Assalammualaikum.
Salam hari Jumaat yg penuh barokah,buat semua sahabat2.Mulia nya hari jumaat ini,banyak nya kelebihan hari jumaat..istighfar lah sebanyak2 nya,moga2 Allah ampun kan segala dosa2 kita,jum kita amalkan doa ni,mama copy dari wall ustazah siti norbahiyah..
berikan
doa dilapangkan hati dan dimudahkan urusan.Doa ini sesuai bila nak
berucap dan bila nak temuduga atau nak berjumpa dengan seseorang.
"Ya Allah,Ya Tuhanku,lapangkanlah dadaku,mudahkanlah urusanku,dan hilangkanlah kelu yg ada dilidahku ini".
Surah Taha ayat 25-27.
Tolong hafal dan amalkan setiap hari ye.
Hari ini,banyakkan sedekah dan banyakkan tolong orang lain.
Mama Nak sharekan resepi cupcake juga hari ni....memang lah dah boring kan tapi,tangan ni suka sangat nak buat cupcake...comel,geram je tengok...tau2 dah makan 4 ketul yg beso2 pulak tuh...hehehe.
Sempena bulan syaaban dan hari jumaat yg mulia ni,mama nak ambil kesempatan memohon maaf atas segala kesilapan mama pada semua orang,mama harap kan sangat sebelum mama menghembuskan nafas yg terakhir ni(mana lah tau ini tulisan mama yg terakhir)bimbang tak sempat nak nak jumpa syawal untuk bermaafan...Mohon maaf atas tulisan2 mama yg yg menyentuh peribadi,sindiran2,dan segala kekasaran,keceluparan dalam tulisan mama mohon maaf ya...Mama nak didik hati mama anggap orang lain semua lebih baik dari mama,dengan ini mama akan rasa rendah diri dan sentiasa ingat setiap ujian Allah itu ada hikmah yg Allah aturkan untuk kita,Jum kita sebarkan kasih sayang,supaya orang lain akan saling mengasihi.
Insyaallah............................
(Kalau kita tidak dapat berbaik sekalipun aku mohon agar antara kita tidak bermusuhan,maafkan aku teman... )
Resepi :
250 gm tepung instant coklat kek(beli kat bakery)
125 gm butter
2 biji telur
40 ml air
Setkan suhu oven 180,
Dalam mangkuk putarkan kesemua bahan selama 3 minit
Sudukan kedalam mangkuk kertas dan bakar selama 25 minit atau ikut kesesuaian oven.
1 cawan fresh cream
1 sdk cappucino flavor
1 sdk pewarna brown
Putar cream hingga kental dan masukkan cappucino flavor dan pewarna brown.
Jangan putus asa jika Allah SWT menunda apa-apa yang kamu sukai.
Jangan bersedih hati. BERSABAR & TERSENYUMLAH..
Kerana Allah berfirman dengan penuh kasih sayang.
"Sesunguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (QS Al-Insyirah:6
Jum buat .....sebab senang kan.....rasanya pun sedap bagi yg suka kek ceklatt..hehe
SEKIAN ....................................WASSALAM
No comments:
Post a Comment