Assalammualaikum...
Amboi kengkawan! sakan ya berjalan hujung minggu ni....hehehe...maklumla kan hari lain sibuk buat kerja,bila ada masa hujung minggu tu baru ler dapat rehatkan minda...tenang kan jiwa..sahabat..kalau hati nak tenang,,berbicaralah dengan Pencipta kita...luah kan pada Nya setiap selepas solat..
Mama hari ni nak share resepi yg dah lama benor teringin nak buat..ni resepi sis Azlita..senang ajer rupa nya...meh jum buat..boleh anak2 bawak bekal gi sekolah esok!
SUGAR COOKIES
225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.
Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap
Susun doh atas dulang pembakar
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit.
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman
ROYAL ICING
800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon
Satukan gula icing dan meringue powder
Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurna
Tambahkan air dan jus lemon..
Sekarang adunan royal icing telah tersedia dan boleh di gunakan.
Boleh lah diwarnakan mengikut kesesuaian.
Untuk membuat layout, jika adunan royal icing terlalu pekat tambahkan sedikit air ~ anggaran 1 sudu teh, sedikit-sedikit hingga ia mencapai kepekatan yang sesuai untuk membuat layout ( adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair) kacau adunan rata.
Untuk bahagian dalamnya pula, adunan hendaklah licin dan cair sedikit dari adunan layout tapi tidak terlalu cair supaya bila kita paipkan ia tak meleleh turun. Oleh itu jika adunan pekat letakkan air sesudu teh demi sesudu sehingga mencapai piawaiannya OK!
Adunan bolehlah diwarnakan tetapi Jangan menggunakan pewarna yang berasaskan minyak. Hanya gunakan yang berasaskan air sahaja.

Lorekkan ikut kreativiti ya sayang....................dah jadik!....hmmmmm yum yum yum!
Mama buat layout tu betul2 ikut piawaian macam kak ita buat...tapi tang dalam tercair pulak..lambat sikit nak kering...yg layout tu memang sekejap aje dah kering
*Royal icing mama cuma buat 1/3 bhg sahaja
*Royal icing mama cuma buat 1/3 bhg sahaja
Belum kering lagik time nih!..........
Lepas bakar ni...satu tray dimakan kanak2 dalam rumah ni..dgn mama nya sekali makan...mama buat tak manis sgt..mama kurang kan sikit gula icing masa nak bancuh cookies ni
Buat kan layout nya dulu tau!!!
Jum cuba buat ....
SEKIAN................WASSALAM.............................
Salam Mama,
ReplyDeletethanks cos share recepi sugar cookie.. seronok tengok mama buat... teringin nak buat jugak!! Saya nak tanya.. meringue powder senang nak dapat tak? berapa costnya? hehehe nak tau jer...