan..kalau rimas sgt muka takde bedak

.



Kesan cela,bintik,jeragat,noda2 hitam Alhamdulillah dah beransur pulih....syukur Ya Allah







SEKIAN WASSALAM......

Thursday, May 3, 2012

My dessert

Assalammualaikum..
Sebenarnya mama suka sangat dengan dessert macam ni,selalu juga mama buat untuk mama makan sendiri..lebih2 lagi kalau buat untuk buka puasa..ummm memang terliur..




Pada yg suka nak buat silakan cuba ya...mungkin dessert ni ikut selera kita jadi bila ada sahabat2 datang berkungjung bole di jamukan dengan dessert yg simple ni Lapisan paling bawah mama letakkan sponge kek yg simple,lapisan kedua mama letakkan jelly strawberry dan topping nya bole ikut citarasa masing2,mama letak kan double cream jenama rich's(memang sedap mcm ais krim sundae kat Mcdonald rasa nya..)


Kalau malas nak buat sponge kek ni,bole juga beli sponge kek yg dah siap jual kat kedai

Bahan2 sponge kek:

200 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur gred A 50 gm mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar

Cara:
Panaskan oven pada suhu 180C
Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan susu, kacau rata.
Kemudian, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 9 minit.
Gaulkan dgn mentega cair.
Bakar selama 35 minit

Bahan Jelly straberry
110gm serbuk jelly strawberry
500ml Air

Cara:
Didihkan Air dan masukkan serbuk jelly,kacau selama 3 minit.

Topping Cream:
1 cawan Double cream(mama guna brand Rich )

Putar hingga kental.

Simple aje kan... selamat mencuba ya,kalau ada pertanyaan bole aje PM mama ya!




Sekian Wassalam...