Sunday, December 30, 2012

Last entry 2012~HIJRAH AKU

Asslalammualaikum WBT

Kita sudah berada di penghujung tahun. Dah lali hiburan mlm tahun baru, bunga api, nyanyian dan tarian, coupling lelaki dan perempuan, brseronok dan hilai ketawa dll... sekarang kita sudah sedar... delete semua kesilapan kita yg lalu... dulu kita lalai...kita muda... sekarang usia sudah menginjak tua... tak kan lama untuk kita berada di dunia.

Ayuh teman2,...mulakan cara hidup islam, Islam lagi cantik dan indah untuk kita hayati... malam tahun yg baru kita banyak2 panjatkan kesyukuran pada Allah.. bertaubat berzikir memuji Allah... Terima kasih Allah kerana memberikan tahun baru dan hari baru yg lebih bermakna... Kalau kita masih sama dan tidak mahu berubah kita akan jadi insan yg rugi

Sepanjang tahun ini, pengalaman hidup lebih mematangkan aku.. Moga Allah tanamkan perasaan takut aku kepadaMu, mudahkan bagi kami utk menangis kepadaMu & kami menyesal atas dosa-dosa kami yg telah lalu. 

Teman..........Kite buat baik, bkn krn kite sudah menjadi org yg baik. Tetapi itulah usaha kite utk menjadi org yg baik...Mari kita berubah dan berhijrah...Hijrahlah yg membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan.Moga kita sedar Hari yg paling baik adalah saat kita pergi meninggalkan dunia dan kembali kpd Allah dlm keadaan beriman kpdNya .

Apa yg kita mahukan sekarang ialah kebaikan... bila kite tak boleh ditegur, itu namanya EGO. Bila kite rasa diri kite bagus n pandang rendah pd org lain, itu TAKBUR. moga kita dijauhkan dari sifat2 ini,Mulai tahun baru ini aku berazam untuk tidak post sesuatu yg tidak bermanfaat di dlm FB dan blog aku... ingat aku! Hanya post kata2 yg bermanfaat sahaja dan aku mahu perbetulkan niat aku berfB dab berBlog. Dan insyaallah aku juga berazam untuk delete semua gambar2 yg tidak sempurna menutup aurat ku di FB..serta aku mahu delete semua gambar2 yg ada saudaraku yg tidak menutup aurat agar dosa2 mereka tidak berterusan apabila kita mati nanti.

Buat teman2/sahabatku diluar sana aku mohon sekiranya ada gambarku yg tidak sempurna menutup auratku,aku mohon dan meminta tolong agar di delete sahaja gambarku.. aku tidak mahu dosa2 ku berterusan di alam maya ini sehingga saat aku bertemu Allah...

Untuk post2 di blog dan FB aku yg ada mengandungi unsur ejekan dan hinaan kepada hamba Allah itu juga akan aku delete dalam masa terdekat ini... dan aku memohon ampun atas segala sindiran kepada hamba Allah yg aku maksudkan.. Moga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk istiqamah melakukan kebaikan di dunia ini...hidup ini terlalu singkat, balasan kepada sekecil2 kebaikan & kejahatan pasti Allah akan membalasnya kerana Dia bersifat Adil.

Kepada guru2, para astazziiyah,para ilmuwan agama dan pendakwah di FB (termasuk suami ku Helan Hj Awang ,sahabat2 ,jiran2 yg rapat atau tidak)dan kepada page2 dakwah dan page motivasi aku mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga...kerana mereka berterusan memberi panduan dan memberi peringatan,menyebar ilmu agama sehingga aku sedar betapa kurang dan jahil nya aku... menyedarkan aku yg telah lalai dan tahu tanggungjawab sebagai seorang muslimah dan khalifah di muka bumi Allah..
Tidak lupa juga aku memohon dihalal kan segala copy paste,gambar2,link2 dan semua status yg telah aku post dan share di FB dan blog aku



Budi baik kalian moga 2 Allah akan memberi ganjaran syurga...Insyaallah.

