Saturday, March 31, 2012

Oreo Cupcake (memang sgt mudah)

Assalammualaikum..


Cepat masa berlalu...rasa nya sabtu dan ahad lepas baru sangat..ni lah salah satu tanda akhir zaman..masa berlalu pantas,sebab tu dalam AlQuran Allah ada menyebut tentang masa iaitu dalam surah al Asr. sesungguhnya manusia ini terdiri dari 2 golongan iaitu satu golongan yang rugi dan satu lagi yang beruntung. Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi contohnya bilamana kita meletakkan kemewahan dan darjat terus-terusan di hati kita. Tidak ke mana semua itu.

Kemewahan kita tidak boleh ikut masuk ke dalam kubur, bila saja kita meninggalkan dunia ini. Kereta mahal yang kita beli tidak mampu mengekor kita selepas kita mati. Bukan harta dan wang ringgit yang akan dibawa tetapi amal seseorang itu yang akan diambil-kira. Hati yang bersih, itu yang paling utama. Kalau hati kita sakit, seluruh badan kita akan turut menjadi sakit. Sebaliknya kalau hati kita bersih, yang lain-lain akan ikut bersih.
Minggu ni betul2 penat...panas rasanya pinggang ni Husna demam,jadi dia tak nak berenggang menyusu,bila dia dah lena kesian pulak mama rasa,kakak demam berulang,pergi sekolah pun cikgu kata dia tak larat.

Ya Allah ujian Mu maha hebat Ya Allah..kau berikan aku kekuatan,kesihatan yg baik dan jauhkan aku dan seluruh keluargaku dari azab dunia dan akhirat. Doa mama teruskan,tiupkan diubun2 husna selawat berulang2 kali...Alhamdulilah,dah ceria dua anak mama...Masa demam ayah belanja kita semua makan pizaa hut..TQ ayah




Kakak suka mushroom sup..makan sampai licin...hehehe


Makan lah sayang...jgn tak nak makan buat mama risau tau sayang!~

Mama nak share resepi cup cake simple aje nak buat nya,tp rasa nya sedap,tak kecewa kalau kita mencuba,senang nya ....jum buat



bila makan satu cup.....jap lg ambil lg satu cup.....hmmmm not bad rasanya..kalau tau rasa nya cengini...dari dulu mama buat.

.


OREO CUP CAKE

250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo

kisar halus Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye! Campurkan oreo dan kacau rata. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray.
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.

BUTTERCREAM

80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata. Bulehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.




Hah....kan dah kata tadi simple sgt cara membuat nya...bole sgt nak buat utk anak2 makan


3 comments:

  1. saya suka resipi nie..terima kasih ya :)
    agak2 kalau topping sya letak coklat cadbury boleh x??? dan kalau krikwell tu saya tukar ke krim biasa saja boleh x???
    tq :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mama husna...salam aisha . Lama xjmp, rindu ny

    ReplyDelete