Thursday, December 29, 2011

Bismillahirahmanirahim~SOLAT DHUHAA






Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.



Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.



Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”













Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…



Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”



Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.



Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Friday, December 16, 2011

SEBARKAN KASIH SAYANG

Bismillahirahmanirahim......

SEBARKAN KASIH SAYANG.....

...Peringatan buat diriku yang faqir dan dhaif serta banyak kelemahan ini.....'Alangkah mulia hari itu sekiranya kita dapat menolong,melepaskan kesusahan dan menutup keaiban oranglain.Rasullulah SAW memberitahu bahawa pertolongan ALLAH untuk kita bergantung juga kepada sejauh mana kita Membantu saudara kita..Alangkah indah dan nikmat hidup jika hari2 kita,kita sedayanya mengembirakan oranglain..memang segalanya terasa sukar untuk dilakukan,tapi kita sebenarnya adalah KUAT dan mampu merubah dan menjadi ORANG2 YANG Penuh KASIH SAYANG dan yang kuat sifat HAMBA kepada SANG PENCIPTA..

Mari kita berazam untuk melakukannya..mari.kita tanam kata2..SAYA RASA SANGAT BAHAGIA APABILA MELIHAT MEREKA GEMBIRA..RASULLULAH SAW sering bertanya kepada para sahabat setelah selesai solat subuh - SIAPA PAGI INI TELAH MENOLONG SAUDARANYA?'..mari kita pegang pertanyaan RASULLULAH ini...mari kita tanamkan selaut AZAM dan terus usaha untuk melakukannya.

Petikan drpd Sahabat FB Mama


Cuti sekolah......................Anak2 maafkan mama & ayah sebab cuti ni kita tak ada kemana2,maklumlah kena bajet untuk naik sekolah nanti,bnyk btl belanja ayah kena sedia kan,sebagai anak kena faham ayah mencari rezeki untuk kita semua,belanja kita semua kena lah berjimat,apa yg bole kita bantu ayah kita bantu lah,kalau kita tak bole memberi jgn kita jadi org yg suka nak menghabiskan..
kita doakan ayah murah rezeki Insyaallah next cuti kita plan gi jalan jauh sikit....destinasi nya nanti mama ngan ayah akan fikirkan...........Balik kampung naik keretapi?,mula2 B nak beli tiket tu,mama macam tecengang aje..bukan ape,pikirkan Husna ni takut meragam,kena angin dia nak nangis aduyai...tp B bagi semangat....Alhamdulilah,pegi dan balik Husna OK aje..hehehe.Lain kali bole lah naik lagi,














Sampai destinasi kita ..................Labis.............

Sunday, December 11, 2011

Ombak rindu & Air mata taubat..........

"Setitis air mata yang tumpah kerana mengingati dosa-dosa yang kita lakukan adalah lebih baik dan mahal harganya berbanding dengan curahan airi mata yang ditumpahkan kerana manusia yang kadangkala ia tidak memberi manfaat apa-apa. Perbanyakkanlah menangisi akan kesalahan dan dosa-dosa yang kita lakukan di dunia ini supaya setiap titisan air mata yang dialirkan bisa menjadi penyelamat dan saksi kita dari menjadi bakaran api neraka di akhirat kelak"

Sabda baginda Rasulullah saw tercinta:

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (antaranya): Mata yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t…”

>>(hadith riwayat Imam At-Tirmizi)<< Berapa ramai manusia yang ingin menangis dalam taubatnya namun tidak mampu. Jelaslah bahawa, tangisan itu anugerah. Hanya yang terpilih sahaja, akan menangis dalam taubatnya. Siapa yang memilih kalau bukan Allah yang Maha Memilih? Posted by sahabat FB mama...





Peringatan di atas untuk diri mama sendiri...kalau jadi panduan untuk sahabat2 blogger alhamdulilah..moga kita semua sentiasa di rahmati Allah.sekarang mama suka dgn FB..bila bukak wall sentiasa aje sahabat2 mama memberikan status yg bermanfaat... sgt terharu ada yg nampak nya melakukan perubahan ...dari tidak bertudung nampak nya dah ada yg bertudung..dari yg berkata yg sia2 nampak nya skrg selalu statusnya dah post something yg bermakna...disamping dpt berniaga...dpt jadikan panduan hidup kita seharian..hubby pun bukak FB mama senang hati..tak ada yg menyakitkan mata,yg sia2..





