Wednesday, February 27, 2013

Sourate Yusuf (1-19) - Fatih Seferagic

KONFERENS WANITA

Assalammualaikum WBT




Fatih Seferagic

Assalammualaikum WBT





Bangga..!. anak siapa la yg punya suara yg hebat,bacaan yg mantap,seorang Hafiz...bagi yg masih belum kenal anak remaja ni...mama copykan biodata Fatih Seferagic ...bagi yg ada anak remaja selain Rasul kita Muhamad SAW sebagai idola..boleh jadikan Fatih sebagai idola kamu ya...jangan nak ingat si Justin bibir tu aje ...hehehe




I was born in Germany, moved to the states at the age of 4. I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program. I currently live in Houston, TX.
Biography
My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid. I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houston, TX as a student and a Qur'an Teacher.
Description
Quran teacher in Houston, TX

Contact: fatihseferagic@rocketmail.





Saturday, February 23, 2013

Air mata gembira & Sedih ~

Assalammualaikum WBT




2 minggu lepas balik kampung... perasaan mama bercampur baur..sedih & kasihan nya tengok keadaan emak ...kesan kimoterapi menyebabkan mak hampir botak..panas agakn ya ubat2 yg banyak dimasukkan dalam badan emak.. sabar lah emak,Sakit tu kan salah satu sentuhan & kasih sayang Allah.. aku doakan emak kembali sihat..Ya Allah panjang kan umur emak Ya Allah~

Sedih ada... menitik juga juga air mata gembira..bila dengar bacaan surah Annaba' masa Nizam solat..surah tu 40 ayat... macam tak percaya apa yg mama dengar.Sebelum ni Raudah kata nizam solat tak sampai 2 minit dah siap..sekarang nizam solat lama.Masyaallah hati emak mana yg tak gembira,mama simpan aje rasa gembira ni dalam hati..Tahniah anakku!~Anakku,suatu saat nanti kau akan faham mengapa mama hantar kamu ke sekolah tahfiz.. kamu akan rasa harga sebuah pengorbanan... saat itu mungkin mama sudah tidak ada lagi di dunia yg fana ini.. Allah kata orang yg paling baik ialah orang yg belajar Alquran & mengajarkan nya pada orang lain. Mama berangan & ada bercita2 untuk buka pusat pendidikan Alquran..usia yg semakin meningkat ini,mama ingin menghabiskan dengan belajar Alquran..tak apa lah mama ulang balik baca iqra' 1 macam kakak Aisyah Humaira...doakan mama diberi kekuatan untuk mentaddabbur Alquran.

Buat anak mama yg kecik Aisyah & Husna... mama akan hantar juga Insyaallah belajar tahfiz,mama rasa waktu terlalu singkat,tahun depan kakak dah mula belajar Tahfiz,mama doakan anak2 mama semua menjadi anak yg soleh & solehah,anak2 yg mendoakan mama & ayah...








Gambar kenangan masa dalam perjalanan nak balik kampung....













Moga Bertemu lagi

Tuesday, February 12, 2013

Hari ni Bday Ulama kita~12/2/64

Assalammualaikum WBT

Tumpang gembira dan menunjukkan kesukaan pada insan yg kita suka tak salah.... Selamat Ulang Tahun ke 49 kepada UAI... mama rajin post kata2 UAI sampai orang menyampah... tapi mama teruskan juga sebab mama ikhlas menyampaikan...yg tak suka boleh remove mama dari FB dia...ekekekeh

Ya Allah, panjangkan umur murabbi kami ini... jadikan dia ahli syurgaMu ....

Mama hari ni merajinkan diri membuat cup cakes sempena bday UAI...hehehe..macam lah UAI kenal mama.sebenarnya mama teringin nak bermain2 dengan fondant... boleh mama buat yg lebih lagi..lain kali dah tau cara nak menguli2 fondant...sekarang tak cekap lagi..