 
























Semoga kita bertemu kembali di lembaran dakwah

Friday, December 28, 2012

T.kasih Tetamu dari Shah Alam

Assalammualaikum WBT

Semalam mama happy...ada tetamu dari jauh datang nak share tips tentang macaron... hehehe.Kak...kita mintak maaf kita terlalu sikit ilmu buat burger comel tuh....buat2 banyak juga yg tak jadi,tapi yg jadi pun ada juga... masih dalam CSI lagi ni...

Macam mana pun moga ukhwah antara kita terus kekal,Jangan serik untuk berkunjung lagi ke teratak mama di pasir gudang ya, buat adik CT yg cantik baik dan solehah,mama doa kan moga adik CT istiqamah lah dalam kehidupan yg islamik... sangat bertuah mak & ayah mendapat anak yg sejuk mata memadang.




                              

Lepas ni adik boleh la mulakan bisnes macs ni kat Shah Alam ya....






 Terima kasih atas silratulrahim ini~






















Ada Rezeki kita akan bertemu lagi Insyaallah~

Thursday, December 27, 2012

Crepe durian..... opss! crepe oreo lah :)

Assalammualaikum WBT

Petang tadi macam kurang kerja mama pun cari2 resepi crepe yg paling senang nak buat... mama ada stok tepung dgn semua bahan2 yg paling simple untuk membuat nya... jum salin resepi ni dan bila2 masa lapang tu boleh la melempeng ya :)




 OREO CREPE:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung halus (option)
3 biji telur grade A
300 ml susu segar/ santan
300 ml air
Secubit garam
Pewarna
Biskut oreo hancur

Satukan semua bahan dan blend hingga sebati. Tapis dan rehatkan selama 4 jam atau semalaman lagi bagus untuk tekstur crepe yang lebih lembut.

Untuk cream..cuma putarkan whip cream (non-dairy) hingga kental. Boleh tambah icing sugar sikit jika nak manis...






                                            Bila dah hampir due date ni macam2 pulak mengidam nya...!

















                                                      Selamat mencuba dan moga bertemu lagi

Monday, December 24, 2012

Cabaran Membuat Macaron,Resepi french macaron & Tips

Assalammualaikum WBT

Aduh macaron!... kau ni comel,manja,gedik nya la hai... kenapa kau kadang2 tak jadik yek? Puas mama dah buat CSI tapi tak de jawapan nya...yg mama menyirap tu masa orang nnak order time tu le dia mengada2 ...hahaha... pening sudah mama, macam serik tak nak ambik order dah.. 

Dah buat adunan sama2..tak ubah2,tak tambah2,tak de cilok2... semua buat ikut prosedur yg betul ehhh... ntah ape yg buat dia merajuk gaknya.... huhuhu... memang susah nak memahami nya...

Ni kalau nak ngajo orang tak menjadik ni mcm mana ek... buat malu aku aje.ceh kekonon yg jadik tu boleh la tayang2 kat FB... tang yg hampeh tu ... la hai.... nak ambik gambo pun tak sampai hati mak nih...hehehe.

Pada mama la tips yg paling utama nak buat Macaron ni,jangan eksen sangat,sebab bnyk kali buat jadik...ceh ko nak riyak yer.....!... Mulakan dengan bismillah... selawat bnyk2... lepastu boleh la start ya kakak2 kat luar sana...hehehe.

Mama berhajat nak share resepi nya..tapi kalau kau kakak2,adik2 buat tak jadik jgn marah tau...hehehe.ni bahan2 nya :



MACARON


Bahan A
120 gm serbuk badam
220 gm gula aising


Bahan B
100 gm putih telur
60 gm gula kaster
1/4 sudu teh serbuk vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)

