Sunday, November 3, 2013

Penubuhan koleksi Tasneem

Bismillahirahmanirahim


Assalammualaikum WBT

Syukur Alhamdulillah.. kehilangan sesuatu pasti ada hikmah yg tersembunyi,mama ambil iktibar.. jangan kita sombong,sekejap aje kalau Allah tarik semula nikmat yang telah diberi pada kita. Kehilangan kereta BMW pada march yg lepas menyebabkan kita dan berusaha untuk buat sesuatu.. Alhamdulillah Allah telah berikan ilham yg baik untuk membuka sebuah butik.syukur Ya Allah. Terima kasih pada semua keluarga yg memberi sokongan. Butik koleksi Tasneem kini telah membuka 2 cawangan,cawangan di jalan sejambak Taman Bukit dahlia dan jalan Semerbak taman Bukit Dahlia.. Dan Insyaallah cawangan ketiga awal disember ini di jalan kebudayaan Taman Universiti skudai






Ya Allah berkati lah perniagaan kami dan berikan lah kami rezeki yg halal.





 wassalam....

Wednesday, April 10, 2013

Senarai Harga kek & Variasi product Mamahusna

Assalammualaikum WBT

Senarai harga kek yg mamahusna sediakan ni untuk memudahkan customer buat bajet.. bagi tempahan cupcake,macaron & coklat senarai harga nya masih harga lama.. bagi yg berminat untuk membuat tempahan dengan mama

  • Sponge Cake ~ start from RM50
    Vanilla | Chocolate | Orange | Strawberry | Pandan
  • Butter Cake ~ start from RM50
    Vanilla | Chocolate | Orange | Strawberry | Pandan
  • Moist Chocolate Cake ~  start from RM60
    Vanilla | Chocolate | Strawberry | Oreo
  • Rainbow Butter Cake Fresh Cream~ start from RM100
    Filling: blueberry/strawberry/chocolate/orange
CAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING
  • Rainbow Cake  Cream Cheese ~  start from RM130
SHAPE
  • Round
  • Square ~ add RM5
  • Love ~ add RM10
  • Rectangle ~ add RM10
FILLING
  • Chocolate Ganache ~ add RM5
  • Blueberry ~ add RM5
  • Strawberry ~ add RM5
  • Orange ~ add RM5
ADDITIONAL ITEM
  • “Happy Birthday Candles” ~ add RM5
  • Fresh Strawberry ~ add RM12
  • Cartoon Drawing ~ start from RM15
  • Edible Image
    ~ without editing RM20
    ~ with editing RM25
  • 2D/3D Figurines ~ start from RM30
  • Small animal figurines ~ start from RM5
  • Sugarpaste alphabets/number/mini flower ~ add RM10
  • Transparent Cake Box ~ add RM10

Silakan buat pilihan kek kegemaran adik2





.

























SEBARANG PERTANYAAN SILAKAN CALL MAMAHUSNA @ 012 7510371 /ADD MAMA DI FB YA

Monday, April 8, 2013

Pembubaran Parlimen & Proses pemilihan pemimpin

Assalammmualaikum WBT

Akhirnya parlimen terbubar.sekarang rakyat yg berkuasa memilih pemimpin,Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya tidak ada perbezaan di antara hukum  Allah yang satu dengan yang lainnya. Jika suatu hukum itu wajib, maka ia mestilah dilakukan sekuasa-kuasa kita dan sebaliknya jika suatu hukum itu haram, maka ia mesti ditinggalkan. Tidak ada beza di antara kewajipan dakwah dan solat, di antara kewajipan solat dan puasa dan juga di antara kewajipan puasa dan kewajipan berpolitik. Kesemuanya adalah sama-sama kewajipan yang mesti dilakukan dan berdosa jika ditinggalkan. Hanya sahaja, yang perlu difahami adalah bahawa kewajipan berpolitik dan menyertai parti politik yang dimaksudkan di sini adalah berpolitik sesuai degan hukum syara’ dan menyertai parti politik yang dibangunkan atas dasar Islam, bukannya parti politik yang dibangun atas dasar sekular atau kufur.