Happy Bday Ustaz Azhar Idrus & Imam Muda Ashraf


Gambar ni.......................Credit to Kami peminat UAI 
















SEKIAN WASSALAM

Friday, February 8, 2013

Mood cuti & isu febuari

Assalammualaikum WBT

Minggu ni mood cuti...masak pun malas..tengahari beli lauk masak nasik,makan malam pun gitu juga...hehehe "pemalas betul isteri aku"... kata suami didalam hati...hehehe.full time housewife pun ada mood cuti... yg raya cina...tapi mama tengok cina2 ni pun raya dia bukan nya ada apa...ya lah...bukan cina puasa macam kita... sambutan dia cuma makan2.. cuma ada BESAR sikit la time raya dia...hari2 biasa pun cina makan... hari luar biasa pun cina makan

Minggu ni nak balik kampung tengok nizam...rindu mama pada Nizam...bila mama ingat Nizam mama terus doakan dia..moga2 Allah beri kekuatan hati pada nya..mudahkan dia belajar ..minat menghafal Alquran... Nak balik kampung kali ni takde kereta...semua kereta orang dah sewa..kalau ada 10 kereta..10 10 memang orang sewa...penangan cuti betul2 mendatangkan rezeki bagi syarikat penyewa kereta...Syukur Ya Allah..syukur ucu bagi pinjam kan kereta...terima kasih ucu & ajis... (kena tulis nama ni..kalau tak nanti orang lain pulak dapat nama...hehehe).... sekarang mama dah pandai ...ye lah belajar lah ..tak kan selamanya kita duduk disitu...
Orang yang pandai akan membaiki kekurangan diri,Orang yang bodoh akan mencari kekurangan orang lain :)

Isu bulan febuari 2013... memang hebat... paling top pembubaran PARLIMEN... mood PRU semakin dekat..rakyat malaysia dah bijak buat pilihan... media massa sekarang semakin ligat siarkan berita2 merapu,sampah & fitnah... ada lawak2,ada tunjuk cerdik tak kurang juga terserlah kebodohan... kita buatlah pilihan yg tepat...buka mata...buka hati...pertolongan & bantuan silakan ambil tapi time PANGKAH nanti hati2 ya teman ku tersayang...

Teman2...yg penting kita pilih pemimpin yg mahu menjalankan syariat islam... doa tu doa juga...doa tetap  kita kena buat..tapi yg penting usaha dulu..
Rakyat dah celik. Rakyat mahukan perubahan. Rakyat tak mahu k-pop. Rakyat tak mahu gangnam jahanam. Rakyat tak mahu konsert lalai lagi maksiat. Rakyat tak mahu pemimpin tak amanah, korupsi, perasuah, dan yg bg mkn kroni sampai kenyang.

Rakyat mahu keadilan dan ketelusan. Rakyat mahu ilmu agama Islam disebar-luaskan di media sentiasa. Rakyat mahu hukum Allah ditegakkan. Rakyat mahu hasil bumi Malaysia dimanfaatkan dan tidak diselewengkan kroni. Rakyat mahu pemimpin yg takut kepada Allah.

16hb ni ada majlis sambutan maulidurasul di Taman Bukit Dahlia..Tak sabar rasa nya nak berjumpa sahabat2 di majlis memperingati Nabi  kita Muhamad SAW

jemput hadir beramai2 bagi yg berkesempatan ya





Pada 17 hb dirumah mama sendiri akan diadakan kuliah bulanan juga,jemput datang semua..tajuk open circle kali ni akan mama update kan sikit masa lagi..








 Bertemu Lagi di LEMBARAN DAKWAH

Monday, February 4, 2013

Tempahan Bday kek

Assalammualaikum WBT

Sebelum subuh hari ni mama dah bangun.... sebab cuti solat... Allah bagi mama berehat... sementara adik masih tidur...mama pun sukat tepung untuk buat tempahan bday kek...tema biru putih..mama buat resepi sendiri untuk mousse coklat...sedap sangat mama rasa..harap2 hajah saemah suka akan rasa nya... maaf kalau ada kekurangan di mana2...mama dah buat the best untuk anak bujang nya 24 tahun... Allah hadiahkan mama demam selsema hari ni,dalam menahan denyutan kepala mama teruskan untuk kek ni siap tengahari ni... nanti suami balik lunch boleh kirimkan pada hajah saemah..




COKLAT CAKE|LAYERED MOUSSE CHOC|FRESH CREAM TOPPING 1++ KG RM45 SILA KAN ORDER @MAMAHUSNA 019 7215181
















TERIMA KASIH

Saturday, February 2, 2013

Mood Rabbiul Awal~

Assalammualaikum WBT

Mari kita banyakkan selawat...Setiap hari ya...bukan dalam bulan maulid sahaja..moga2 kita akan lebih rasa cinta untuk bangkit bersama insan yg Allah kasihi......

Cuba sebelum tulis status kita ni, kita anggap Rasulillah صلى الله عليه وسلم ada kat tepi duk pandang kita senyum kat kita.. Apa rasa..? 


Cuba dalam solat nanti nak bagi salam selepas tahiyat akhir itu kita anggap yang kita bagi salam kepada Rasulillah صلى الله عليه وسلم dan Baginda صلى الله عليه وسلم pun tersenyum lagi menjawab salam kita.. Apa rasa..?


Cuba sebelum bicara dengan suami atau isteri kita anggap Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada kat tepi kita dan pesan. "Aku adalah orang yang paling baik dengan ahli keluarganya.." Apa rasa..?


Cuba sebelum ponteng solat ataupun kelas kita anggap Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada kat tepi senyum lagi dan memberitahu kita "Orang yang tidak amanah itu adalah orang yang tidak beragama.." Apa rasa..?


Cuba sebelum pangkah undi nanti, kita anggap Rasulullah صلى الله عليه وسلم masih setia di sisi dan bertanya dari hati ke hati.. "Nak pilih pemimpin dan parti yang teruskan perjuanganku atau nak pilih pemimpin dan parti yang tidak mengikut bahkan memburuk serta mencaci sunnahku..?" Apa rasa..?


Cuba yang tak boleh di cuba ialah sebelum kita nak mati nanti, akan datangnya gambaran segala amalan kita di dunia ini. Indahnya hidup jika pengakhiran kita juga masih setia kita menganggap dan merindui Rasulillah صلى الله عليه وسلم. Pasti rasanya sangat manis menemui kekasih yang telah lama dirindui..


Rasulullah صلى الله عليه وسلم pasti sedih dengan sikap kita terhadap ahlussyam dan saudara kita tertindas di Burma sekarang.. Cuba kita pula yang merasai kesedihan Baginda صلى الله عليه وسلم...
Allah....Allah....Allah.. Membayangkan rasa itu sahaja cukup menginsafkan...Teman2 jika kita tidak boleh melihat kebaikan orang lain kita ini punya masalah hati...hati kita kotor macam air longkang...kepada  yg mengada2 kan cerita dan si penabur fitnah...balasan Allah tetap ada...tunggu & lihat sahaja bayaran cash dari Allah.
Ya Allah kau berikan aku kesabaran....& kuatkan aku untuk memberi kemaafan pada mereka. 

Jum nikmati cupcake ni..... senyum lah semanis cupcake ini walau pahit untuk mengukir senyuman.....


Friday, February 1, 2013

Jumaat yg berkat

Assalammualaikum wbt

Hari jumaat yg indah... pantas nya waktu..terus meninggalkan kita..tiada yg lebih baik kah untuk kita kongsikan tentang hari jumaat yg mulia ini.. ? tidak adakah rasa malu atau kesal bila tiba saat dipanggil Allah...bekalan apakah yg kita bawakan... Allah....Allah.... Allah.............

Sangat terkesan dihati mama bait2 yg indah... mari teman... walau pahit ujian Allah,cuba lah menjadi insan yg sabar & boleh memaafkan....

Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InshaAllah ♥♥