Showing posts with label pengisian hati. Show all posts
Showing posts with label pengisian hati. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

KONFERENS MUSLIMAH 3 Mac 2013

Assalammualaikum WBT

Cuba kita perhatikan apa masaalah yang kita sibuk memikirkan setiap hari.

Apakah ia digunakan utk dekat pada Allah dan menentukan ibadah kita cukup dan mengikut Rasulullah?

Jika kita hanya sibuk dgn masaalah sakit hati , marah, dendam dgn orang hingga buta mata hati mencari Allah alangkah ruginya.
Cuba audit di mana kita di sisi Allah dan adakah peluang kita mendapat syafaat NAbi MUhammad saw di akhirat nanti yg tidak ada pertolongan selain amalan soleh semasa hidup.

Jangan habiaskan nyawa kita melihat orang lain hingga terlupa memperbaiki diri lebih baik hari ini dari semalam.

Lihat apa kita baca dan masa di gunakan di alam siber utk ALlah atau nafsu yang tidak baik.. ^_^


Antara peserta dari seluruh Malaysia & Indonesia Antara 900 orang muslimat yg hadir... Ramai ... Allahuakbar! Alhamdulillah ...aku antara orang yg dipilih Allah untuk berada di majlis ini~ 






















Ya Allah ...Moga2 aku akan terpilih lagi untuk berada dimajlis ilmu taman2 syurga

Friday, February 1, 2013

Jumaat yg berkat

Assalammualaikum wbt

Hari jumaat yg indah... pantas nya waktu..terus meninggalkan kita..tiada yg lebih baik kah untuk kita kongsikan tentang hari jumaat yg mulia ini.. ? tidak adakah rasa malu atau kesal bila tiba saat dipanggil Allah...bekalan apakah yg kita bawakan... Allah....Allah.... Allah.............

Sangat terkesan dihati mama bait2 yg indah... mari teman... walau pahit ujian Allah,cuba lah menjadi insan yg sabar & boleh memaafkan....

Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InshaAllah ♥♥

Tuesday, January 29, 2013

Muhasabah diri

Assalammualaikum wbt.

Apa khabar teman2 seperjuangan...Apa jua yg baik mari kita kongsi2 kan,ada resepi menarik?ada kata2 yg baik? ada kisah panduan & tauladan?... mari kita kongsikan..Malaikat akan catit setiap apa yg kita coretkan.. jangan kita malu untuk melangkah kealam kebaikan kerana kita tidak tahu bila kita akan melangkah ke alam kematian.
Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja! DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.


Thursday, January 24, 2013

Dosa2 di FB

Assalammualaikum WBT

Engkau damaikanlah jiwa-jiwa yang gelisah,
Engkau tenangkanlah hati-hati yang terusik,
Engkau kuatkanlah semangat mereka yang memerlukan,

Engkau hilangkanlah resah yang berbuku di sudut hati,
Engkau buangkanlah rasa sedih yang bermukim
dan Engkau gantikanlah dengan kegembiraan...

sesungguhnya hanya Engkau-lah sebaik-baik tempat bergantung...


Teman2... Mari sama2 kita muhasabah diri..moga2 kita antara orang yg tidak mendapat saham dosa dengan kealpaan kita...mari kita nilaikan petikan dari UZAR ada atau tidak kita lakukan senarai dosa2 yg UZAR sampaikan..belum terlambat untuk kita bertaubat..Allah maha pengampun

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
 
4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman




Wednesday, January 23, 2013

Bagaimana kita mencintai Rasulullah SAW

Assalammualaikum WBT

Salam maulidurasul buat semua teman2 sahabat2 ku.esok sambutan nya bagaimana? adakah sekadar nya..dapat cuti..rehat2 dirumah sambil menonton rancangan TV kesukaan kita.. Teman2,ayuh kita ubah,jangan berlengah2 lagi jangan jadi insan yg rugi.. 

Dirikan Solat, keluarkan zakat, tinggalkan riba, tutup aurat, tinggalkan mengumpat, elakkan rasuah, jauhkan fitnah, benci pembaziran...

Kesimpulannya: Yang wajib ditegakkan, yang haram ditinggalkan, yang sunat digalakkan, yang makruh sebolehnya dijauhkan, yang harus dijadikan ibadah. Itulah perjuangan memuliakan kalimah Allah!

