Tuesday, April 3, 2012

Happy Birthday Aisyah Humaira(5 April)

Assallammualaikum Wah wah...belum sampai hari Lahir kakak lagi dah ada gambar kakak.. teruja nya nak celebrate dengan kawan2 kat sekolah kakak. Seharian semalam mama siapkan cupcake dan birthday cake Hello Kitty yg mcm kakak nak..anak2 sekarang tau mintak aje,bukan tau mama nya ada duit ke takde..kalau dulu masa mama kecik tak pernah tau ape sambut hari lahir...dgn bajet sederhana mama buatkan cupcake yg kakak suka dan tak sabar nak bagi kengkawan nya. 

Sebenarnya mama dah niat tak nak ajarkan anak2 sambut hari lahir,sambut itu dalam erti kata sambut mesti!!kena bagi hadiah,kena pegi tempat2 best,wajib makan tempat2 sedap.sebab apa mama kata begini,bila kita dah biasa melakukan sambutan sebegini suatu masa masa kita dalam kesusahan adakah boleh kita lakukan sambutan sebegini? Lagi satu mama membayang kan Nabi Kita Muhamad SAW tentu tidak pernah melakukan sambutan hari lahir kerana dia telah menjadi yatim piatu sejak keci lagi. Tentang meniup lilin diatas kek...bagi sesiapa yang belum tahu eloklah dihentikan..amalan tiup lilin ni telah lama kita amalkan..keluarga melayu islam seakan menjadi acara wajib setiap kali sambut b'day...Nyanyi2 tiup lilin itu adalah amalan barat yg wajib kita cegah,dalam islam kita nak makan kek,bila2 masa pun boleh,nak hadiah tak mesti hari jadi...Subhanallah...benarlah 'Islam itu Indah'...cantiknya agama kita .


Mama bimbang anak2 tidak biasa berada dalam kesusahan,jadi mama didik anak2 biar lah bersederhana,biar kita merasa susah agar kita sentiasa menjadi insan yg bersyukur.Org yg tidak bersyukur tidak akan pernah merasa puas dgn apa yg dia dapat.


Disini mama nak sharekan gambar2 kenangan aktivi sepanjang minggu ni,nanti kalau ada gambar2 Aisyah Humaira potong kek kat sekolah Insyaallah akan mama kongsikan juga. 



Gambar kakak ni masa mama kat KFC Taman Setia Tropica 



Kakak nak potong kek kat sekolah esok............hmmmmmmm 

Hello Kitty cupcake untuk kengkawan kakak
Mama buatkan 58 pcs....
Selamat Hari Lahir Aisyah Humaira





Wassalam.

1 comment: