Thursday, June 28, 2012

Hari Jumaat dan TGNA

Assalammualaikum wbh..

Apa khabar sahabat semua? Pagi ni dapat SMS...TGNA nak datang solat jumaat di masjid jamek pasir gudang...teringin nya hati ni menatap wajah seorang ulama....tp tak pe lah..suami dah sedia nak beratur panjang menantikan kedatangan TGNA..





Ceria nampaknya di pagi jumaat yg penuh keberkatan ni...Alhamdulillah Allah masih lagi beri kita bernafas dimuka bumi Nya..banyak2 mengucapkan rasa syukur...memetik kata ustaz Ahmad Dusuki pagi ni di wall FB nya..

"Kita seringkali menghiasi rumah, kita bosan jika rumah kita bersepah dan berselerak, seringkali juga kita menghiasi kenderaan kita, kita benci melihat kenderaan yg kotor, pada masa yg sama juga seringkali kita menghabiskan masa menghiasi badan dan rupa paras kita, kita benci jika rupa kita di pandang hina di pandangan manusia.. tapi kita lupa untuk menghiasi hati kita.. hati kita penuh kekotoran dan kekejian yg kita biarkan ia bersampah.. sampai bila ? teman2? tak malukah kita dengan Allah?

Malu nya bila ingat kekurangan diri ni...jum kita amalkan petua untuk membersihkan hati
Petua Membersihkan Hati
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.












SELAMAT BERAMAL


Thursday, June 21, 2012

Coklat Cappucino Cup Cakes

Assalammualaikum.

Salam hari Jumaat yg penuh barokah,buat semua sahabat2.Mulia nya hari jumaat ini,banyak nya kelebihan hari jumaat..istighfar lah sebanyak2 nya,moga2 Allah ampun kan segala dosa2 kita,jum kita amalkan doa ni,mama copy dari wall ustazah siti norbahiyah..
berikan doa dilapangkan hati dan dimudahkan urusan.Doa ini sesuai bila nak berucap dan bila nak temuduga atau nak berjumpa dengan seseorang.
"Ya Allah,Ya Tuhanku,lapangkanlah dadaku,mudahkanlah urusanku,dan hilangkanlah kelu yg ada dilidahku ini".
Surah Taha ayat 25-27.
Tolong hafal dan amalkan setiap hari ye.
Hari ini,banyakkan sedekah dan banyakkan tolong orang lain.

Mama Nak sharekan resepi cupcake juga hari ni....memang lah dah boring kan tapi,tangan ni suka sangat nak buat cupcake...comel,geram je tengok...tau2 dah makan 4 ketul yg beso2 pulak tuh...hehehe.

Sempena bulan syaaban dan hari jumaat yg mulia ni,mama nak ambil kesempatan memohon maaf atas segala kesilapan mama pada semua orang,mama harap kan sangat sebelum mama menghembuskan nafas yg terakhir ni(mana lah tau ini tulisan mama yg terakhir)bimbang tak sempat nak nak jumpa syawal untuk bermaafan...Mohon maaf atas tulisan2 mama yg yg menyentuh peribadi,sindiran2,dan segala kekasaran,keceluparan dalam tulisan mama mohon maaf ya...Mama nak didik hati mama anggap orang lain semua lebih baik dari mama,dengan ini mama akan rasa rendah diri dan sentiasa ingat setiap ujian Allah itu ada hikmah yg Allah aturkan untuk kita,Jum kita sebarkan kasih sayang,supaya orang lain akan saling mengasihi.

Insyaallah............................

(Kalau kita tidak dapat berbaik sekalipun aku mohon agar antara kita tidak bermusuhan,maafkan aku teman... )


Resepi :
250 gm tepung instant coklat kek(beli kat bakery)
125 gm butter
2 biji telur
40 ml air


Setkan suhu oven 180,
Dalam mangkuk putarkan kesemua bahan selama 3 minit 
Sudukan kedalam mangkuk kertas dan bakar selama 25 minit atau ikut kesesuaian oven.


1 cawan fresh cream
1 sdk cappucino flavor
1 sdk pewarna brown

Putar cream hingga kental dan masukkan cappucino flavor dan pewarna brown.