Bolehnya kita berpolitik bukanlah dan tidak boleh disandarkan kepada undang-undang ciptaan manusia. Al-Quran dan Sunnah hendaklah menjadi dalil dan sandaran bagi setiap perbuatan kita. Justeru, setiap Muslim hendaklah mentaati dan mengikat diri mereka kepada hukum Al-Quran dan as-Sunnah di dalam berpolitik, bukannya mentaati dan mengikat diri dengan AUKU, ISA, OSA, Akta Polis, Akta Penerbitan Dan Mesin Cetak, Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain hukum kufur di bawah sistem demokrasi.

Fikirkan teman2,kewajipan kita berpolitik.............................





















Selamat memilih pemimpin!

Saturday, March 30, 2013

Update baking sekali lagi

Assalammualaikum WBT

Waaa...lama nya tak update blog.update pun untuk rujukan sendiri..nak tengok kemajuan diri dalam membaking.Alhamdulillah ada sahabat yg sudi buat tempahan dengan mama.. sentuhan tangan mama ni tak seberapa..tak kreatif mcm orang tu..mama tengok ramai nya kawan2 baking yg hebat2..bnyk nya ilmu diorang ni buat kek.. mama ni baru nak merangkak2, bakat pun takde..lepas tu mama ni cepat give up..kalau tak cantik nanti mama mcm frust aje.

Tapi,mama ingat kalau tak praktis mcm mana ya..idea2 nak buat kek bnyk dalam minda ni..cuma belum dapat di realisasikan lagi..huhuhu...tak pe laa..step by step..cuti sekolah ni program semua kat pasir gudang...kat rumah aje tengok TV channel cartoon network....teringat kat acik yg ada kat kampung tapi sedih keadaan tak mengizinkan nak balik... tak pe lah.. Allah pasti beri ganjaran pada setiap kesabaran yg kita lalui..TQ Allah.

Mama rasa bulan april ni akan sibuk .plan nak hantar mak ke Ampang hospital ,mungkin 3 hari 2 malam jugak di KL,selain bday Humaira 6 tahun & Aliya 16 tahun. Harap2 dapat buatkan sesuatu untuk anak2 ni.paling simple bday kek..sambutan tu mungkin akan sambut sama2..tengok nanti macam mana.

Mama ingat nak update semua harga kek.. (tau la kek tak bnyk mana pun tapi bila time nak bagi harga mama ni mcm segan pun ada takut orang kata kemain lagi harganya,tapi bila mama kira2 semula,memang meterial nak dptkan sebijik kek memang payah kita nak dapat profit 100percent.bila mama survey market price mak aiiiii.... murah giler yg aku jual...ker mahal giler bakers lain jual? huhuhu

jum layan gambar kek aje lah... kalau nak buat tempahan silakan call mama ya.Tq kak aisyah dari larkin & jiran mama yg sudi buat tempahan kek... maaf kalau ada terkurang kat mana2 ya



TQ kak Aisyah Rainbow cakes &Vanilla cup cakes
Baru jumpa kek ni...rasanya ni bulan lepas punya kek 




Budak kecik memang puas hati kalau dapat bday kek yg ada imej... suka nya...huhu.yg mak budak pun suka jugak....Tq semua...kalau suka order lah lagi...hehehe















Salam sayang buat semua

Wednesday, March 13, 2013

Update baking lagi

Assalammualaikum WBT

Jangan sombong teman2..semua yg ada ini milik Allah.Hari ni mama plan nak masak ikan sardin..lama dah tak masak..macam dah lupa pulak nak kupas bawang...hahaha.Ingatkan semalam mama nak masak tapi ada jiran mama terkejut2 order bday cake anak dia yg ke 15 tahun.Selamat hari lahir buat anak jiran mama,moga2 anak ini menjadi anak yg soleh,berjaya dunia & akhirat.

