Sunday, December 30, 2012

Last entry 2012~HIJRAH AKU

Asslalammualaikum WBT

Kita sudah berada di penghujung tahun. Dah lali hiburan mlm tahun baru, bunga api, nyanyian dan tarian, coupling lelaki dan perempuan, brseronok dan hilai ketawa dll... sekarang kita sudah sedar... delete semua kesilapan kita yg lalu... dulu kita lalai...kita muda... sekarang usia sudah menginjak tua... tak kan lama untuk kita berada di dunia.

Ayuh teman2,...mulakan cara hidup islam, Islam lagi cantik dan indah untuk kita hayati... malam tahun yg baru kita banyak2 panjatkan kesyukuran pada Allah.. bertaubat berzikir memuji Allah... Terima kasih Allah kerana memberikan tahun baru dan hari baru yg lebih bermakna... Kalau kita masih sama dan tidak mahu berubah kita akan jadi insan yg rugi

Sepanjang tahun ini, pengalaman hidup lebih mematangkan aku.. Moga Allah tanamkan perasaan takut aku kepadaMu, mudahkan bagi kami utk menangis kepadaMu & kami menyesal atas dosa-dosa kami yg telah lalu. 

Teman..........Kite buat baik, bkn krn kite sudah menjadi org yg baik. Tetapi itulah usaha kite utk menjadi org yg baik...Mari kita berubah dan berhijrah...Hijrahlah yg membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan.Moga kita sedar Hari yg paling baik adalah saat kita pergi meninggalkan dunia dan kembali kpd Allah dlm keadaan beriman kpdNya .

Apa yg kita mahukan sekarang ialah kebaikan... bila kite tak boleh ditegur, itu namanya EGO. Bila kite rasa diri kite bagus n pandang rendah pd org lain, itu TAKBUR. moga kita dijauhkan dari sifat2 ini,Mulai tahun baru ini aku berazam untuk tidak post sesuatu yg tidak bermanfaat di dlm FB dan blog aku... ingat aku! Hanya post kata2 yg bermanfaat sahaja dan aku mahu perbetulkan niat aku berfB dab berBlog. Dan insyaallah aku juga berazam untuk delete semua gambar2 yg tidak sempurna menutup aurat ku di FB..serta aku mahu delete semua gambar2 yg ada saudaraku yg tidak menutup aurat agar dosa2 mereka tidak berterusan apabila kita mati nanti.

Buat teman2/sahabatku diluar sana aku mohon sekiranya ada gambarku yg tidak sempurna menutup auratku,aku mohon dan meminta tolong agar di delete sahaja gambarku.. aku tidak mahu dosa2 ku berterusan di alam maya ini sehingga saat aku bertemu Allah...

Untuk post2 di blog dan FB aku yg ada mengandungi unsur ejekan dan hinaan kepada hamba Allah itu juga akan aku delete dalam masa terdekat ini... dan aku memohon ampun atas segala sindiran kepada hamba Allah yg aku maksudkan.. Moga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk istiqamah melakukan kebaikan di dunia ini...hidup ini terlalu singkat, balasan kepada sekecil2 kebaikan & kejahatan pasti Allah akan membalasnya kerana Dia bersifat Adil.

Kepada guru2, para astazziiyah,para ilmuwan agama dan pendakwah di FB (termasuk suami ku Helan Hj Awang ,sahabat2 ,jiran2 yg rapat atau tidak)dan kepada page2 dakwah dan page motivasi aku mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga...kerana mereka berterusan memberi panduan dan memberi peringatan,menyebar ilmu agama sehingga aku sedar betapa kurang dan jahil nya aku... menyedarkan aku yg telah lalai dan tahu tanggungjawab sebagai seorang muslimah dan khalifah di muka bumi Allah..
Tidak lupa juga aku memohon dihalal kan segala copy paste,gambar2,link2 dan semua status yg telah aku post dan share di FB dan blog aku



Budi baik kalian moga 2 Allah akan memberi ganjaran syurga...Insyaallah.

 
























Semoga kita bertemu kembali di lembaran dakwah

Friday, December 28, 2012

T.kasih Tetamu dari Shah Alam

Assalammualaikum WBT

Semalam mama happy...ada tetamu dari jauh datang nak share tips tentang macaron... hehehe.Kak...kita mintak maaf kita terlalu sikit ilmu buat burger comel tuh....buat2 banyak juga yg tak jadi,tapi yg jadi pun ada juga... masih dalam CSI lagi ni...