CARA-CARANYA

1. Kisar serbuk badam dan gula selama 2-5 minit menggunakan ‘food processor’. Ayak dengan menggunakan tapis untuk mendapat serbuk yang halus.
2. Pukul/putar/whipp putih telur dan gula kaster pada kelajuan tinggi sehingga ia menjadi ‘meringue’.
3. Campurkan serbuk badam dan gula aising ke dalam adunan putih telur tadi.
4. Masukkan serbuk vanilla.
5. Masukkan pewarna yang anda sukai.
6. Kacau sehingga adunan cair (seperti “magma”/lahar gunung berapi).
7. Masukkan adunan ke dalam ‘piping bag’. Paipkan di atas ‘parchment paper’ atau ‘baking paper’.
8. Letakkan dengan hiasan yang disukai. Contoh: serbuk koko, ‘poppy seed’, dll.
9. Biarkan selama 30 minit hingga sejam sebelum dibakar.
9. Bakar di dalam oven selama 15 minit (api atas/bawah). Suhu 150 -160 C.
Nota:• 1 sudu makan black cocoa & 1 sudu makan serbuk koko untuk chocolate macaron.


Yg ni basic resepi..kalau yg ni dah jadik nak cuba2 yg method italian,swiss baru la boleh taw.. yg ni basic french macaron..nak blajo2...mama nak kasik tambahan tips... nak tak nak kau kena ikut juga tips ni... pantang larang ni kena ikut sebab kalau tak... macaron tak sempurna gituhhh..

1. Pastikan  bekas2, spatula, whisk bebas dari minyak & air.
2. Masa mengasingkan putih telur & kuning telur  pastikan kuning telur x masuk skali..walaupun sikit. Cara senang nk asingkan adalah ketika telur itu sejuk…means dr peti sejuk…tp lepas asing tu make sure letak dia dlm suhu bilik plg minimum 1jam b4 nk baking.
(CARA MAMA... TELUR SIZE A,PECAHKAN DAN ASINGKAN ,MASUK DALAM FRIDGE SEMALAMAM... JGN LUPA TUTUP BEKAS PUTIH TELUR,BILA KELUARKAN TELUR PASTIKAN SUHU TELUR BERADA PADA SUHU BILIK)..AT LEAST 1 JAM LEPAS DI KELUARKAN)
3.Keadaan persekitaran yg kering dan panas pun ptg bila nk buat macarons..sbb macarons memerlukan udara panas utk tujuan pengeringan. kalau time hujan udara lembap dan amik masa utk macarons kering maybe lbh dr sejam dua..so sbb tu ada tips cara keringkn pki oven tu
4. Semasa membuat proses macaronage iaitu proses mengacau putih telur & serbuk badam tidak over do, di mana macarons akan pecah/retak
5. Pastikan macaron betul2 kering, iaitu bila tekan dengan jari, ia tidak melekat dijari. Sekiranya tidak kering, macarons yg dibakar akan menjadi gunung berapi  dan pecah
6. Sila timbang dengan betul, sedikit / banyak sukatan akan effect macaron terutamanya putih telur
7. Semasa membakar, gunakan api atas bawah
8. Gunakan pewarna serbuk/gel/ kek lapis sahaja. Jangan gunakan pewarna berasaskan minyak kerana meringue amat sensitive dengan minyak. Juga jangan gunakan pewarna cecair biasa..kerana ia akan mengubah kecairan meringue.
9. Org ckp macarons manis sgt..tp if buat kurng manis..xmenjadi bhagian luarnya,xjadi mcm licin kulit telur n  xcntik..n xkeras bhgian luar ..ble wt manis..brula mnjadi keras kt luar n berkilat..n..kalau buat meringue, guna gula y pekat mcm madu (Italian method)..akan jd lg cantik n licin..slalu macarons ni mkn bersama coffe barulah balance rsnya
Sumber : Kak Azura FB dan google
- Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons.
- Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.
- Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi.
PERINGATAN
Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.
Kurang Masak – macaron susah nak tanggal
Suhu Terlampau Panas – macaron  pecah



Yang ni memang jadi cantik dan sempurna... Tahniah untuk diri ku sendiri hehehehehe




                  Terima kasih pada Liyana dan dayah yg sudi order macaron dengan mama ya















                                             Sekian Moga Bermanfaat  .... Wassalam

Thursday, December 20, 2012

20 12 2012

Assalammualaikum WBT

Hidup adalah medan ujian... kesenangan adalah ujian, keburukan juga cubaan...yang beriman akan memandang baik kedua-dua perkara...

semoga kitalah insan-insan yang mempunyai iman yang mempesona itu, seperti sabda Rasululah saw, "Alangkah menakjubkan seorang mukmin itu, diberi kesusahan dia bersabar, diberi kesenangan dia bersyukur..."

