Akhirnya parlimen terbubar.sekarang rakyat yg berkuasa memilih pemimpin,Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya tidak ada perbezaan di antara hukum
Allah yang satu dengan yang lainnya. Jika suatu hukum itu wajib, maka ia
mestilah dilakukan sekuasa-kuasa kita dan sebaliknya jika suatu hukum
itu haram, maka ia mesti ditinggalkan. Tidak ada beza di antara
kewajipan dakwah dan solat, di antara kewajipan solat dan puasa dan juga
di antara kewajipan puasa dan kewajipan berpolitik. Kesemuanya adalah
sama-sama kewajipan yang mesti dilakukan dan berdosa jika ditinggalkan.
Hanya sahaja, yang perlu difahami adalah bahawa kewajipan berpolitik dan
menyertai parti politik yang dimaksudkan di sini adalah berpolitik
sesuai degan hukum syara’ dan menyertai parti politik yang dibangunkan
atas dasar Islam, bukannya parti politik yang dibangun atas dasar
sekular atau kufur.
Bolehnya kita berpolitik bukanlah dan tidak boleh
disandarkan kepada undang-undang ciptaan manusia. Al-Quran dan Sunnah
hendaklah menjadi dalil dan sandaran bagi setiap perbuatan kita.
Justeru, setiap Muslim hendaklah mentaati dan mengikat diri mereka
kepada hukum Al-Quran dan as-Sunnah di dalam berpolitik, bukannya
mentaati dan mengikat diri dengan AUKU, ISA, OSA, Akta Polis, Akta
Penerbitan Dan Mesin Cetak, Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain hukum
kufur di bawah sistem demokrasi.
Fikirkan teman2,kewajipan kita berpolitik.............................
Selamat memilih pemimpin!
No comments:
Post a Comment