Resepi kek batik horlicks
KEK BATIK HORLICKS:
BAHAN-BAHANNYA
300 gram biskut marie, dipatah 4 setiap keping
125 gram mentega berkualiti tinggi
2 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Horlicks
1/4 cawan air
1 camca teh gula halus
1 camca teh esen vanilla (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega, ke dalam kuali, kacau rata dan masak dengan api kecil. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati bersama bahan lain. Masak hingga pekat. Tambah esen vanilla dan biskut marie.
Gaul rata-rata dan matikan api. Sedia kan bekas bersaiz 7 inci x 7 inci x 3 inci dan alas dasar dan tepinya dengan plastik cling. Masukkan no 1 tadi ke dalam tin dan ratakan. Tekan padat2. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti 1 - 2 jam. Boleh dipotong dan hidangkan
No comments:
Post a Comment