Syukur Ya Allah sehingga ke saat ini aku masih dapat menghirup udara ,menjalani kehidupan.. Moga2 aku terus beristiqamah mengikut landasan syariat Mu. 

Semakin bertambah usia maksudnya semakin mengahmpiri kematian dan semakin berkurangan waktu untuk membuat amalan..........

Insan2 yg memberi kebahagian mama ucapkan moga kita sentiasa dibawah pemeliharaan Allah swt sentiasa~


                                                  Indulgence chocolate cake by secret recipe



                                                                   Jum celebrate ikut mama



                                                             Last2 kakak yg dapat hadiah...............














                                                             hehehe Moga bertemu lagi salam~

Monday, December 10, 2012

B'day Yasmeen~

Assalammualaikum WBT;,

Untuk B'daY Yasmeen yang ke 3 tahun......maklong nya buatkan majlis comel untuk anak nya tu... Mokde ucapkan selamat panjang umur buat Yasmeen, moga besar nanti menjadi anak yg solehah ,berbakti pada mama dan ayah dan taat perintah Allah SWT




                       Nak lollychoc ada imej boboiboy ngan upin ipin kata yasmeen....bebudak la katakan..




                                 Hadiah cup cake red velvet dari mokde untuk tetamu yg datang............


 

Wah teruja nak memotong ya.................. 








HappY B'day

Sunday, December 9, 2012

Tempahan B'day kek dari FB fren

Assalammualaikum WBT




Happy B Day Angah~



                                                      




                                                  RED VELVET CAKE ~TQ YA ~

Buat macaron suka2...tapi dapat juga tempahan

Assalammualaikum WBT

Waduh2 penat nya hari ni... Hari ni mama jenjalan ke jemputan kahwin di Kluang.. Dari Jb kul 9 pagi ke kangkar Tebrau ambik emak & Ayah ... sarapan pagi jemput2 pisang & Nasik goreng mak buat...sedap mama makan... sebab tinggal ngap aje...hehehe...TQ mak!Gi Kluang makan lagik...dari Kluang terus ke pontian pulak ambil buat duku kat kebun ayah... petang baru sampai ke Pasir Gudang semula...penat penat..tapi best dapat jalan2 bawak mak dan ayah...ye lah sementara masih ada usia yg berbaki..kalau tak emak dan ayah pergi dulu...mungkin juga kita ?


Last week dapat call dari Kota Masai..tanya pasal nak order macaron.. hehehe.. mama ni dah lama ngidam nak buat ...terlanjur orang nak order mama try la sikit dulu,satu adunan buat makan2.... Nak buat Macaron ni senang..Cuma langkah nya cerewet...manja2 gitu.. miang sikit masa kita nak bakor nya tu kena tunggu kasi badan dia yg comel tu kering...kalau tak cukup kering nanti tak keluor pulok kaki nya tuh....hehehe Hari tu kak dik ada tanya kenapa macaron kak dik melekat2 kat baking paper...bila mama dah study dik katanya... kurang masak kalo gitu.. tak pe dik cuba lagi buat ya..jgn putus asa... buat sampai puas hati...try and error kata omputih... :)





Hik!...jadik memang jadik tapi sebab husna dah tepekik..kaler nya tu tak gaul rata....kaler hijau nya comot...





Heee... sedap nya la filling peanut butter... tapi bertambah2 sedap kalau filling nya dark choc ganache dgn blueberry....wow wow wow...thumbs up rasa nya! jangan makan banyak taw...manis betul ..lepas makan seketul baik ko cecepat bilas ngan air masak...

Ni shell nya.... makan gitu pun sedap..
Mak Tik suka makan yg kosong tak de inti...sedap kata nya lemak manis...mcm biskut oreo ..


