Assalammualaikum WBH.
Salam sayang buat semua pengunjung blog mama yg mama kasihi.Terima kasih mama ucapkan pada follower baru blog mama..Blog mama ni nothing special..bagi resepi pun, resepi blogger lain yg sudi berkongsi..Terima kasih pada tuan empunya resepi.Budi baik kalian Allah saja yg memberi pahala ...
Sempena hari jumaat penghulu segala hari..mama nak share kan tips supaya kita sentiasa ikhlas dalam melakukan tugas seharian,tak kira lah kita surirumah ker..kerja ker.. boleh gunakan tips ni..
TIPS UNTUK MENJADI IKHLAS:
♥ berusaha melakukan sesuatu amalan secara tersembunyi
♥
sentiasa iringi amaln kita dgn istighfar,tasbih,takbir,tahmid,mengingati ALLAH
♥
anggaplah amaln yg sedang kita lakukan merupakan amalan yg TERAKHIR
Cup cake lagik?....hehehe....(Masa tengah seronok membancuh tepung nak buat mcm mana kan!)...hehe,mama buat cupcakes ni untuk majlis yasin rumah jiran mama kak Maya..jalan2 blog che mat gebu..olah2 sikit,akhirnya dapat lah cupcakes yg sedap ni,pada kengkawan semua,resepi ni memang patut di cuba,simple tapi sedap...kena dgn selera mama.
Nak cepat aje husna dah nangis,ni la jadik nya,ada yg penuh cup ada yang kurang...hmmmm
BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega
140 gram gula perang @ soft brown sugar
2 biji telur gred A
220 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
120 gram mix fruit
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C,
- Putar mentega dengan gula perang hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Jarak waktu antara sebiji telur ialah satu minit. Sementara itu, gaul mix fruit dengan tepung yang telah diayak, gaul rata.
- Perlahankan kelajuan, masukkan mix fruit + tepung tadi berselang seli dengan susu segar, hingga habis, tambah esen vanilla dah gaul rata. Paipkan dalam paper cups selama 25 minit atau mengikut oven anda.