Jangan putus asa jika Allah SWT menunda apa-apa yang kamu sukai.
Jangan bersedih hati. BERSABAR & TERSENYUMLAH..

Kerana Allah berfirman dengan penuh kasih sayang.
"Sesunguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (QS Al-Insyirah:6



Jum buat .....sebab senang kan.....rasanya pun sedap bagi yg suka kek ceklatt..hehe 















SEKIAN ....................................WASSALAM 

Sunday, June 17, 2012

Fruity chocolate cakes

Assalammualaikum

Salam Israk Mikraj semua sahabat2 blogger...Muslimin dan muslimat sekalian, sama-samalah kita menginsafi, menyedari dan memperbaiki segala amalan ibadat kita seharian. Janganlah kerana alasan dunia, kita dihanyutkan dan lemas dalam arus dunia ini yang serba serbi berunsurkan Fitnah.

Hari ni mama tak buat apa2...melengkor aje tengok TV...masak sup ayam untuk orang yg berpuasa sempena israk mikraj.Ada masa sikit mama share kan resepi kek yg memang tip top rasa dia...kena betul dengan selera mama...sedap makan sejuk kek ni tau!

Bahan2 sponge kek coklat~

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

Mousse coklat putih:

100 nl krim tenusu
180 gm coklat putih
1/2 sudu kecil jus lemon
300gm krim bukan tenusu(putar separa kembang)

Utk buat mousse coklat putih,didihkan krim tenusu dan tuang kedalam coklat susu,biar sebentar,kacau sebati.Masukkan perasa vanilla, dan kacau lagi,biarkan hingga sejuk
Masukkan 1/3 dari krim bukan tenusu yg telah diputar,kaup dan balik perlahan2.
Masukkan baki krim putar dan kacau perlahan

Fruits koktel 120gm

Topping
1 cawan topping base(apa brand pun takpe)
1/2 cawan icing sugar

Cara:
Putarkan topping base dan icing sugar sehingga kental

Cara mama buat kek ni senang aje..dah ada kek sponge tu...mama potongkan tiga keping,lapiskan dengan mousse putih..mama bubuh fruits koktel,lapis lagi dengan mousse white coklat,letakkan sponge kek,ulang langkah lapisan mousse tadi,akhir sekali cover dengan kek coklat dan toppingkan dengan cream base..senang nya...sedap pulak tu
(bila tengok kek ni rasanya boleh faham dah macam mana lapisan nya,kalau nak tanya boleh PM kat FB)






Aduhai....Gabungan sponge kek coklat ,dilayered dengan mousse white fruits koktel dan fresh cream...........hmmmmm tak toleh tempat lain dah...org dalam pantang aje yg tak mau makan...hehehe 






Tak de design2 kek ni...terlebih rajin la mama ni





Kalau kengkawan rajin make up...make up kan kek ni dengan koktel atau strawberry...memang cantik bila dipossingkan..














SEKIAN ,..........................................WASSALAM


Wednesday, June 13, 2012

Bluberry Cheese Tart

Assalammualaikum....WBH.

Sahabat2 semua,jum cuba buat Cheese Tart Bluberry ni..Rasa nya takkan menghampakan,buat nya pun agak mudah walaupun mula2 baca step nak buat tu mcm malas nak buat.......ya la apa2 pun mula2 memang agak susah,masuk kali kedua buat Ok aje..jum cuba!

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.Masukkan filling ke dalam kulit tat.Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi


















Sekian...Moga bertemu lagi Insyaallah!

Thursday, June 7, 2012

Resepi Kek coklat

Assalammualaikum WBH.

Salam hari jumaat....cuti sekolah pun dah nak berakhir..pantas nya masa berlalu jadi,Usah segan melangkah ke Alam kebaikan. Kerana kita tidak tahu bila kita akan melangkah ke alam kematian.
Manusia akan MATI bila2 masa. Tetapi TULISAN boleh KEKAL seLama-lamanya. Maka tulislah PERKATAAN yg menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak.
Tabarakallah~

Hari ni mama nak sharekan satu resepi kek coklat instant/segera..mama segan sebenarnya bila buat kek segera ni...macam pemalas benor...tapi nak makan jugak hehehe..sedap jugak kat tekak mama rasa kek ni...rasa yg sederhana tak manis sangat.