                                 Ni pic pink kaler mama sorang2 aje bedal...huhuhu~












                                                             SEKIAN......................SALAM

                                                                        ~ceria selalu~

Friday, December 7, 2012

Cuti Yang panjang~

Assalammualaikum WBT..

Rindu juga setelah sekian lama tak bersendirian menaip mengupdate blog ni.. aktiviti seharian yg padat...masa yg berlalu begitu pantas...dicampur sekali mood yg turun naik...time nak update je masa tu lah takde pulak idea nak tulis apa..tapi time berangan sensorang gedak geduk kat dapur basuh pinggan masa tu lah mama berangan nak tulis macam2 kisah..lepas tu hampeh...hehehe.

Masak2 mama malas... lauk2 mama beli aje...kedai makan,gerai kat depan rumah mama ni dah melacak2 dah..dari pagi nak sarapan...nasik lemak aje ada macam2 versi..tengahari jgn cakap lah...asam pedas nya,sup tulang nya...petang...sate burger,segala jenis mi,grill............huhu boleh mokk org kat bukit dahlia ni......termasuk blogger yg tgh menaip ni...hehehe

Anak2 cuti sekolah berminggu2 tapi belum dapat kemana2... tak pe lah... tak dapat jalan sekarang...tahun2 depan boleh jalan,...kalau nak mikir kan org lain jalan kita tak dapat..cuba fikirkan balik keluarga2 miskin yg tak pernah dapat berjalan.. ke pasar raya jusco pun tak pernah merasa... ha.....baru kita rasa bersyukur dgn apa yg kita ada.............sgt2 jauh lebih baik.

Time rajin hari tu mama cuba buat pavlova... hmmm kan main lemak manisnya....memang sedap,mama suka rasanya ,kalau makan tak boleh berenti pulak...lain kali dah tau mcm mana nak jadikan pavlova ni lebih sedap...sedap dimakan dgn buah2 fresh yg masam2... ari tu merata carik buah strawbery takde..yg ada anggur merah & hijau...mama taruk ajer lah...kih kih kih...sedap jugak






Tapi................................. ada satu gambar aje....hah ni dah kes malas sangat nak mengedit bagai....kih kih kih....!




 moga bertemu lagi salam

Tuesday, November 13, 2012

Cari2 ilham

Asssalammualaikum WBT

Alhamdulillah...semua tempahan dapat siapkan on time.. sejak ada tempahan kek mama rasa otak mama dah mula berkerja...agak stress mengugel2 cari idea mcm mana nak mendeko kek ikut tema yg customer bagi...last week menyiapkan tempahan snow cheese kek ,dah 3 hari mama sibuk menyiapkan tempahan coklat dari sahabat untuk birthday anak nya 6 tahun...

Mama berdoa berilah kesihatan yg baik sepanjang menyiapkan tempahan..bimbang juga harapan orang ,bukan senang nak puaskan hati orang,buat suhana dan liza maafkan mama kalau ada kekurangan dimana2 ya.. dan paling penting terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada mama




Gambar cheese kek ni guna samsung note... boleh tahan juga hasil nya




Lollychoc with kartun image.....





Lollys ..........




50 pcs lollychoc and mini bars ...........



Rainbow cuppies...........


Istimewa Buat adik Wani...




Happy 6th birthday adik wani...............











                                                 Wassalam....moga bertemu lagi Insyaallah.............:)

Sunday, October 28, 2012

Resepi snow cheese cake

Assalammualaikum...
Moga Hari ini lebih baik dari semalam....

Saudara semuslim ku yg baik hati nya..........

Aku pernah merasa kecewa, tapi aku percaya...
itu takdirnya Dia yang ingin menguji rasa syukur di hati hamba...

Aku pernah merasa kehilangan, tapi aku yakin..
Allah tahu hatiku kesedihan, tapi inilah namanya ujian...

adakah aku akan menyerahkan kehidupan ini pada akal fikiranku
atau aku boleh redha dengan ketentuan..

Aku pernah berdepan kegagalan,
dan aku tahu Allah menyukat usahaku sekian lama itu..

namun Dia menguji rasa kehambaanku,
rezeki itu milikNya, aku percaya...
ada hikmah disetiap kejadian....

