Assalammualaikum..
Apa khabar sahabat blogger dan semua sahabat2 mama dan saudara semuslimku yg baik hatinya...Moga kita sentiasa dibawah rahmat dan perlindungan Allah sentiasa..Allah tidak menjadikan kita dengan sia2 dan hanya untuk bersuka suka di dunia ini..pasti ada tugas dan tanggungjawab kita untuk menunaikan hak Allah.
Ketahuilah..
Semua
orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang
dikurniakan dengan semua kelebihan dan semua kekurangan dalam diri dan
peribadi. Justeru, jangan pandang diri terlalu tinggi atau terlalu
rendah di sisi manusia. Kau manusia, dia manusia, daku pun manusia.
SAMA. Yang membezakan cuma AMAL dan TAQWA; itu yang dilihat oleh ALLAH.
Wahai diri dan hati, selalulah hisab diri dan sucikan hati.
Hari ni mama ada buat kek..tapi bukan untuk dimakan sendiri..ada sahabat yg menempah untuk birthday anak nya yg ke 15.Mama doakan Irfan menjadi anak yg soleh,ingat jasa umi dan ayah..tengok aje hari ni sempena b'day irfan umi siap tempahkan kek...(ni mcm umi ajer yg nak makan kek ni...hehehe)..Terima kasih bnyk2 kat Umi..Umi selalu risaukan Irfan...,ambil berat... anak sulung amanah Allah...
Mama mintak maaf banyak2 kalau ada kekurangan rupa dan rasa Red Velvet cake ni..Dengan bismillah mama buat....tergesa2 sikit pasal si muchuk husna nangis...nak mengempeng sambil ajak mama tengok doraemon...maafkan mama ya jangan serik nak menempah kek lagi...next! kek coklat meleleh pulak...Insyaallah.
Proses melepa kek.....................
Buttercream cheese Frosting
Selamat panjang umur Irfan...Moga hidupmu diberkati Allah~
Maaf pada kekurangan rupa dan rasa nya ya....:)
Sekian
Wasalam.....................
No comments:
Post a Comment