-Us Pahrol Mohamad Juoi

Teman2 yg rajin boleh baca disini
























Bertemu lagi dilembaran dakwah

Wednesday, January 16, 2013

Open Circle Jan 2013

Assalammualaikum WBT
Ahad yang lepas dirumah mama ada buat OC dengan darisah dan hizbiyah .Pengisian dan tazkirah yg mantap dari ustazah Iman.. Ustazah ni muda lagi...tapi mama suka penyampaian nya,pengisian yg boleh membuat hati kita tersentuh..ucapan nya bersahaja,penerangan nya tentang Akidah Islamiyah sangat terkesan dihati.
Antara pengisian nya...jangan kita ambil islam separuh2.. kita solat,puasa ikut islam,tapi tutup aurat tak nak ikut cara islam.. sebelum ni mama cuma faham tutup aurat itu tutup rambut sahaja... pakai tudung sudah..baju ketat,jarang, tak kisah,tutup kepala kain terbelah tak de masalah... tapi sekarang moga2 Allah pimpin hati mama dan sahabat2 semua untuk menutup aurat yg mengikut syariat... Ya memang betul yg tak pakai tudung tu tak semestinya jahat tapi Nabi SAW kata yg tak pakai tudung tu akan dibakar dalam api neraka..nauzubillah..!~

Jum sahabat2,jum teman ,jum saudara semuslimku... kita berubah mengikut syariat islam..Allah Maha pengampun...

Terima kasih darisah2 yg datang,dari Pasir gudang,Taman Gaya,jiran2 mama yg beri sokongan, dan terima kasih Hajjah Zainun yg selalu memberi galakan untuk mama terus adakan majlis ilmu sebegini..moga2 pertemuan dan perpisahan kerana Allah akan mendapat ganjaran kebaikan disisi Nya....











Moga kita bertemu lagi di lembaran dakwah

Wednesday, January 9, 2013

Jum ke Majlis ILMU

Assalammualaikum wbt

Kepada semua sahabatku Yg dirahmati Allah...pada sahabat yg ada kelapangan mari kita sama2 mendalami ilmu agama .Pada 13 hb dirumah mama sendiri akan diadakan perkumpulan usrah anjuran Hizzib,. Insyaallah kita akan bersama2 dengan darisah dari seluruh JB.

Kuliyah bulanan di Surau Alhafiz Taman Bukit Dahlia akan diadakan pada 19hb ni.Kuliyah maghrib kali ni ada ustaz dari Kl yg datang.Muslimin & Muslimat dijemput hadir..bukan senang nak jumpa ustaz ni..selalu nampak kat TV aje.

Pada 20 hb Jan anjuran muslimah Hizbut Tahrir akan diadakan Forum Maulid "Menyambung Kasih kepada Rasulullah" 9 pagi -1 petang di Khilafah Centre JB, No 20-01,Jalan Putra 1,Taman Sri Putra.JB. Panel Ustazah Amani & Hajjah Nurul 'Ilmi .

Berminat boleh hubungi Pn Amal @ 017 747 5753

Sahabat fillah yg di rahmati Allah,
Setiap teguran bukan bermakna kita ingin menghukum seseorang..sekadar ingat-mengingatkan antara satu sama lain dan memberi peringatan buat diri sendiri. Jangan cepat salah sangka. Salam ceria..mulakan hari kita dengan Bismillah..
Ilmu kita kena cari,lebih2 lagi bimbang kita sukar atau jahil untuk menyampaikan kepada anak2 kita atau ahli keluarga kita sendiri... kalau kita tak tau atau tak faham tentang cara nak membeli roti di jusco tak mengapa sayang... jangan kita jahil tak tau bagaimana untuk menutup aurat yang betul.
Jadi kesempatan yg sedikit ini ayuh sama2 kita manfaatkan... mari kita sama2 istiqamah bertaqarrub ,kerana impian kita semua adalah Jannah... Insyaallah





























Bertemu Lagi Di lembaran Dakwah

Sunday, January 6, 2013

Maahad Tahfiz Al muhamaddi Pagoh Muar

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah...