Aku berdoa dan terus berdoa...
adakalanya aku hampa,
kemudian aku perlu segera menyedari bahawa Allah maha mendengar,
Dia mengira sesuatu yang terbaik untukku tanpaku menyedari.....

Allah..Allah..Allah...
Copy wall Fb adik Nor Hafizah Bahijah................








Bahan2:


100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)

60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
saya letak sedikit esen vanila.


UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis-  (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.



UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)   

Cara-cara:
 
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.




Maaf kan mama tak sempat nak snap step membuat nya.... tapi bole agak cara membuatnya kan




Sedap...gebu..... lazat rasanya Insyaallah  :)






























                                                  Moga bertemu lagi................selamat mencuba

Friday, October 26, 2012

10 Zulhijjah.......Al Adha

Assalammualaikum WBT

Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan".
(HR. At-Thabrani) 

Salam Aidiladha buat semua sahabat dan teman2 blogger seta kepada seluruh umat islam sedunia.Sayu hati mendengar takbir dan  buat renungan serta muhasabah bersama......................

Sahabatku........................Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu, memandang serong terhadapmu, meletakkan dirimu bagai tidak berharga, seolah dunia ini gelap dan gelita , tiada tempat untuk meluah, pintu dunia seakan terkunci untuk diceritakan segala resah dan kekecewaan yang bersarang di jiwa....

Maka saat itu, tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurniaan wudhuk dan air mata keinsafan. Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu untuk mendeengar segala isi hati yang terluka...

Kerana Dia Maha Mendengar.............
Betapa kasihnya al-Khaliq kepada manusia yang kadangkala hanya merayu dan meminta di saat susah dan gelora...

Umat Islam seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci Mekah..
Indahnya
malam 10 Zulhijah
takbir bergema keheningan dipecah
kesunyian malam berlabuh sudah

mengerjakan Wukuf menuju Kaabah.

Hati sayu
bertambah gundah
teringat mereka hati terarah
kekasih di jiwa berada di Mekah
mengerjakan haji kebesaran Allah.

Labaikallah humalabaii, Labaikallah sari kalakalabaii
Innalhamdah Waniqhmadhah, Laqawalmuth Lashariqallah.

Allah Huakhbar, Allah Huakhbar, Allah Huakhbar,
Laaaaaaillahaillalahuallahhuakhbar, Allahhuakhbarwalillahilham.

Syukurku
Ya Allah!
di atas kemenangan umat-umatMu Ya Allah
setelah selesainya Wukuf di Arafah
kini kami meraikan kemenangannya
dengan memuji-muji namaMu
dan kebesaranMu
Ya Allah,
Tuhanku Yang Maha Besar.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, Segala Puji BagiMu,
Ya Allah.


 




















Baitullah.... aku sgt ingin berada dihadapan mu sekali lagi...........Moga bertemu Lagi Insyaallah.......................

Sunday, October 21, 2012

Happy B'day Adik Auni

Assalammualaikum WBT

Apa khabar sahabat semua? sihat tak? Ceria nampaknya hujung minggu ni..Mama seharian sibuk semalam menyiapkan tempahan kek untuk adik Auni, anak jiran di jalan semerbak Taman Bukit Dahlia 

Mama Auni request nak tema 'remaja'.... nak nampak sweet ..kaler soft pink & purple...mama cari2 idea dannnn.... terhasil lah kek ni.... harap adik auni gembira celebrate dgn kengkawan hari ni ya..

Pada kawan2 jiran2 adik bradik yg berhajat nak buat tempahan kek harap order at least 3 days in advance ya..bukan apa, nak merancang,nak mendesign, agak kelam kabut sikit mama ni..hehehe









Buat Adik Auni.............mama ucapkan happy bday ya sayang!








Tips: Nak dapatkan hasil kek gebu dan tak melekat jgn lupa griskan loyang dgn minyak masak taw!







corak sisik ikan tu guna Nozel bulat no 8...,gunakan sudu kecil atau spatula kecil utk membentukkan sisik!






























