Friday, February 8, 2013

Mood cuti & isu febuari

Assalammualaikum WBT

Minggu ni mood cuti...masak pun malas..tengahari beli lauk masak nasik,makan malam pun gitu juga...hehehe "pemalas betul isteri aku"... kata suami didalam hati...hehehe.full time housewife pun ada mood cuti... yg raya cina...tapi mama tengok cina2 ni pun raya dia bukan nya ada apa...ya lah...bukan cina puasa macam kita... sambutan dia cuma makan2.. cuma ada BESAR sikit la time raya dia...hari2 biasa pun cina makan... hari luar biasa pun cina makan

Minggu ni nak balik kampung tengok nizam...rindu mama pada Nizam...bila mama ingat Nizam mama terus doakan dia..moga2 Allah beri kekuatan hati pada nya..mudahkan dia belajar ..minat menghafal Alquran... Nak balik kampung kali ni takde kereta...semua kereta orang dah sewa..kalau ada 10 kereta..10 10 memang orang sewa...penangan cuti betul2 mendatangkan rezeki bagi syarikat penyewa kereta...Syukur Ya Allah..syukur ucu bagi pinjam kan kereta...terima kasih ucu & ajis... (kena tulis nama ni..kalau tak nanti orang lain pulak dapat nama...hehehe).... sekarang mama dah pandai ...ye lah belajar lah ..tak kan selamanya kita duduk disitu...
Orang yang pandai akan membaiki kekurangan diri,Orang yang bodoh akan mencari kekurangan orang lain :)

Isu bulan febuari 2013... memang hebat... paling top pembubaran PARLIMEN... mood PRU semakin dekat..rakyat malaysia dah bijak buat pilihan... media massa sekarang semakin ligat siarkan berita2 merapu,sampah & fitnah... ada lawak2,ada tunjuk cerdik tak kurang juga terserlah kebodohan... kita buatlah pilihan yg tepat...buka mata...buka hati...pertolongan & bantuan silakan ambil tapi time PANGKAH nanti hati2 ya teman ku tersayang...

Teman2...yg penting kita pilih pemimpin yg mahu menjalankan syariat islam... doa tu doa juga...doa tetap  kita kena buat..tapi yg penting usaha dulu..
Rakyat dah celik. Rakyat mahukan perubahan. Rakyat tak mahu k-pop. Rakyat tak mahu gangnam jahanam. Rakyat tak mahu konsert lalai lagi maksiat. Rakyat tak mahu pemimpin tak amanah, korupsi, perasuah, dan yg bg mkn kroni sampai kenyang.

Rakyat mahu keadilan dan ketelusan. Rakyat mahu ilmu agama Islam disebar-luaskan di media sentiasa. Rakyat mahu hukum Allah ditegakkan. Rakyat mahu hasil bumi Malaysia dimanfaatkan dan tidak diselewengkan kroni. Rakyat mahu pemimpin yg takut kepada Allah.

16hb ni ada majlis sambutan maulidurasul di Taman Bukit Dahlia..Tak sabar rasa nya nak berjumpa sahabat2 di majlis memperingati Nabi  kita Muhamad SAW

jemput hadir beramai2 bagi yg berkesempatan ya





Pada 17 hb dirumah mama sendiri akan diadakan kuliah bulanan juga,jemput datang semua..tajuk open circle kali ni akan mama update kan sikit masa lagi..








 Bertemu Lagi di LEMBARAN DAKWAH

No comments:

Post a Comment