Anak2 tanya tak kemana2 ke cuti ni..mama kata tak...nanti lah kalau ada bajet ujung tahun Insyaallah...:-)

Resepi Kek coklat segera:

500 gm tepung kek coklat (beli kat kedai bakery yg dah siap pek)
250 gm butter
4 biji telur
80 ml air

Setkan oven 180 degree
sediakan loyang bulat size 8'
satukan semua bahan kedalam mangkuk dan putarkan kesemua nya selama 3 minit.
Bakar dalam oven selama 35 minit/hingga masak
Sejukkan sebelum di topping dgn coklat ganache

Bahan Ganache coklat
200gm dark kompound coklat(agak halus coklat ni)
50 ml whipping cream

panaskan whipping cream hingga berbuih tepi2 periuk,matikan api dan curahkan kedalam coklat,kacau hingga sebati/likat,kalau nak kilat letakkan sedikit butter..

dah siap......alahai kejap nya!

lepas letakkan topping coklat tu mama gariskan guna garfu...atau kalau suka buat lah corak apa pun ya sayang~












Sekian...moga bertemu lagi Insyaallah~

Thursday, May 31, 2012

Resepi agar2 cendol

Assalammualaikum
Isteri akan mendapat pahala solat jemaah walaupun hanya menunaikan solat di rumah seandainya si suami berjemaah di rumah masjid/surau. Mungkin tidak banyak hadiah yang mampu suami berikan kepada isterinya, namun cubalah membuka jalan untuk dirinya ke syurga. InsyaAllah.

Hari ni mama nak share resepi agar2 cendol...jum cuba buat...mulakan dengan bismillah ya~



Resepi Agar2 cendol:

BAHAN-BAHAN "A"
5 gram agar2 serbuk
60 gram gula melaka, potong kecil*
3 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
650 ml air
Sedikit pewarna coklat
Gula (extra)

BAHAN-BAHAN "B"
5 gram agar2 serbuk
250 ml pati santan
400 ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa (nak bagi rasa lemak sahaja)

BAHAN LAIN
Cendol secukupnya.

CARA MEMBUATNYA

UNTUK AGAR2 GULA MERAH (A) :- Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air , masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar2. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar2 larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci...ketepikan sebentar.

UNTUK AGAR2 SANTAN (B) :- Satukan serbuk agar2, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak2, kacau rata dan biar suam.


UNTUK AGAR2 CENDOL :- Bila agar2 gula merah hampir keras, cakar2 permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya atas agar2 gula merah tadi. Ratakan. Tuang pula agar2 santan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar2 keras. Potong dan hidangkan sejuk


 

2 Gambar cukup lah untuk kita nikmati......























Sekian .................................Wassalam

Wednesday, May 30, 2012

Resepi Double Decker Mousse

Assaallammualaikum  WBH

Engkau lihat air itu tenang mengalir.. tapi sedarkah engkau apa yang telah ia harungi untuk terus mengalir... engkau menilainya di permukaan cuma.. cubalah engkau selami sedalamnya.. dan rasai gelombang yang bisa menolak bangkah batu besar.. terfikirkah engkau dari mana datangnya daya kekuatan itu..?

Hidup ini penuh ranjau dan duri... penuh tangis dan air mata... ada luka yang perlu di rawat segera.. dan kadang kala kita alpa pada sesama saudara.. hati dan perasaan tersembunyi di dalam membuatkan kita leka.. tanpa sedar kita telah menguris hati mereka.. sesiapa sahaja yang punyai jiwa... dan tiba saat hati kita di lukai pula.. tanpa mereka sedar...

Ada masa kita pertikai.. kita bertanya.. mengapa ini.. kenapa itu.. bukan sebab diri tidak redha atas apa yang berlaku... yang penting kita kembali kepada asalnya.. mengadu pada yang mengaturkan.. berdoa di ringankan beban. bukannya menyalahkan dan bersangka buruk.. bukannya mengalah dan berputus asa..