Round coklat and praline love pink tu order dari atuk yah untuk wedding anak pak Itam,mama harap atuk dan keluarga gembira dgn hasil nya..2 bulan atuk tempah untuk cucu kesayangan nya..alhamdulilah mama dpt buatkan.. harga nya sekotak RM30.
Praline choc corak music tu sebiji harganya RM1.50..dalam nya ada hazel nut paste...sedappp giler...kata anak2 mcm kinder bueno rasanya...ya btl la syg...TQ anak2 mama.

Saturday, November 26, 2011

Love box chocolate & Cup cakes

Salam maal Hijrah untuk semua sahabat2..semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah...
Cuti2 ni bnyk btl program,undangan kahwin,tunang,tak putus2...kenduri kendara meriah btl pasir gudang ni..
TQ kak Rin order coklat,cupcakes and orange cake...
Kak Rin kata,dia nak tengok cantik dan sedap rasa nya...mama harap kak Rin suka dgn hasil kerja mama ya..next time bole order lagi

Cup cakes Rich choc moist fondant ni harganya Rm80..untuk 16 pcs size medium..






lOVE BOX COKLAT ni harga nya RM80..siap dgn kotak transparent,mcm kotak hantaran,lps tu nak rebenkan ikut lah tema masing2,kak Rin mintak mama buat kan kaler pink,pada yg nak buat tempahan mcm coklat ni,buat lah seminggu awal ya,kelang kabut mama kalau jam tu order,jam tu jugak nak ...hehehe bole pitam tunggang langgang ngan husna..

Salam maal Hijrah 1433H~

by Nasihat Harian Islami on Friday, December 31, 2010 at 1:51pm

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ إِلَيْنَا نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنِ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Doa Akhir Tahun:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلَمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِيْ عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلِيْ وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ اَللّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَ تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Tuesday, November 22, 2011

Cintailah Pasangan kita kerana Allah~



Sahabatku, cintailah pasangan cinta kita karena cinta kita kepada Allah, perlakukanlah dengan hormat pasangan kita, setia dan mencintai dengan setulus hati. Kehidupan di dalam rumah tangga sangat dinamis, kebahagiaan, kesedihan, kebencian, senyuman semua datang silih berganti. Jika pasangan suami dan istri saling memahami terus ditumbuhsuburkan, maka akan selalu ada tunas cinta yang bersemi. Jika tunas cinta terus bersemi akan selalu bunga-bunga yang bermekaran, menebarkan semerbak harum wangi dipagi hari menyambut kehidupan yang indah.


Sahabatku, para suami, bersabarlah menghadapi kekurangan istri, selalu ingatlah akan pengorbanannya. Sahabatku, para Istri, bersabarlah dengan kekurangan suami, ingatlah selalu kebaikannya. Bila datang masalah dan konflik bukan saling menggugat kelemahan dan mengeluh pengorbanan yang telah pernah kita lakukan namun saling mengakui dengan setulus hati, memahami, memuji. Disinilah rahmat Allah turun melimpahkan kembali sehingga cinta bersemi kembali, disela hempasan badai dan gelombang samudra kehidupan yang datang siling berganti.

Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baiknya kalian adalah yang paling baik kepada istrinya. (HR. Bukhari)

Thursday, November 17, 2011

aktiviti coklat minggu ni~


Coklat Public Mutual with TQ ni shila yg order,kalau mama buat cantik2 shila nak order bnyk untuk cliet juta2 dia tu...hehe,mama ucapkan moga shila sukses dlm karier dia..org nya pun agresif,komited bila buat kerja,jd dia pun harapkan yg terbaik bila order coklat dari mama.