                                   Terima kasih Moga bertemu lagi................................Wassalam

Tuesday, October 16, 2012

Resepi Rainbow kek

Assalammualaikum WBT

Hari ni buat apa ya ? membaking lagi ke?sebab tak keja mama pun cari lah kerja kat dapur ..mama pun tengok2 jengok2 terbongkok2 kat dapur...tepung ada,telur baru ada banyak,buka peti ais fresh milk ada lagi,.dalam minggu ni tangan mama ni macam gatal aje nak mencuba buat rainbow kek.

Akhirnya dgn lafaz bismillah mama pun mula lar merenbow tu diri mama sendiri..mama mula2 susun ada 5 kaler..biru,hijau,pink,kuning dgn purple... last tinggal 4 kaler..warna biru tu crack pulak...sayang btl laa.
tak pe lah kan yg penting nampak juga beza kaler tu..dan yg paling penting sekali resepi kek ni memang resepi renbow kek..

Ok jgn tunggu lagi jum salin resepi nya..,.


BAHAN BAHAN

3 cawan tepung gandum ~ ayak
4 tsp baking. powder ~
1 cawan butter
1 3/4 cawan gula castor
5 biji putih telur
1 1/2 cawan susu segar
2 tsp esen vanilla
6 jenis kaler yang di sukai

CARA


Putar butter dan gula hingge kembang dan gebu ~ sehingge putih
Masukkan telur putih dan esen vanilla ~ putar sebati
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Bahagikan kepade 6 bahagian dan setiap satu letak kaler yang di sukai ~ purple, hijau, biru, kuning, oren, merah
Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang 8 inci dan bakar selame 15 minit pade suhu 180 C menggunakan api atas bawah.
Bakar sehingge selesai semuanye 6 lapis
Boleh lah di topping mengikut citarase anda ye.

Untuk lapisan ditengah2 kek mama cuma putarkan non dairy whiping cream secawan ..putar ajer hingga kental dan lapiskan..(main belasah aje ikut sedap tekak mama..keh keh keh)

Topping

200 gm krim well
140 gm gula icing
60 gm butter


Putarkan kesemua nya hingga putih dan warnakan kalau suka...sedia utk digunakan.




mama berangan nak deco rufles kat tepi2 kek...memang sweet la kek rufles ni..mama berangan jugak nak buat rufles ikut kaler rainbow kek tu tapi malas la pulak ...teruk betul penyakit malas tu..heee.tapi yg penting rufles2 tu menjadik..pada yg nak mencuba mama gunakan nozel yg takde nombor...tapi mama carik2 dlm buku kek mama guna nombor nozel 2107



So,pada yg nak mencuba buat rufles ni boleh guna nozel mcm dlm gambar tu ya





ok ...ni mula2 nak melayer kek...mama ni tak de skill memfrosting kek..jadi mcm ni lah....pejam aje la yer..




Dah siap mendeko....posing2 sikit ...dah mcm sayang pulak nak potong..hiks!





huhuhu...terpotong sudaaa




hmmm jum makan....rainbow kek ni manis..topping nya pun manis...jadi boleh kurangkan gula dalam adunan kek tadi ya....





Sepotong kek ni untuk adik nurul yg tengah demam....kesian dia..moga cepat sembuh ya sayang(nurul anak jiran belakang rumah mama) ok....jgn tunggu lg untuk mencuba resepi kek ni....moga jumpa dilain kek..insyaalah!























                                                                     Sekian...............wasalam

Friday, October 12, 2012

Ada juga yg sudi.........

Assalammualaikum..