Anak ku... Allah telah pilih dirimu berada ditempat yang baik,berada dikalangan anak2 huffaz.
Doa dari mama moga kamu bakal menjadi pemimpin, mama impikan seorang anak yg akan menjadi dai'e.

Ya Allah..permudahkan lah anakku dan anak2 sahabatku menuntut ilmu quran.. jadi kan anak2 ku yg boleh memimpin ibu bapa nya ke syurga. 




Aminn ya Rabbal Alamin


kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.

Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)


4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Ganjaran di akhirat


1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)


Kesimpulan

Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya.


Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup.

Sebab itu janji Allah swt.

Friday, October 26, 2012

10 Zulhijjah.......Al Adha

Assalammualaikum WBT

Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan".
(HR. At-Thabrani) 

Salam Aidiladha buat semua sahabat dan teman2 blogger seta kepada seluruh umat islam sedunia.Sayu hati mendengar takbir dan  buat renungan serta muhasabah bersama......................

Sahabatku........................Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu, memandang serong terhadapmu, meletakkan dirimu bagai tidak berharga, seolah dunia ini gelap dan gelita , tiada tempat untuk meluah, pintu dunia seakan terkunci untuk diceritakan segala resah dan kekecewaan yang bersarang di jiwa....

Maka saat itu, tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurniaan wudhuk dan air mata keinsafan. Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu untuk mendeengar segala isi hati yang terluka...

Kerana Dia Maha Mendengar.............
Betapa kasihnya al-Khaliq kepada manusia yang kadangkala hanya merayu dan meminta di saat susah dan gelora...

Umat Islam seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci Mekah..
Indahnya
malam 10 Zulhijah
takbir bergema keheningan dipecah
kesunyian malam berlabuh sudah

mengerjakan Wukuf menuju Kaabah.

Hati sayu
bertambah gundah
teringat mereka hati terarah
kekasih di jiwa berada di Mekah
mengerjakan haji kebesaran Allah.

Labaikallah humalabaii, Labaikallah sari kalakalabaii
Innalhamdah Waniqhmadhah, Laqawalmuth Lashariqallah.

Allah Huakhbar, Allah Huakhbar, Allah Huakhbar,
Laaaaaaillahaillalahuallahhuakhbar, Allahhuakhbarwalillahilham.

Syukurku
Ya Allah!
di atas kemenangan umat-umatMu Ya Allah
setelah selesainya Wukuf di Arafah
kini kami meraikan kemenangannya
dengan memuji-muji namaMu
dan kebesaranMu
Ya Allah,
Tuhanku Yang Maha Besar.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, Segala Puji BagiMu,
Ya Allah.


 




















Baitullah.... aku sgt ingin berada dihadapan mu sekali lagi...........Moga bertemu Lagi Insyaallah.......................

Thursday, June 28, 2012

Hari Jumaat dan TGNA

Assalammualaikum wbh..

Apa khabar sahabat semua? Pagi ni dapat SMS...TGNA nak datang solat jumaat di masjid jamek pasir gudang...teringin nya hati ni menatap wajah seorang ulama....tp tak pe lah..suami dah sedia nak beratur panjang menantikan kedatangan TGNA..





Ceria nampaknya di pagi jumaat yg penuh keberkatan ni...Alhamdulillah Allah masih lagi beri kita bernafas dimuka bumi Nya..banyak2 mengucapkan rasa syukur...memetik kata ustaz Ahmad Dusuki pagi ni di wall FB nya..

"Kita seringkali menghiasi rumah, kita bosan jika rumah kita bersepah dan berselerak, seringkali juga kita menghiasi kenderaan kita, kita benci melihat kenderaan yg kotor, pada masa yg sama juga seringkali kita menghabiskan masa menghiasi badan dan rupa paras kita, kita benci jika rupa kita di pandang hina di pandangan manusia.. tapi kita lupa untuk menghiasi hati kita.. hati kita penuh kekotoran dan kekejian yg kita biarkan ia bersampah.. sampai bila ? teman2? tak malukah kita dengan Allah?

Malu nya bila ingat kekurangan diri ni...jum kita amalkan petua untuk membersihkan hati
Petua Membersihkan Hati
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.