Macam mana pun moga ukhwah antara kita terus kekal,Jangan serik untuk berkunjung lagi ke teratak mama di pasir gudang ya, buat adik CT yg cantik baik dan solehah,mama doa kan moga adik CT istiqamah lah dalam kehidupan yg islamik... sangat bertuah mak & ayah mendapat anak yg sejuk mata memadang.




                              

Lepas ni adik boleh la mulakan bisnes macs ni kat Shah Alam ya....






 Terima kasih atas silratulrahim ini~






















Ada Rezeki kita akan bertemu lagi Insyaallah~

Thursday, December 27, 2012

Crepe durian..... opss! crepe oreo lah :)

Assalammualaikum WBT

Petang tadi macam kurang kerja mama pun cari2 resepi crepe yg paling senang nak buat... mama ada stok tepung dgn semua bahan2 yg paling simple untuk membuat nya... jum salin resepi ni dan bila2 masa lapang tu boleh la melempeng ya :)




 OREO CREPE:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung halus (option)
3 biji telur grade A
300 ml susu segar/ santan
300 ml air
Secubit garam
Pewarna
Biskut oreo hancur

Satukan semua bahan dan blend hingga sebati. Tapis dan rehatkan selama 4 jam atau semalaman lagi bagus untuk tekstur crepe yang lebih lembut.

Untuk cream..cuma putarkan whip cream (non-dairy) hingga kental. Boleh tambah icing sugar sikit jika nak manis...






                                            Bila dah hampir due date ni macam2 pulak mengidam nya...!

















                                                      Selamat mencuba dan moga bertemu lagi

Monday, December 24, 2012

Cabaran Membuat Macaron,Resepi french macaron & Tips

Assalammualaikum WBT

Aduh macaron!... kau ni comel,manja,gedik nya la hai... kenapa kau kadang2 tak jadik yek? Puas mama dah buat CSI tapi tak de jawapan nya...yg mama menyirap tu masa orang nnak order time tu le dia mengada2 ...hahaha... pening sudah mama, macam serik tak nak ambik order dah.. 

Dah buat adunan sama2..tak ubah2,tak tambah2,tak de cilok2... semua buat ikut prosedur yg betul ehhh... ntah ape yg buat dia merajuk gaknya.... huhuhu... memang susah nak memahami nya...

Ni kalau nak ngajo orang tak menjadik ni mcm mana ek... buat malu aku aje.ceh kekonon yg jadik tu boleh la tayang2 kat FB... tang yg hampeh tu ... la hai.... nak ambik gambo pun tak sampai hati mak nih...hehehe.

Pada mama la tips yg paling utama nak buat Macaron ni,jangan eksen sangat,sebab bnyk kali buat jadik...ceh ko nak riyak yer.....!... Mulakan dengan bismillah... selawat bnyk2... lepastu boleh la start ya kakak2 kat luar sana...hehehe.

Mama berhajat nak share resepi nya..tapi kalau kau kakak2,adik2 buat tak jadik jgn marah tau...hehehe.ni bahan2 nya :



MACARON


Bahan A
120 gm serbuk badam
220 gm gula aising


Bahan B
100 gm putih telur
60 gm gula kaster
1/4 sudu teh serbuk vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)

CARA-CARANYA

1. Kisar serbuk badam dan gula selama 2-5 minit menggunakan ‘food processor’. Ayak dengan menggunakan tapis untuk mendapat serbuk yang halus.
2. Pukul/putar/whipp putih telur dan gula kaster pada kelajuan tinggi sehingga ia menjadi ‘meringue’.
3. Campurkan serbuk badam dan gula aising ke dalam adunan putih telur tadi.
4. Masukkan serbuk vanilla.
5. Masukkan pewarna yang anda sukai.
6. Kacau sehingga adunan cair (seperti “magma”/lahar gunung berapi).
7. Masukkan adunan ke dalam ‘piping bag’. Paipkan di atas ‘parchment paper’ atau ‘baking paper’.
8. Letakkan dengan hiasan yang disukai. Contoh: serbuk koko, ‘poppy seed’, dll.
9. Biarkan selama 30 minit hingga sejam sebelum dibakar.
9. Bakar di dalam oven selama 15 minit (api atas/bawah). Suhu 150 -160 C.
Nota:• 1 sudu makan black cocoa & 1 sudu makan serbuk koko untuk chocolate macaron.


Yg ni basic resepi..kalau yg ni dah jadik nak cuba2 yg method italian,swiss baru la boleh taw.. yg ni basic french macaron..nak blajo2...mama nak kasik tambahan tips... nak tak nak kau kena ikut juga tips ni... pantang larang ni kena ikut sebab kalau tak... macaron tak sempurna gituhhh..