Apa khabar sahabat blogger dan semua sahabat2 mama dan saudara semuslimku yg baik hatinya...Moga kita sentiasa dibawah rahmat dan perlindungan Allah sentiasa..Allah tidak menjadikan kita dengan sia2 dan hanya untuk bersuka suka di dunia ini..pasti ada tugas dan tanggungjawab kita untuk menunaikan hak Allah.
Ketahuilah..
Semua orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang dikurniakan dengan semua kelebihan dan semua kekurangan dalam diri dan peribadi. Justeru, jangan pandang diri terlalu tinggi atau terlalu rendah di sisi manusia. Kau manusia, dia manusia, daku pun manusia. SAMA. Yang membezakan cuma AMAL dan TAQWA; itu yang dilihat oleh ALLAH. Wahai diri dan hati, selalulah hisab diri dan sucikan hati.
Hari ni mama ada buat kek..tapi bukan untuk dimakan sendiri..ada sahabat yg menempah untuk birthday anak nya yg ke 15.Mama doakan Irfan menjadi anak yg soleh,ingat jasa umi dan ayah..tengok aje hari ni sempena b'day irfan umi siap tempahkan kek...(ni mcm umi ajer yg nak makan kek ni...hehehe)..Terima kasih bnyk2 kat Umi..Umi selalu risaukan Irfan...,ambil berat... anak sulung amanah Allah... 

Mama mintak maaf banyak2 kalau ada kekurangan rupa dan rasa Red Velvet cake ni..Dengan bismillah mama buat....tergesa2 sikit pasal si muchuk husna nangis...nak mengempeng sambil ajak mama tengok doraemon...maafkan mama ya jangan serik nak menempah kek lagi...next! kek coklat meleleh pulak...Insyaallah.



Proses melepa kek.....................



 Buttercream cheese Frosting



Selamat panjang umur Irfan...Moga hidupmu diberkati Allah~



 Maaf pada kekurangan rupa dan rasa nya ya....:)


Sekian 



Wasalam.....................

Sunday, October 7, 2012

Resepi Sugar cookies(dah lama ngidam nak buat)..:-)

Assalammualaikum...

Amboi kengkawan!  sakan ya berjalan hujung minggu ni....hehehe...maklumla kan hari lain sibuk buat kerja,bila ada masa hujung minggu tu baru ler dapat rehatkan minda...tenang kan jiwa..sahabat..kalau hati nak tenang,,berbicaralah dengan Pencipta kita...luah kan pada Nya setiap selepas solat..

Mama hari ni nak share resepi yg dah lama benor teringin nak buat..ni resepi sis Azlita..senang ajer rupa nya...meh jum buat..boleh anak2 bawak bekal gi sekolah esok!

SUGAR COOKIES


225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.


Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap 
Susun doh atas dulang pembakar
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.
Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit. 
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman


ROYAL ICING

800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon  


Satukan gula icing dan meringue powder
Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurna
Tambahkan air dan jus lemon..
Sekarang adunan royal icing telah tersedia dan boleh di gunakan.
Boleh lah diwarnakan mengikut kesesuaian.

Untuk membuat layout, jika adunan royal icing terlalu pekat tambahkan sedikit air ~ anggaran 1 sudu teh, sedikit-sedikit hingga ia mencapai kepekatan yang sesuai untuk membuat layout ( adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair) kacau adunan rata.

Untuk bahagian dalamnya pula, adunan hendaklah licin dan cair sedikit dari adunan layout tapi tidak terlalu cair supaya bila kita paipkan ia tak meleleh turun. Oleh itu jika adunan pekat letakkan air sesudu teh demi sesudu sehingga mencapai piawaiannya OK!

Adunan bolehlah diwarnakan tetapi Jangan menggunakan pewarna yang berasaskan minyak. Hanya gunakan yang berasaskan air sahaja.

Lorekkan ikut kreativiti ya sayang....................dah jadik!....hmmmmm yum yum yum!

Mama buat layout tu betul2 ikut piawaian macam kak ita buat...tapi tang dalam tercair pulak..lambat sikit nak kering...yg layout tu memang sekejap aje dah kering

*Royal icing mama cuma buat 1/3 bhg sahaja






Belum kering lagik time nih!..........




Lepas bakar ni...satu tray dimakan kanak2 dalam rumah ni..dgn mama nya sekali makan...mama buat tak manis sgt..mama kurang kan sikit gula icing masa nak bancuh cookies ni





Buat kan layout nya dulu tau!!!





 Jum cuba buat ....




















SEKIAN................WASSALAM.............................