Monday, December 24, 2012

Cabaran Membuat Macaron,Resepi french macaron & Tips

Assalammualaikum WBT

Aduh macaron!... kau ni comel,manja,gedik nya la hai... kenapa kau kadang2 tak jadik yek? Puas mama dah buat CSI tapi tak de jawapan nya...yg mama menyirap tu masa orang nnak order time tu le dia mengada2 ...hahaha... pening sudah mama, macam serik tak nak ambik order dah.. 

Dah buat adunan sama2..tak ubah2,tak tambah2,tak de cilok2... semua buat ikut prosedur yg betul ehhh... ntah ape yg buat dia merajuk gaknya.... huhuhu... memang susah nak memahami nya...

Ni kalau nak ngajo orang tak menjadik ni mcm mana ek... buat malu aku aje.ceh kekonon yg jadik tu boleh la tayang2 kat FB... tang yg hampeh tu ... la hai.... nak ambik gambo pun tak sampai hati mak nih...hehehe.

Pada mama la tips yg paling utama nak buat Macaron ni,jangan eksen sangat,sebab bnyk kali buat jadik...ceh ko nak riyak yer.....!... Mulakan dengan bismillah... selawat bnyk2... lepastu boleh la start ya kakak2 kat luar sana...hehehe.

Mama berhajat nak share resepi nya..tapi kalau kau kakak2,adik2 buat tak jadik jgn marah tau...hehehe.ni bahan2 nya :



MACARON


Bahan A
120 gm serbuk badam
220 gm gula aising


Bahan B
100 gm putih telur
60 gm gula kaster
1/4 sudu teh serbuk vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)

CARA-CARANYA

1. Kisar serbuk badam dan gula selama 2-5 minit menggunakan ‘food processor’. Ayak dengan menggunakan tapis untuk mendapat serbuk yang halus.
2. Pukul/putar/whipp putih telur dan gula kaster pada kelajuan tinggi sehingga ia menjadi ‘meringue’.
3. Campurkan serbuk badam dan gula aising ke dalam adunan putih telur tadi.
4. Masukkan serbuk vanilla.
5. Masukkan pewarna yang anda sukai.
6. Kacau sehingga adunan cair (seperti “magma”/lahar gunung berapi).
7. Masukkan adunan ke dalam ‘piping bag’. Paipkan di atas ‘parchment paper’ atau ‘baking paper’.
8. Letakkan dengan hiasan yang disukai. Contoh: serbuk koko, ‘poppy seed’, dll.
9. Biarkan selama 30 minit hingga sejam sebelum dibakar.
9. Bakar di dalam oven selama 15 minit (api atas/bawah). Suhu 150 -160 C.
Nota:• 1 sudu makan black cocoa & 1 sudu makan serbuk koko untuk chocolate macaron.


Yg ni basic resepi..kalau yg ni dah jadik nak cuba2 yg method italian,swiss baru la boleh taw.. yg ni basic french macaron..nak blajo2...mama nak kasik tambahan tips... nak tak nak kau kena ikut juga tips ni... pantang larang ni kena ikut sebab kalau tak... macaron tak sempurna gituhhh..

1. Pastikan  bekas2, spatula, whisk bebas dari minyak & air.
2. Masa mengasingkan putih telur & kuning telur  pastikan kuning telur x masuk skali..walaupun sikit. Cara senang nk asingkan adalah ketika telur itu sejuk…means dr peti sejuk…tp lepas asing tu make sure letak dia dlm suhu bilik plg minimum 1jam b4 nk baking.
(CARA MAMA... TELUR SIZE A,PECAHKAN DAN ASINGKAN ,MASUK DALAM FRIDGE SEMALAMAM... JGN LUPA TUTUP BEKAS PUTIH TELUR,BILA KELUARKAN TELUR PASTIKAN SUHU TELUR BERADA PADA SUHU BILIK)..AT LEAST 1 JAM LEPAS DI KELUARKAN)
3.Keadaan persekitaran yg kering dan panas pun ptg bila nk buat macarons..sbb macarons memerlukan udara panas utk tujuan pengeringan. kalau time hujan udara lembap dan amik masa utk macarons kering maybe lbh dr sejam dua..so sbb tu ada tips cara keringkn pki oven tu
4. Semasa membuat proses macaronage iaitu proses mengacau putih telur & serbuk badam tidak over do, di mana macarons akan pecah/retak
5. Pastikan macaron betul2 kering, iaitu bila tekan dengan jari, ia tidak melekat dijari. Sekiranya tidak kering, macarons yg dibakar akan menjadi gunung berapi  dan pecah
6. Sila timbang dengan betul, sedikit / banyak sukatan akan effect macaron terutamanya putih telur
7. Semasa membakar, gunakan api atas bawah
8. Gunakan pewarna serbuk/gel/ kek lapis sahaja. Jangan gunakan pewarna berasaskan minyak kerana meringue amat sensitive dengan minyak. Juga jangan gunakan pewarna cecair biasa..kerana ia akan mengubah kecairan meringue.
9. Org ckp macarons manis sgt..tp if buat kurng manis..xmenjadi bhagian luarnya,xjadi mcm licin kulit telur n  xcntik..n xkeras bhgian luar ..ble wt manis..brula mnjadi keras kt luar n berkilat..n..kalau buat meringue, guna gula y pekat mcm madu (Italian method)..akan jd lg cantik n licin..slalu macarons ni mkn bersama coffe barulah balance rsnya
Sumber : Kak Azura FB dan google
- Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons.
- Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.
- Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi.
PERINGATAN
Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.
Kurang Masak – macaron susah nak tanggal
Suhu Terlampau Panas – macaron  pecah



Yang ni memang jadi cantik dan sempurna... Tahniah untuk diri ku sendiri hehehehehe




                  Terima kasih pada Liyana dan dayah yg sudi order macaron dengan mama ya















                                             Sekian Moga Bermanfaat  .... Wassalam

No comments:

Post a Comment