1. Pastikan  bekas2, spatula, whisk bebas dari minyak & air.
2. Masa mengasingkan putih telur & kuning telur  pastikan kuning telur x masuk skali..walaupun sikit. Cara senang nk asingkan adalah ketika telur itu sejuk…means dr peti sejuk…tp lepas asing tu make sure letak dia dlm suhu bilik plg minimum 1jam b4 nk baking.
(CARA MAMA... TELUR SIZE A,PECAHKAN DAN ASINGKAN ,MASUK DALAM FRIDGE SEMALAMAM... JGN LUPA TUTUP BEKAS PUTIH TELUR,BILA KELUARKAN TELUR PASTIKAN SUHU TELUR BERADA PADA SUHU BILIK)..AT LEAST 1 JAM LEPAS DI KELUARKAN)
3.Keadaan persekitaran yg kering dan panas pun ptg bila nk buat macarons..sbb macarons memerlukan udara panas utk tujuan pengeringan. kalau time hujan udara lembap dan amik masa utk macarons kering maybe lbh dr sejam dua..so sbb tu ada tips cara keringkn pki oven tu
4. Semasa membuat proses macaronage iaitu proses mengacau putih telur & serbuk badam tidak over do, di mana macarons akan pecah/retak
5. Pastikan macaron betul2 kering, iaitu bila tekan dengan jari, ia tidak melekat dijari. Sekiranya tidak kering, macarons yg dibakar akan menjadi gunung berapi  dan pecah
6. Sila timbang dengan betul, sedikit / banyak sukatan akan effect macaron terutamanya putih telur
7. Semasa membakar, gunakan api atas bawah
8. Gunakan pewarna serbuk/gel/ kek lapis sahaja. Jangan gunakan pewarna berasaskan minyak kerana meringue amat sensitive dengan minyak. Juga jangan gunakan pewarna cecair biasa..kerana ia akan mengubah kecairan meringue.
9. Org ckp macarons manis sgt..tp if buat kurng manis..xmenjadi bhagian luarnya,xjadi mcm licin kulit telur n  xcntik..n xkeras bhgian luar ..ble wt manis..brula mnjadi keras kt luar n berkilat..n..kalau buat meringue, guna gula y pekat mcm madu (Italian method)..akan jd lg cantik n licin..slalu macarons ni mkn bersama coffe barulah balance rsnya
Sumber : Kak Azura FB dan google
- Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons.
- Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.
- Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi.
PERINGATAN
Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.
Kurang Masak – macaron susah nak tanggal
Suhu Terlampau Panas – macaron  pecah



Yang ni memang jadi cantik dan sempurna... Tahniah untuk diri ku sendiri hehehehehe




                  Terima kasih pada Liyana dan dayah yg sudi order macaron dengan mama ya















                                             Sekian Moga Bermanfaat  .... Wassalam

Thursday, December 20, 2012

20 12 2012

Assalammualaikum WBT

Hidup adalah medan ujian... kesenangan adalah ujian, keburukan juga cubaan...yang beriman akan memandang baik kedua-dua perkara...

semoga kitalah insan-insan yang mempunyai iman yang mempesona itu, seperti sabda Rasululah saw, "Alangkah menakjubkan seorang mukmin itu, diberi kesusahan dia bersabar, diberi kesenangan dia bersyukur..."

Syukur Ya Allah sehingga ke saat ini aku masih dapat menghirup udara ,menjalani kehidupan.. Moga2 aku terus beristiqamah mengikut landasan syariat Mu. 

Semakin bertambah usia maksudnya semakin mengahmpiri kematian dan semakin berkurangan waktu untuk membuat amalan..........

Insan2 yg memberi kebahagian mama ucapkan moga kita sentiasa dibawah pemeliharaan Allah swt sentiasa~


                                                  Indulgence chocolate cake by secret recipe



                                                                   Jum celebrate ikut mama



                                                             Last2 kakak yg dapat hadiah...............














                                                             hehehe Moga bertemu lagi salam~

Monday, December 10, 2012

B'day Yasmeen~

Assalammualaikum WBT;,

Untuk B'daY Yasmeen yang ke 3 tahun......maklong nya buatkan majlis comel untuk anak nya tu... Mokde ucapkan selamat panjang umur buat Yasmeen, moga besar nanti menjadi anak yg solehah ,berbakti pada mama dan ayah dan taat perintah Allah SWT




                       Nak lollychoc ada imej boboiboy ngan upin ipin kata yasmeen....bebudak la katakan..




                                 Hadiah cup cake red velvet dari mokde untuk tetamu yg datang............


 

Wah teruja nak memotong ya.................. 








