Thursday, June 30, 2011

Samprit....biskut tradisi



Kepada customer yg berminat dgn biskut samprit nostalgia hari raya ni harga nya sebalang RM23...rasa nya memang la nyum nyum..cukup rasa manis lemak rangup cair je bila masuk ke mulut....cuba tau..

Sunday, June 26, 2011

Mari belajar buat coklat~

Alhamdulillah dlm 2jam setengah siap kak Rose blaja buat coklat dgn mama.Harap kak rose enjoyed blaja sambil main2 dgn mama tadi.mohon maaf ape yg terkurang dlm pelajaran kita tadi ye kak Rose.... Pada mereka yg nak blaja basic membuat Homemade coklat secara hands on mama bole ajarkan...kelas di buka 2 kali sebulan.Boleh join group pun bole juga..tapi jgn le ramai sgt..satu group 4 orang mama bole ajarkan

Kak Rose bole start bisnes lepas ni ya..dah tau teknik buat coklat kan..semoga berjaya..mama pun tumpang happy!


Saturday, June 18, 2011

Frambozen kenari on this Fathers day~


Dah nak pukul 12 mlm baru lah dapat mengupdate blog mama yang tak seberapa ni..Kesian Husna pulak deman,hari tu nizam kakak...doktor Mazmedic tengok Husna terus dia kata Husna nampak sihat..mesti jarang kena sakit..sekali kena..tinggi btl suhu badan nya pagi tadi..Lepas maghrib tadi mama bacakan doa untuk Husna dan anak2 mama semua sihat....berilah kesihatan yg baik dan dijauhkan dari segala penyakit berjangkit dan menjadi anak yg cergas...Insyaallah

Pada sesiapa yang terliur tgk biskut frozen kenari ni...jgn malu tau nak order..mama jual jugek sbb ada permintaan...baru ler ada penawaran...hehehe


Bahan-Bahannya :
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster
Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )

Bahan Taburan :
Badam hiris

Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya :
Gula caster dan tepung digaul rata.
Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
Biskut ini dipotong semasa panas.

Wednesday, June 15, 2011

Edisi Raya.......cepat btl mama!~


Pada customer yang nak buat tempahan 'ketupat coklat' ni dah bole mula membuat tempahan sbb bulan ramadhan nanti sure busy nak siapkan tempahan2 semua..mama tak jual cookies raya tahun ni..Husna kecik lg...takde pembantu pulak,Price coklat ni RM45 perbox(27pcs) only..memang sedap combination milk and white coklat with oreo crumbs filling.......Try out Dear!


Tuesday, June 14, 2011

Ben10 Imej untuk Adik Danish~


Tq mama ucapkan pada Leeza yg order coklat ni..Kata Leeza dia tgk Blog mama...ada juga customer yg order bila tgk blog mama.Iya lah blog mama tu tak seberapa,mama ingatkan takde siapa yg nak tengok....mama ni blogger baru..kena bnyk blajo lg..kena gi sekolah lagi bak kata kak dik...hehehe...tak pe lah org ketawakan mama,mama rasa selagi hidup ni kita terus cari ilmu..Ilmu yg memberi manfaat laa,bukan ilmu sihir atau ilmu hitam yg merosakkan akidah kita...Astarghfirullah!