Dah nak pukul 12 mlm baru lah dapat mengupdate blog mama yang tak seberapa ni..Kesian Husna pulak deman,hari tu nizam kakak...doktor Mazmedic tengok Husna terus dia kata Husna nampak sihat..mesti jarang kena sakit..sekali kena..tinggi btl suhu badan nya pagi tadi..Lepas maghrib tadi mama bacakan doa untuk Husna dan anak2 mama semua sihat....berilah kesihatan yg baik dan dijauhkan dari segala penyakit berjangkit dan menjadi anak yg cergas...Insyaallah
Pada sesiapa yang terliur tgk biskut frozen kenari ni...jgn malu tau nak order..mama jual jugek sbb ada permintaan...baru ler ada penawaran...hehehe
Bahan-Bahannya :
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster
Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )
Bahan Taburan :
Badam hiris
Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung
Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut
Cara Membuatnya :
Gula caster dan tepung digaul rata.
Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
Biskut ini dipotong semasa panas.
nmpak sedap ni...
ReplyDeletenak rasa esok dtg umah aunty ya sayang~
ReplyDelete