Sebab kek bday nak hantar ke asrama anak nya,jadi Ita tempah lah lagik satu kek comel untuk anak kecik dia..bukan apa..nanti tengok kek abang nya..adiknya nak jugak.. nak potong kek jugak...kalau dah kek abang nya yg dipotong..abangnya nak potong apa pulak...hehehe...biasa la keadaan macam ni..adik selalu aje nak menang..memang jadi kakak kena mengalah..

17 hb ni rumah mama akan buat kuliah bulanan. tak sabar rasanya nak mengisi hati dengan ilmu.Moga Allah mudahkan kerja amal & dakwah mama

kejap aje sebulan ke sebulan.. terkejar2 rasanya dengan keadaan yg sibuk.. mama plan nak blaja mengaji..belum dapat pegi lagi..ya Allah kau berikan aku kekuatan Ya Allah.

Ok kita tengok kek bday semalam yuk..mintak maaf ita kalau ja buat ada kekurangan di mana ya !


Semoga ita & anak2 happy dgn kek ni..lain kali order lagik ya 























TQ Ita... Jumpa lagi

Sunday, March 10, 2013

Tempahan dari dapur mamahusna

Assalammualaikum WBT

Dah lama tak update hasil kerja2 membaking kan.. Alhamdulillah..Ya Allah atas apa yg telah Engkau rezekikan kepada aku & keluarga ku... walau pun modal banyak tapi hasilnya pun kek2 & macaron mendapat banyk tempahan..

Insyaallah kalau kita ikhlas .. semakin bertambah Rezeki yg Allah bagi..mama cuma nak sharekan amalan2 murah rezeki..cuba lah kita sama2 amalkan dengan berterusan..Insyaallah akan nampak hasilnya.. yg penting kita jangan kedekut.. memang ramai bakers2 yg meniaga diluar sana..persaingan yg baik..takpe.,.kau jual kek aku pun jual... kau dapat order banyak...aku pun insyaallah ada tempahan.. walau sikit kita buat tapi berterusan kan seronok... Allah tak bagi semua yg kita mahukan,..tetapi apa yg kita perlukan :)

Banyak kan zikrullah,istighfar..amalkan surah AlWaqiah setiap hari & amalkan solat sunat Dhuha 2 rakaat setiap pagi..Insyaallah memang nampak kesan nya..mintalah dengan Allah sesungguh hati.. Allah itu maha pengampun & Pemurah.

Jum layan gambar ya teman :)





Ada lagi ke gambar?.......ada ada..... 




















ada lagi ker?...hehehe ada lagi? ada??? ok yg last .... 

















Alhamdulillah... Terima Kasih


KONFERENS MUSLIMAH 3 Mac 2013

Assalammualaikum WBT

Cuba kita perhatikan apa masaalah yang kita sibuk memikirkan setiap hari.

Apakah ia digunakan utk dekat pada Allah dan menentukan ibadah kita cukup dan mengikut Rasulullah?

Jika kita hanya sibuk dgn masaalah sakit hati , marah, dendam dgn orang hingga buta mata hati mencari Allah alangkah ruginya.
Cuba audit di mana kita di sisi Allah dan adakah peluang kita mendapat syafaat NAbi MUhammad saw di akhirat nanti yg tidak ada pertolongan selain amalan soleh semasa hidup.

Jangan habiaskan nyawa kita melihat orang lain hingga terlupa memperbaiki diri lebih baik hari ini dari semalam.

Lihat apa kita baca dan masa di gunakan di alam siber utk ALlah atau nafsu yang tidak baik.. ^_^


Antara peserta dari seluruh Malaysia & Indonesia Antara 900 orang muslimat yg hadir... Ramai ... Allahuakbar! Alhamdulillah ...aku antara orang yg dipilih Allah untuk berada di majlis ini~ 






















Ya Allah ...Moga2 aku akan terpilih lagi untuk berada dimajlis ilmu taman2 syurga