Thursday, December 29, 2011

Bismillahirahmanirahim~SOLAT DHUHAA






Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.



Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.



Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”













Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…



Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”



Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.



Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Friday, December 16, 2011

SEBARKAN KASIH SAYANG

Bismillahirahmanirahim......

SEBARKAN KASIH SAYANG.....

...Peringatan buat diriku yang faqir dan dhaif serta banyak kelemahan ini.....'Alangkah mulia hari itu sekiranya kita dapat menolong,melepaskan kesusahan dan menutup keaiban oranglain.Rasullulah SAW memberitahu bahawa pertolongan ALLAH untuk kita bergantung juga kepada sejauh mana kita Membantu saudara kita..Alangkah indah dan nikmat hidup jika hari2 kita,kita sedayanya mengembirakan oranglain..memang segalanya terasa sukar untuk dilakukan,tapi kita sebenarnya adalah KUAT dan mampu merubah dan menjadi ORANG2 YANG Penuh KASIH SAYANG dan yang kuat sifat HAMBA kepada SANG PENCIPTA..

Mari kita berazam untuk melakukannya..mari.kita tanam kata2..SAYA RASA SANGAT BAHAGIA APABILA MELIHAT MEREKA GEMBIRA..RASULLULAH SAW sering bertanya kepada para sahabat setelah selesai solat subuh - SIAPA PAGI INI TELAH MENOLONG SAUDARANYA?'..mari kita pegang pertanyaan RASULLULAH ini...mari kita tanamkan selaut AZAM dan terus usaha untuk melakukannya.

Petikan drpd Sahabat FB Mama


Cuti sekolah......................Anak2 maafkan mama & ayah sebab cuti ni kita tak ada kemana2,maklumlah kena bajet untuk naik sekolah nanti,bnyk btl belanja ayah kena sedia kan,sebagai anak kena faham ayah mencari rezeki untuk kita semua,belanja kita semua kena lah berjimat,apa yg bole kita bantu ayah kita bantu lah,kalau kita tak bole memberi jgn kita jadi org yg suka nak menghabiskan..
kita doakan ayah murah rezeki Insyaallah next cuti kita plan gi jalan jauh sikit....destinasi nya nanti mama ngan ayah akan fikirkan...........Balik kampung naik keretapi?,mula2 B nak beli tiket tu,mama macam tecengang aje..bukan ape,pikirkan Husna ni takut meragam,kena angin dia nak nangis aduyai...tp B bagi semangat....Alhamdulilah,pegi dan balik Husna OK aje..hehehe.Lain kali bole lah naik lagi,














Sampai destinasi kita ..................Labis.............

Sunday, December 11, 2011

Ombak rindu & Air mata taubat..........

"Setitis air mata yang tumpah kerana mengingati dosa-dosa yang kita lakukan adalah lebih baik dan mahal harganya berbanding dengan curahan airi mata yang ditumpahkan kerana manusia yang kadangkala ia tidak memberi manfaat apa-apa. Perbanyakkanlah menangisi akan kesalahan dan dosa-dosa yang kita lakukan di dunia ini supaya setiap titisan air mata yang dialirkan bisa menjadi penyelamat dan saksi kita dari menjadi bakaran api neraka di akhirat kelak"

Sabda baginda Rasulullah saw tercinta:

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (antaranya): Mata yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t…”

>>(hadith riwayat Imam At-Tirmizi)<< Berapa ramai manusia yang ingin menangis dalam taubatnya namun tidak mampu. Jelaslah bahawa, tangisan itu anugerah. Hanya yang terpilih sahaja, akan menangis dalam taubatnya. Siapa yang memilih kalau bukan Allah yang Maha Memilih? Posted by sahabat FB mama...





Peringatan di atas untuk diri mama sendiri...kalau jadi panduan untuk sahabat2 blogger alhamdulilah..moga kita semua sentiasa di rahmati Allah.sekarang mama suka dgn FB..bila bukak wall sentiasa aje sahabat2 mama memberikan status yg bermanfaat... sgt terharu ada yg nampak nya melakukan perubahan ...dari tidak bertudung nampak nya dah ada yg bertudung..dari yg berkata yg sia2 nampak nya skrg selalu statusnya dah post something yg bermakna...disamping dpt berniaga...dpt jadikan panduan hidup kita seharian..hubby pun bukak FB mama senang hati..tak ada yg menyakitkan mata,yg sia2..





Round coklat and praline love pink tu order dari atuk yah untuk wedding anak pak Itam,mama harap atuk dan keluarga gembira dgn hasil nya..2 bulan atuk tempah untuk cucu kesayangan nya..alhamdulilah mama dpt buatkan.. harga nya sekotak RM30.
Praline choc corak music tu sebiji harganya RM1.50..dalam nya ada hazel nut paste...sedappp giler...kata anak2 mcm kinder bueno rasanya...ya btl la syg...TQ anak2 mama.