Coklat praline 4 pcs tu di buat khas untuk shila,4 pcs mcm tu memang sesuai sgt untuk doorgift pada tetamu yg dtg..mama buat dlm packaging mcm tu, bila ada tetamu dtg senang nak bg bawa balik,walau pun simple tp menarik dlm pek mcm tu dan yg penting rasa coklat mesti lah sedap..

coklat yg romantik tu Harga nya RM25,size coklat tu pun agak gemuk dan tebal..kalau nak makan sorang tak abes,kena bagi 2 org atau pun gigit sikit simpan dulu nanti lepas makan nasi..bole la disambung gigit balik,tp bg yg kuat mkn coklat tu bole lah sekali ngap terus pun tak ape...mama tak marah hehehe....


Suka pulak ma main dengan kaler purple nih,nampak sejuk mata tgk,mama memang suka kaler purple tp, mama nampak sesuai beno kalau purple ni dibuat coklat..more attraction la kalau tgk kat gambo tu,selera pun dtg bila nak mkn cekelat,...tp tak semua org suka,ada jugak org suka warna terang2 mcm shila sahabat mama tu,dari jauh dah silau dgn dress merah dia..tak pe lah shila,sesuai dgn ko punya karekter,stylish nampak nya bila ko dress merah2...


Laaaaaaaa....ada pulak gambo si muchuk Husna..lari dari tajuk ni...hehehe..tak pe mungkin ada yg tak penah nampak husna mandi ngan tido....haha!~

Sunday, November 13, 2011

Love Box chocolate~

Bismillah.....Mula kan semua kerja2 kita dgn bismillah,moga dgn  kalimah Allah kerja2 kita semua lancar dan menjadi,moga dgn kalimah Allah ape yg kita buat diberkati,dilindungi dari kejahatan syaitan,semalam mama terasa sgt dgn accident kat hiway ipoh,budak2 sekolah yg nak pegi rombongan ke KL 4 org maut..dgn cikgu nya sekali,pelajar 15 th..sedih nya,tak dapat nak bayangkan ujian ibu dan ayah mereka yg ditimpa musibah mcm tu,Alfatihah untuk mereka yg telah pergi...Inallillah....

Mama hari ni nak upload coklat love box yg baru aje mama buat,first time buat,tak berapa menjadi pulak,selalu buaT yg kecik2,takde pengalaman buat size XL,rupanya coklat ni perlukan tempat yg btl2 sejuk.bila mama keluarkan dari acuan..hmmm patah semua sisi dia,,tak pe lah,...jadi mama tak dapat nak shoot gambar yg cantik2..dah ada dapat tempahan tp mama blum tau lg harga nya,nak survey tanya kwn2 yg buat coklat brp diorang jual XL ni...

Thursday, November 10, 2011

Permudahkan Hafalan ku Ya Allah~


SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:

“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”

Dan Nabi saw bersabda:

“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.


Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran yang mulia, jadikanlah ia bagiku pemimpin dan cahaya petunjuk. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebagian malam dan siang, jadikanlah ia keterangan kuat bagiku, Ya Allah cukupkan rezeki padaku, berkatila rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dariku dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Jauhkan padaku keburukan KUFUR, FASIQ dan MAKSIAT. Ya Allah mudahkan aku untuk selalu berjalan mencari REDHAMU dgn BANYAK BELAJAR AGAMA, MUDAHKAN TANGANKU UTK SELALU BER ZAKAT, SEDEQAH, INFAK dan AMAL JARIYAH LAIINYA, agar MENGALIR PAHALANYA KETIKA AKU SUDAH di ALAM KUBUR KELAK. JADIKAN DIRIKU ORG YG BAKTI KPD ORANG TUA KRN BAKTI KPD MEREKA MEMBUAT KAU Redha PADAKU . HIDUPKAN HATIKU AGAR SELALU BISA MENERIMA HIDAYAH & PETUNJUKMU

Friday, November 4, 2011

Wukuf di Arafah~



 
DOA yang dianjurkan baca pada Hari A'rafah, 9 Zulhijjah.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan & bagi-Nya segala puji. DIA Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
... ...
Ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud: "Sebaik² DOA ialah doa pada Hari A'rafah dan sebaik²nya ialah apa yang aku & para Nabi yang lain sebelumku (katakan iaitu);

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

[HR TIRMIDZI]

Kredit TVAlhijrah
 

Hari ini adalah hari wukuf di Arafah. Keistimewaannya Hari Wukuf atau Hari Arafah kerana di sana turut berkumpul para anbia, wali-wali Allah, orang-orang soleh dan para malaikat bersama-sama para jemaah haji dari seluruh dunia.

