Moga Hari ini lebih baik dari semalam....
Saudara semuslim ku yg baik hati nya..........
adakah aku akan menyerahkan kehidupan ini pada akal fikiranku
atau aku boleh redha dengan ketentuan..
Aku pernah berdepan kegagalan,
dan aku tahu Allah menyukat usahaku sekian lama itu..
namun Dia menguji rasa kehambaanku,
rezeki itu milikNya, aku percaya...
ada hikmah disetiap kejadian....
Aku berdoa dan terus berdoa...
adakalanya aku hampa,
kemudian aku perlu segera menyedari bahawa Allah maha mendengar,
Dia mengira sesuatu yang terbaik untukku tanpaku menyedari.....
Allah..Allah..Allah...
Copy wall Fb adik Nor Hafizah Bahijah................
Bahan2:
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
saya letak sedikit esen vanila.
UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Maaf kan mama tak sempat nak snap step membuat nya.... tapi bole agak cara membuatnya kan
Sedap...gebu..... lazat rasanya Insyaallah :)
Moga bertemu lagi................selamat mencuba
No comments:
Post a Comment