Wednesday, November 2, 2011

Anak ~Amanah Dari Allah SWT


CABARAN IBUBAPA ABAD KE 21 adalah sangat besar. Mereka yang berkesedaran membentuk anak menjadi Muslim dan Mukmin yang terbaik perlu MENGHARUNGI ARUS KUAT JAHILIYYAH masyarakat yang telah membarah. Mereka memerlukan objektif yang jelas dan strategi yang terancang dalam berperang dengan suasana yang haru ini. Ibubapa ini tidak lagi boleh berpada dengan ilmu warisan ibubapa mereka dan sifat yang diharapkan terbentuk secara semulajadi setelah berkahwin dan mempunyai anak2, kerana zaman sudah berubah & cabaran semakin mencabar.
Mereka perlu berusaha menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan kefahaman Islam, membentuk peribadi Muslim yang menjadi Qudwah kepada anak-anak, meningkatkan kemahiran-kemahiran parenting dan akhirnya mendidik diri supaya ISTIQAMAH dan SABAR dalam membentuk keluarga Muslim yang baik dan mendidik ahli rumah menjadi peribadi-peribadi Muslim yang cemerlang.Inilah sebenarnya asas kepada perubahan dan pembaikan Umat Islam hari ini. Mahu tidak mahu ia perlu bermula dengan DIRI KITA SENDIRI seterusnya KELUARGA, RAKAN-RAKAN, MASYARAKAT dan NEGARA.
************************************************************
Ingatlah firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka”.
( SURAH AR - RA'D AYAT 11 )

************************************************************

No comments:

Post a Comment