Friday, March 9, 2012

Moist Chocolate Cake

Assaammualaikum... Salah satu tanda akhir zaman kita akan hanya memberi salam kepada org yg kita kenal sahaja...Allahurabbi.memang betul a skrg ni akhir zaman... kalau kita tak kenal kita takut nak bagi salam,takut org kata kat kita...hmmmm
Bismillahirahmanirahim.... BAHAN-BAHANNYA :-) 1 cawan tepung kek/tepung gandum* 1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali) 1 cawan gula perang (soft brown sugar) 2 biji telur gred A 125 g mentega 1 camca teh esen vanilla 1/2 cawan serbuk koko* 1/2 camca teh nescafe* 1/4 cawan gula halus* 1/2 cawan air panas* 1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat) BAHAN COKLAT GANACHE :-) 200 g coklat masakkan 150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair) 1 camca teh mentega CARA MEMBUATNYA :-) Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan. Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka... UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda (mama hiaskan dgn coklat bubble rice dan qroquant....sedap juga)

No comments:

Post a Comment