Sunday, May 6, 2012

Coklat Oreo Jelly

Assalammualaikum WBH,

Salam sayang untuk semua pengunjung blog mama.Hari ni mama nak share kan satu resepi jelly.Mama buat jelly ni hari jumaat,mula2 makan tu rasa biasa aje,dah setengah hari duk bawah tudung saji tu sedap pulak rasa nya...

Sedikit Mutiara Kata untuk renungan kita semua.............:

Imam Al-Syafie berkata:
"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."

"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."

"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."


Oraitt jangan buang masa lagi jum salin resepi ni,tampal kat pintu peti ais atau notis board kat dapur tu,bila2 masa bole buat untuk makan2....

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
  • 8 gram serbuk agar-agar
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim keluarkan lepas tu hancurkan guna food processor)
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( susu pekat manis pun bole)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan (mama takde daun pandan so skip aje step bubuh daun pandan)
  • 2 sudu besar serbuk koko
 Cara-cara:-
  1. Rebus air dan larutkan serbuk agar2.
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais.
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.
*Patutnya jelly ni jadi 2 lapisan atas oreo nya terapung,mama pun tak tau kenapa tak terapung lapisan oreo nya,lain kali buat bedah siasat kenapa tak jadi...hehehe!




Tekstur nya cantik,rasa pun sodap..cuma tak de lapis....hmmmmmmmm 



Dah masuk kat tekak ok aje lah tu...... 








Sekian Wassalam

No comments:

Post a Comment