HappY B'day

Sunday, December 9, 2012

Tempahan B'day kek dari FB fren

Assalammualaikum WBT




Happy B Day Angah~



                                                      




                                                  RED VELVET CAKE ~TQ YA ~

Buat macaron suka2...tapi dapat juga tempahan

Assalammualaikum WBT

Waduh2 penat nya hari ni... Hari ni mama jenjalan ke jemputan kahwin di Kluang.. Dari Jb kul 9 pagi ke kangkar Tebrau ambik emak & Ayah ... sarapan pagi jemput2 pisang & Nasik goreng mak buat...sedap mama makan... sebab tinggal ngap aje...hehehe...TQ mak!Gi Kluang makan lagik...dari Kluang terus ke pontian pulak ambil buat duku kat kebun ayah... petang baru sampai ke Pasir Gudang semula...penat penat..tapi best dapat jalan2 bawak mak dan ayah...ye lah sementara masih ada usia yg berbaki..kalau tak emak dan ayah pergi dulu...mungkin juga kita ?


Last week dapat call dari Kota Masai..tanya pasal nak order macaron.. hehehe.. mama ni dah lama ngidam nak buat ...terlanjur orang nak order mama try la sikit dulu,satu adunan buat makan2.... Nak buat Macaron ni senang..Cuma langkah nya cerewet...manja2 gitu.. miang sikit masa kita nak bakor nya tu kena tunggu kasi badan dia yg comel tu kering...kalau tak cukup kering nanti tak keluor pulok kaki nya tuh....hehehe Hari tu kak dik ada tanya kenapa macaron kak dik melekat2 kat baking paper...bila mama dah study dik katanya... kurang masak kalo gitu.. tak pe dik cuba lagi buat ya..jgn putus asa... buat sampai puas hati...try and error kata omputih... :)





Hik!...jadik memang jadik tapi sebab husna dah tepekik..kaler nya tu tak gaul rata....kaler hijau nya comot...





Heee... sedap nya la filling peanut butter... tapi bertambah2 sedap kalau filling nya dark choc ganache dgn blueberry....wow wow wow...thumbs up rasa nya! jangan makan banyak taw...manis betul ..lepas makan seketul baik ko cecepat bilas ngan air masak...

Ni shell nya.... makan gitu pun sedap..
Mak Tik suka makan yg kosong tak de inti...sedap kata nya lemak manis...mcm biskut oreo ..


                                 Ni pic pink kaler mama sorang2 aje bedal...huhuhu~












                                                             SEKIAN......................SALAM

                                                                        ~ceria selalu~

Friday, December 7, 2012

Cuti Yang panjang~

Assalammualaikum WBT..

Rindu juga setelah sekian lama tak bersendirian menaip mengupdate blog ni.. aktiviti seharian yg padat...masa yg berlalu begitu pantas...dicampur sekali mood yg turun naik...time nak update je masa tu lah takde pulak idea nak tulis apa..tapi time berangan sensorang gedak geduk kat dapur basuh pinggan masa tu lah mama berangan nak tulis macam2 kisah..lepas tu hampeh...hehehe.

Masak2 mama malas... lauk2 mama beli aje...kedai makan,gerai kat depan rumah mama ni dah melacak2 dah..dari pagi nak sarapan...nasik lemak aje ada macam2 versi..tengahari jgn cakap lah...asam pedas nya,sup tulang nya...petang...sate burger,segala jenis mi,grill............huhu boleh mokk org kat bukit dahlia ni......termasuk blogger yg tgh menaip ni...hehehe

Anak2 cuti sekolah berminggu2 tapi belum dapat kemana2... tak pe lah... tak dapat jalan sekarang...tahun2 depan boleh jalan,...kalau nak mikir kan org lain jalan kita tak dapat..cuba fikirkan balik keluarga2 miskin yg tak pernah dapat berjalan.. ke pasar raya jusco pun tak pernah merasa... ha.....baru kita rasa bersyukur dgn apa yg kita ada.............sgt2 jauh lebih baik.

Time rajin hari tu mama cuba buat pavlova... hmmm kan main lemak manisnya....memang sedap,mama suka rasanya ,kalau makan tak boleh berenti pulak...lain kali dah tau mcm mana nak jadikan pavlova ni lebih sedap...sedap dimakan dgn buah2 fresh yg masam2... ari tu merata carik buah strawbery takde..yg ada anggur merah & hijau...mama taruk ajer lah...kih kih kih...sedap jugak






Tapi................................. ada satu gambar aje....hah ni dah kes malas sangat nak mengedit bagai....kih kih kih....!




 moga bertemu lagi salam