SELAMAT BERAMAL


Monday, May 21, 2012

Selamat Datang 'Rejab'

Assalammualaikum WBH


Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami dalam bulan Rejab & Syaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan..Aamiin ya Rabbal alaamiin
Petikan TAZKIRAH (Peristiwa Rejab)

Antara peristiwa2 yg berlaku dlm bulan Rejab ialah:

1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku krn pihak musyrikin Makkah meningkatkan tekanan & ancaman kpd Rasulullah saw. Tujuan hijrah ini adl utk menyelamatkan iman & keselamatan diri di samping utk mencari tapak baru utk Islam.

2. Isra’ dan Mi’raj
Rasulullah saw dijalankan dari Makkah ke Baitulmaqdis di waktu mlm & diangkat ke langit bertemu Allah swt utk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah swt.

3. Perang Tabuk
Tabuk ialah nama sempena nama satu tempat di Utara Arab di mana Rasulullah saw & 30ribu tentera Islam berkumpul. Tentera Rom telah melarikan diri krn takut dan gerun.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Solahuddin Al-Ayubi telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Beliau lahir di Gaza, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab.
 
 
 
Tabarakallah..
Tiada Hadis Rasullullah berpuasa penuh didalam bulan Rejab dan Syaaban.(Tetapi kalau kita berpuasa dalam bulan rejab pasti Allah akan memberi pahala) Wallahualam
 
 







Sekian Wassalam

Wednesday, May 9, 2012

Sambutan hari Ibu dalam Islam

Assalammualaikum:
Pada sahabat2 diluar sana,kita ni dah lama degil sangat,dah lah jahil,dah didedahkan dengan ilmu agama pun kita tolak,pendapat ulama kita buat2 pekak,Yg kita asyik duk buat sesuatu yg kita rasa'suka hati aku laa' dan'ada aku kisah' menjadi slogan dalam hidup kita...takkan selama nya kita nak 'happy2'aje tanpa memikirkan apakah yg kita lakukan itu mendapat redha Allah atau pun tidak.

Pada pengamatan saya,kita ni bnyk sangat buat perkara2 yg membuang masa,kebanyakan niat kita bila kita sambut hari ibu tu cuma akan mendatangkan rasa 'riyak'..konon2 aku lah anak yg mulia kerana menyambut hari ibu,memang sedih sekiranya dalam waktu yg sama kita wish2 mothers day,tapi akhlak kita dengan emak kita ntah macam mana......hmmm,

Tarikh2 penting dalam islam tak ada pulak kita nak raikan,nuzul quran bila ya? 1 rejab dah lepas ke?apa berlaku pada bulan muharam kita pun tak nak tau.cuba kita muhasabah buat perbandingan,tarikh2 penting dalam islam dengan tarikh2 yg biasa kita rai dan sambut,mana yg lebih kita tau.
Tarikh hari merdeka kita tau,siap nyanyi2 lagi sambut dengan acara dan pesta bagai...kita ni dah bnyk sgt lalai kan...jadi sama2 lah kita istighfar mintak Allah ampunkan dosa2 serta kelalaian kita.

Bila kita mula memikirkan tentang Isam,kita akan merasakan orang kafir akan sentiasa mahukan orang Islam disibukkan dengan perkara2 begini,dalam islam tak ada mengajarkan kita pada setiap hari ahad kedua dalam bulan mei ada sambutan hari ibu..yg kita pun dah tau baru lah beberapa hari kita didedahkan dengan sambutan sebegini...sibuknya lah kita ni,majlis2 ilmu agama kita kurang sertai,bila ada hukum senangnya kita tolak tepi,kononnya kita ada hujah sendiri.

jum kita muhasabah diri kita dengan penerangan di bawah:

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
 
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Gambar buku2 ilmiah dibawah ini adalah hadiah istimewa dari suami untuk saya...sebagai panduan dan bacaan yg membantu kita agar menjadi seorang isteri,anak dan ibu yg solehah..


Islam itu indah..dan syumul~ 

Moga2 saya dan suami istiqamah dalam menjalankan syariat islam~

Wajib ada di setiap rumah orang muslim
Love Islam~ 
(Solusi antara bacaan kesukaan mama setiap bulan...Alhamdulillah suami dah langgan kan untuk mama... )




Lets start the day with a page of Quran!....A page!




 Sekian Wassalam................