Sabda Rasulullah s.a.w,

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
...

‘‘Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Wednesday, November 2, 2011

Anak ~Amanah Dari Allah SWT


CABARAN IBUBAPA ABAD KE 21 adalah sangat besar. Mereka yang berkesedaran membentuk anak menjadi Muslim dan Mukmin yang terbaik perlu MENGHARUNGI ARUS KUAT JAHILIYYAH masyarakat yang telah membarah. Mereka memerlukan objektif yang jelas dan strategi yang terancang dalam berperang dengan suasana yang haru ini. Ibubapa ini tidak lagi boleh berpada dengan ilmu warisan ibubapa mereka dan sifat yang diharapkan terbentuk secara semulajadi setelah berkahwin dan mempunyai anak2, kerana zaman sudah berubah & cabaran semakin mencabar.
Mereka perlu berusaha menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan kefahaman Islam, membentuk peribadi Muslim yang menjadi Qudwah kepada anak-anak, meningkatkan kemahiran-kemahiran parenting dan akhirnya mendidik diri supaya ISTIQAMAH dan SABAR dalam membentuk keluarga Muslim yang baik dan mendidik ahli rumah menjadi peribadi-peribadi Muslim yang cemerlang.Inilah sebenarnya asas kepada perubahan dan pembaikan Umat Islam hari ini. Mahu tidak mahu ia perlu bermula dengan DIRI KITA SENDIRI seterusnya KELUARGA, RAKAN-RAKAN, MASYARAKAT dan NEGARA.
************************************************************
Ingatlah firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka”.
( SURAH AR - RA'D AYAT 11 )

************************************************************

Thursday, October 27, 2011


Wahai wanita solehah... Kau pertahankanlah hijabmu, walaupun dunia memandang hina. Yakinlah kerana Islam tetap melihatmu dengan penuh bangga. Akhlakmu kau pelihara. Maruahmu mesti rapi dijaga. Pastikan tutur katamu yang lembut. Moga iman dan taqwa menjadi benteng dirimu... Insya-Allah, Syurga untukmu itu yang menanti..
Wanita solehah itu tidak perlu MURAH, tidak perlu juga MAHAL..tiada harga untuk memperdagangkannya..dia DINILAI di mata PENCIPTANYA dengan sebaik-baik PENILAIAN yang tidak pernah silap..mulalah daripada sekarang, bentuklah dirimu, dan hiasilah dengan AKHLAK seperti yang ditunjukan para isteri nabi..agar menjadi IMPIAN lelaki yang soleh dan dambaan SYURGA Ilahi..(✿◠‿◠)

Monday, October 24, 2011

Assalammualaikum WBH....Ntah ape yg mama nak tulis tadi ya?sebelum taip td mcm banyak beno yg nak mama tuliskan..cerita memang tak abes2...suka duka memang bnyk kebelakangan ni...Alhamdulilah Hubby bnyk membantu..sentiasa menyokong dikala mama rasa sedih...

Tp tak nak lah cerita perkara2 sedih,walaupun pahit tersenyumlah..kerana senyuman itu penawar...Maafkan lah.. walaupun sukar..kerana Allah maha mengetahui ape yg ada dlm hati setiap hamba NYA.

Tiap2 pagi bila mama bangun tidur,nawaitu mama nak buat yg terbaik sepanjang hari,nak buat perkara2 yg baik yg belum sempat mama amalkan..masa Allah bagi cukup,tp kenapa kdg2 tak terbuat amalan2 sunat yg memang bnyk kelebihannya..paling senang baca Al Quran,susah nya nak istiqamah setiap lepas subuh...Ini lah nipis nya iman kita,pagi2 ok,petang dah tak ok...Ya Allah tetapkan hati ini agar berterusan mendapat hidayah dan rahmat Mu Ya Allah..

Moga kita semua dan juga sahabat2 diluar sana berusaha merebut segala kebaikan..takut2 nanti dijemput Allah dlm masa terdekat ni..bimbang tertipu mati hanya di kala usia tua...

Jum kita cuci mata tgk coklat yg di oder dari kak Rose..