Kita ini adalah hambanya... dan sangat sangat memerlukan bantuannya.. syukur bila kita di timpa kesusahan.. kerana dengan musibah itu kita akan kembali padanya semula... mengejutkan kita dari lena.. memohon dan berharap... dan moga moga biarlah pengharapan itu berterusan.. tidak kira saat susah atau senang...

Benarlah manusia ini sering lupa... betullah iman kita seperti graf ekonomi dunia... ada kala naik.. ada ketika jatuh... tapi harap bila jatuh tidak la menjunam kedasar... haraplah terus melonjak semula... seperti sebiji bola yang di tekan ke dalam air.. semakin dalam semakin kuat daya tolakan.. akhirnya bola itu melantun ke permukaan semula.. biarlah senipis kulit bawang.. asalkan iman yang ada itu tidak hangus di makan oleh dosa silam.. biarlah seitis air mata.. asalkan nanti dapat di persembahkan di hadapanya sebagai saksi dan bukti..

siang yang kejam,
malamku penuh dendam,
dan di antara keduanya adalah ruang;
tempat aku untuk berehat
memohon maaf atas kesilapan
merenung dan berfikir sejenak
atas apa yang berlaku pada siangnya
juga apa yang terjadi pada malamnya
aku tangisi,
sehinggalah mentari pagi bersinar
mengeringkan semula titis air mata
membuatkan aku alpa semula
menelusuri denai denai kehidupan
mengalir dan terus mengalir
walau jasad di robek duri
walau tubuh di gasak batu
aku tak pernah berhenti
selagi jari jemari ini belum kaku
takkan aku lepaskan tali itu.

Bismillah
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ
كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ
عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ
تَہۡتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya
(Aali-’Imran:103)


Dari wall FB Umi

  • Double Decker Mousse


    Bahan2:
    sepeket biskut oreo/kek span coklat

    Mousse coklat:
    100 nl krim tenusu
    180 gm coklat susu
    1/2 sudu perasa vanilla
    250gm krim bukan tenusu(putar separa kembang)

    Mousse coklat putih:

    100 nl krim tenusu
    180 gm coklat putih
    1/2 sudu kecil jus lemon
    300gm krim bukan tenusu(putar separa kembang)

    2 sudu besar Blueberry jem

    sos coklat:
    100 ml krim
    100 gm coklat hitam

    Cara menyediakan.


    1.Biskut oreo dihancurkan..masuk dalam cawan/bekas
    2.Utk buat mousse coklat susu,didihkan krim tenusu dan tuang kedalam coklat susu,biar sebentar,kacau sebati
    3.Masukkan perasa vanilla, dan kacau lagi,biarkan hingga sejuk
    4.Masukkan 1/3 dari krim bukan tenusu yg telah diputar,kaup dan balik perlahan2.
    5.Masukkan baki krim putar dan kacau perlahan
    6.Ulangi langkah 2 hingga 5 untuk mousse coklat putih.
    7.Untuk sos coklat,didihkan susu,tuang dalam coklat gelap kacau sebati
    (cara mama satukan krim dan coklat,dan panaskan hingga mencair...lagi sedap rasanya)
    8.Paipkan mousse coklat hingga 1/2 dari bekas yg dialas dasarnya dgn oreo/kek span.
    9.Paipkan mouuse coklat putih hingga hampir penuh.
    10.Paipkan sesudu jem bluberry(ikut suka lah kalau nak letak bnyk pun sedap)
    11.Akhir sekali curahkan sos coklat kedalam cawan tadi
    21.Masuk peti Ais satu jam...dan hias sebelum dihidangkan.......

Serius!..Memang sedap mousse ni...



3 cawan aje...2 cawan dah bag adik nurul jiran mama ..sian dia dua bradik je ..


Hari ni semua foto shoot sendiri


Hiasan tu nampak cantik dengan buah strawberry tapi takde...guna cocktail je la







 Resepi Istimewa ini mama copy dari majalah SAJI keluaran bulan Jun 2012...ada banyak resepi dari blogger masakan yg hebat....siapa lagi kalau tak Azlita masam manis...





Sekian terima Kasih....................Wassalamm...