Assalammualaikum wbt
Alhamdulillah...
Anak ku... Allah telah pilih dirimu berada ditempat yang baik,berada dikalangan anak2 huffaz.
Doa dari mama moga kamu bakal menjadi pemimpin, mama impikan seorang anak yg akan menjadi dai'e.
Ya Allah..permudahkan lah anakku dan anak2 sahabatku menuntut ilmu quran.. jadi kan anak2 ku yg boleh memimpin ibu bapa nya ke syurga.
Aminn ya Rabbal Alamin
kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.
Pertama : Ganjaran di dunia.
Selain
ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw
terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang
diberikan terhadap mereka.
1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .
Sabda
Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki
kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya :
"Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah
ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang
pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.
Terdapat
dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid
yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara
dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya: “Manakah di
antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk
kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang
lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.
Ini
bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang
bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan
duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini
ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran
dalam setiap keadaan. Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh
membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta
peraturan tertentu
Nabi
S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al
Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua : Ganjaran di akhirat
1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Nabi
S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal
dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan
melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di
dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Allah
SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz
al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu
bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk
sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki
syurga.
Sabda
Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan
mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram
maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat
10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat
Tarmizi)
2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).
Dari
Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi
pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak
ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan
mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi
ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka
sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di
langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.
Nabi
S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada
kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran)
pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata
bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu
huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Kesimpulan
Al-Quran
mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya.
Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak
rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan
habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran,
tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah
kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu,
maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan
kehidupan orang yang dekat dengannya.
Jangan
khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita
nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak
kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa
kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai
keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu
cara hidup.
Sebab itu janji Allah swt.
No comments:
Post a Comment