Thursday, April 14, 2011

simple Macarons**









Bahan-Bahan
110 gm serbuk badam ( boleh gune serbuk koko jugak)
225 gram gula icing
4 biji putih telur (gred A)
5o gram gula caster
Piping Bag( ptg hujung piping beg dalam ukuran 1cm-sekiranya piping beg pakai buang)
Pewarna Makanan
Esen Vanilla ( sedikit)
Filling
3 putih telur
1 cawan gula
1 cawan butter tanpa garam
(kacau sehingga sebati)
Alternatif: ada jugak jual kat kedai bakeri filling yg ready made


Panaskan oven/ketuhar

1. Campurkan serbuk badam dan gula icing dan ayakkan.(ketepikan dahulu)
2. Masukkan putih telur dan gula caster, pukul sehingga sebati .
3. Campurkan semua bahan ( serbuk badam+gula icong yang telah siap di ayak) dan ( putih telur+gila caster) serta pewarna makanan( ikut citarasa masing2), kacau hingga pewarna mesra dengan bahan2 tersebut.
4. Masukkan dalam piping beg
5. Pipekan setiap satu macaroon dalam ukuran 2cm ( jarakkan)
( sebaiknya alaskan tray pembakar dengan kertas parchment( ada jual kat kedai bakeri)
6. Biarkan dahulu dalam masa 5-10 minit
7. Hiaskan diatas macaroon dengan chocolate rice atau lain2 ( ikut citarasa)
8. Bakar dalam 12-15 minit( 150 degree celcius)
9. Kuarkan dari oven dan ketuhar utk proses letakkan filling.
10. Prosesnye senang, mcm buat sandwich.
( Ambil satu macaroon, side yang rata, ratakan filling gunakan spatula), dan tekapkan dengan satu lagi macaroon ( side yang rata gak).

1 comment:

  1. akak...bakeri mana yang ade jual ready made filling tu kak??

    ReplyDelete