Resepi Yang mama dah janji nak share.Selamat mencuba sahabat2 ku tersayang!
CHOCOLATE PANDAN CUP CAKE
Adaptasi daripada resepi : MARBLE CAKE
By : Snappy Treats
250 gram mentega~ di cairkan dan sejukkan
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
8 biji telur
1 camca besar ovallate
4 camca besar susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco
1 camca teh pes pandan
Perawna kuning dan hijau
Panaskan oven pada suhu 170C
Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan
Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste dan pewarna hijau ~ kacau rata.
Satu lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko ~ kacau sebati.
Satu bahagian lagi letakkan paste vanila dan sedikit pewarna kuning ~ kacau rata
Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan, kuning dan coklat.
Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan susun atas redai hingga kek sejuk
Cup cakes yg telah dikeluarkan dari paper cups....tinggal ngap aje satu persatu!
Sekian Wassalam...............
No comments:
Post a Comment