Isteri akan mendapat pahala solat jemaah walaupun hanya menunaikan solat di rumah seandainya si suami berjemaah di rumah masjid/surau. Mungkin tidak banyak hadiah yang mampu suami berikan kepada isterinya, namun cubalah membuka jalan untuk dirinya ke syurga. InsyaAllah.
Hari ni mama nak share resepi agar2 cendol...jum cuba buat...mulakan dengan bismillah ya~
Resepi Agar2 cendol:
BAHAN-BAHAN "A"
5 gram agar2 serbuk
60 gram gula melaka, potong kecil*
3 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
650 ml air
Sedikit pewarna coklat
Gula (extra)
BAHAN-BAHAN "B"
5 gram agar2 serbuk
250 ml pati santan
400 ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa (nak bagi rasa lemak sahaja)
BAHAN LAIN
Cendol secukupnya.
CARA MEMBUATNYA
UNTUK AGAR2 GULA MERAH (A) :- Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air , masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar2. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar2 larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci...ketepikan sebentar.
UNTUK AGAR2 SANTAN (B) :- Satukan serbuk agar2, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak2, kacau rata dan biar suam.
UNTUK AGAR2 CENDOL :- Bila agar2 gula merah hampir keras, cakar2 permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya atas agar2 gula merah tadi. Ratakan. Tuang pula agar2 santan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar2 keras. Potong dan hidangkan sejuk
2 Gambar cukup lah untuk kita nikmati......
Sekian .................................Wassalam
No comments:
Post a Comment