Bismillah...
Siapa rajin bole cuba resepi puding ni..lembut,lemak manis,musim2 panas ni sedap makan menda sejuk ni..
Suka tengok kengkawan gembira...baguslah post2 menda manfaat,tp niat tu Allah saja yg tau..bahagia/derita kita hanya kita yg tau,tulis2 bole lah tipu2,kawan baik pun bole kita tipu2,tp diri sendiri?
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2
Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.
Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 26, 2012
Resepi kek batik coklat
Salam hujung minggu,mana lah tau kan ada yg suka makan kek batik ni,tp carik2 resepi tak tau mana yg sedap...mama cadangkan buat resepi yg ni,rasanya lemak2 koko gitu,manis2 coklat..tak la rasa manis gula,mama pun x brp suka.
disebabkan luka jahitan kat tgn mama belum sembuh sepenuhnya,mama tak dapatlah posing2 kek batik dgn style yg lawo2...satu gambar pun dah syukur..
slmt mencuba ya~
Bahan-bahan
* 200gm milo (boleh jer kalau nak lebihkan sedikit)
* 250gm marjerin
* 2-3 sudu besar serbuk koko(mama bubuh 2 sudu besar koko van houten)
* 1 tin kecil susu pekat manis atau 2/3 tin sederhana krimer pekat manis
* Biskut meri secukupnya(mama bubuh dlm 200gm)
Cara-cara
Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,kacau menggunakan handwhisk..masukkan milo dan koko sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati
Gaul atau kacau lagi tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis..mama taburkan sikit badam rangup yg telah dibakar...memang sedap sungguh...!
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan..
Monday, February 20, 2012
Berubah lah kerana Allah bukan kerana manusia(utk diriku dan dirimu sahabat)
Resepi kek batik horlicks
KEK BATIK HORLICKS:
BAHAN-BAHANNYA
300 gram biskut marie, dipatah 4 setiap keping
125 gram mentega berkualiti tinggi
2 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Horlicks
1/4 cawan air
1 camca teh gula halus
1 camca teh esen vanilla (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega, ke dalam kuali, kacau rata dan masak dengan api kecil. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati bersama bahan lain. Masak hingga pekat. Tambah esen vanilla dan biskut marie.
Gaul rata-rata dan matikan api. Sedia kan bekas bersaiz 7 inci x 7 inci x 3 inci dan alas dasar dan tepinya dengan plastik cling. Masukkan no 1 tadi ke dalam tin dan ratakan. Tekan padat2. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti 1 - 2 jam. Boleh dipotong dan hidangkan

Sunday, February 19, 2012
Cheese cake..Resepi bole cuba
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA [:-)]
Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
Wednesday, February 15, 2012
Saturday, February 11, 2012
Allah akan balas perbuatan kau!(update!)
Anak sakit pun nak berlagak...."budak kecik x sesuai kat spital,".....ingat aku nak sgt ke bawak ziarah ke hospital anak2 aku yg masih kecik jumpa org hati batu angkuh sombong mcm kau..
(jgn ingat menyampah kau kat org lain ajer...org lain pun nyampah tgk kau)
konon nya bahagia sgt lah dgn aktiviti sihat kau...kalau nampak sihat cantik sekalipun,cantik ke kita ni pd pandangan Allah??...ubat hati kau tu dulu,lepas tu barulah nampak kau sihat
konon comel sangat, tp tak de pulak sape2 nak kawen dgn kau (opps..ramai yg nak kan kau tp semua sengkek giler..mana tahan dgn kos maintenance kau kan...)kau kan suka macam2,sbb kau asyik nak mengikis harta org aje,org pun takut dgn lagak kau yg nak branded aje...
Dah dah laa tuh! berhenti dari berlagak okeh..sikap sombong dan bongkak kau tak kan kemana2..aku dah tau kau memang perangai hodoh,kau asyik tipu aje anak2 kau,satu hari nanti anak kau pulak tipu kau .....
kita bukan lah siapa2 kat dunia ni..cukup masa dijemput Allah..
tak serik2 kan
Aku nak ingat kan...jgn sampai tertangkap kali kedua pulak dgn pejabat Agama Negeri Perlis....
Nanti BFF pun tak dapat nak tolong tau...
Salam

Dari mata turun ke Hati~
Bismillhirahmairahim..............
Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita
Imej menghasilkan emosi, emosi meghasilkan fikiran. Oleh itu jaga apa imej yang kita nampak dalam minda kita dan mata fizikal kita. Lihat pada perkara yang baik ketika ini dan hilangkan segala imej negatif zaman silam untuk menjaga kesihatan dan ketenangan jiwa
Bila kita sibukkan diri dgn membaca berita negatif besar kemungkinan kitabtidak mahu melihat diri sendiri tetapi melihat keburukan orang untuk jusitifikasi kelemahan kita. Cuba hentikan melihat keaiban orang tapi keaiban sendiri.
Disiplinkan diri supaya kita sentiasa menjadi seorang yang terbuka, sentiasa memerhatikan fikiran kita dan bersifat objektif dalam setiap hal. Sentiasa fikir apakah fikiran dan emosi ini yang Allah redha atau bisikan syaitan. Jadilah orang yang jujur dan tenang dan sentiasa niat membersihkan jiwa untuk bertemu Allah
Motivasi dari Prof Muhaya(untuk muhasabah diri ku )

Subscribe to:
Posts (Atom)