Assalammualaikum wbt.
Apa khabar teman2 seperjuangan...Apa jua yg baik mari kita kongsi2 kan,ada resepi menarik?ada kata2 yg baik? ada kisah panduan & tauladan?... mari kita kongsikan..Malaikat akan catit setiap apa yg kita coretkan.. jangan kita malu untuk melangkah kealam kebaikan kerana kita tidak tahu bila kita akan melangkah ke alam kematian.
Siapalah
si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan
kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub.
Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah
mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau
kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk
menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak.
Sia-sia sahaja! DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa
dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang
merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan
akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang
sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan
angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan
mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia
ini penjara buatmu.
No comments:
Post a Comment