Sunday, October 7, 2012

Resepi Sugar cookies(dah lama ngidam nak buat)..:-)

Assalammualaikum...

Amboi kengkawan!  sakan ya berjalan hujung minggu ni....hehehe...maklumla kan hari lain sibuk buat kerja,bila ada masa hujung minggu tu baru ler dapat rehatkan minda...tenang kan jiwa..sahabat..kalau hati nak tenang,,berbicaralah dengan Pencipta kita...luah kan pada Nya setiap selepas solat..

Mama hari ni nak share resepi yg dah lama benor teringin nak buat..ni resepi sis Azlita..senang ajer rupa nya...meh jum buat..boleh anak2 bawak bekal gi sekolah esok!

SUGAR COOKIES


225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.


Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap 
Susun doh atas dulang pembakar
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.
Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit. 
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman


ROYAL ICING

800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon  


Satukan gula icing dan meringue powder
Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurna
Tambahkan air dan jus lemon..
Sekarang adunan royal icing telah tersedia dan boleh di gunakan.
Boleh lah diwarnakan mengikut kesesuaian.

Untuk membuat layout, jika adunan royal icing terlalu pekat tambahkan sedikit air ~ anggaran 1 sudu teh, sedikit-sedikit hingga ia mencapai kepekatan yang sesuai untuk membuat layout ( adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair) kacau adunan rata.

Untuk bahagian dalamnya pula, adunan hendaklah licin dan cair sedikit dari adunan layout tapi tidak terlalu cair supaya bila kita paipkan ia tak meleleh turun. Oleh itu jika adunan pekat letakkan air sesudu teh demi sesudu sehingga mencapai piawaiannya OK!

Adunan bolehlah diwarnakan tetapi Jangan menggunakan pewarna yang berasaskan minyak. Hanya gunakan yang berasaskan air sahaja.

Lorekkan ikut kreativiti ya sayang....................dah jadik!....hmmmmm yum yum yum!

Mama buat layout tu betul2 ikut piawaian macam kak ita buat...tapi tang dalam tercair pulak..lambat sikit nak kering...yg layout tu memang sekejap aje dah kering

*Royal icing mama cuma buat 1/3 bhg sahaja






Belum kering lagik time nih!..........




Lepas bakar ni...satu tray dimakan kanak2 dalam rumah ni..dgn mama nya sekali makan...mama buat tak manis sgt..mama kurang kan sikit gula icing masa nak bancuh cookies ni





Buat kan layout nya dulu tau!!!





 Jum cuba buat ....




















SEKIAN................WASSALAM.............................

Wednesday, October 3, 2012

kenangan Sept 2012;)

Asssalammualaikum
Mengalah bukan berarti kamu lemah.. Kamu mungkin meneteskan air mata di saat hatimu terluka. Dan kamu mengalah dengan pergi menjauh dari orang yg telah menykitimu bukan berarti kamu lari dari kenyataan. Tapi kamu hanya ingin agar hatimu tak terus terluka.
Bersabarlah dan muhasabah diri menjadi lebih baik.. Agar suatu saat orang yang menyakitimu menyadari bahwa betapa berartinya dirimu.
Sahabat2 diluar sana ,saat kita diuji bersabarlah,Janji Allah itu benar,orang yg bersabar akan menang,anggaplah setiap Ujian dari nya itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Alhamdulillah hari ni ada ruang sikit untuk mama bersiaran..Laptop mama pun dah tua sangat,hampir enam tahun usia nya...tengkuk nya pun dah patah ala2 ipad gitu..hehehe.banyak nya coretan seharian yg tak mampu kita lukiskan di dada blog ni..tapi nak juga dikongsikan buat kenangan dimasa akan datang,senang nak buat rujukan dan panduan,ingatan utk diri sendiri dimasa depan.



percubaan kali kedua red velvet..




Kejap betul dah bulan baru..aktiviti yg banyak dalam bulan september terpaksa disimpan dalam memori hati saja..tak dapat diluahkan di blog mama ni..tersenyum aje walaupun pahit untuk ditelan...aktiviti kat dapur tak rancak sejak lepas raya ni..tapi bab makan2 memang sentiasa aje rancak...hehehe

Gambo2 kenangan masa bulan september....jum kita imbas2 semula 




Semua telah selamat di jamu masa majlis marhaban dan doa selamat rumah mak ..:)


Yg ni masa tetamu kak sal jiran mama nak datang..masa ni mama sekali lagi buat Red velvet cake... cupcake coklat dan choc moist cake..





Masa majlis rumah Hjh Zainon mama buatkan 50cups strawberry jelly...habiss jugak..mana pulak ler gambor2 jelly tu...dah bnyk sgt gambor dlm camera tu..ni ntah sesat kemana dah gambor jelly tu...hehehe





Yg ni pulak model tudung baru keluaran Alhusna collection..masih dalam perancangan lagi...projek utk tahun 2013..Insyaallah..moga berjaya...hehehe...hajjah zainun,kak linda..cikgu sue...stand by ya..utk projek kita...




Pn Hjh Zainon yg cantik dan manis...hehehe:)





Amboi manis nya Cikgu Sue....senyum sikit sue...:) Tgh cari gambar kak linda yg cantik ni...mana ya... Tak de la pulak...rupanya kak linda tak suka bergambar..dia kata hidung dia tak mancung...hahaha...kalau tunggu hidung jadi lawo..bila nak bergambo nya...




Ada pun gambor kak linda yg cantik...hmmm okay aje gambor tu..hidung kemek takpe yg penting hati baik


Bersama Ustazah Nurul dgn Tazkirahnya yg mantap ...

 ada la satu kenangan Masa nak habis syawal tu mama gi beraya ofis suami..ada la sikit gambar husna kat sana buat kenangan..sekali kan aje dalam post kali ni..masa tak bnyk nak update blog..huhuhu




heee...husna....tak kawan dengan org lain..sian kakak2 komasi nak kawan dgn dia...





hmmm...melajuk suda....






kacau ayah sikit............






















                                  Salam sayang moga bertemu lagi....wasssalam.......................

Monday, September 10, 2012

UPSR PMR & SPM

Assalammualaikum WBH

Hari ni dah 23 syawal,masa yg begitu cepat berlalu,..teman2 raya ke rumah kita dan kita berkunjung ke open house teman2...berganti hari kejap aje dah habis sebulan kan.ni musim anak2 nak hadapi exam pulak,normal sbg ibu dan ayah kita yg rasa debaran nya..sbb anak2 nak pergi berjuang ..kena fokus..nak semua subjek kalau boleh biarlah kita yg nak kan A...harapan tinggi.

Apa2 pun anak2 dah berusaha..selebihnya kita serahkan pada Allah,tapi masih ada lagi usaha yg berterusan selagi kita masih ada..

Untuk Raudah,yg menghadapi UPSR esok mama doakan Raudah tenang dan berada dlm keadaan sihat sepanjang hari peperiksaan.Moga2 Allah kurniakan ilham yg baik pada Raudah menjawab semua soalan2 UPSR.

Kejayaan Raudah nanti adalah menjadi kejayaan buat ayah & Ibu Raudah juga.Teruskan melangkah kerana perjalanan Raudah masih jauh.




Buat Kakak Fatin dan Aliya yg akan menghadapi PMR dan SPM selamat berjaya mama ucapkan,bagi tumpuan dan sentiasa menjaga hubungan kita dgn Allah..Berdoalah setiap selepas solat fardhu dan minta lah ampun pada ibu dan ayah. Salam dan doa dari mama ....




SELAMAT BERJUANG DAN MOGA BERJAYA ANAK2 KU

Saturday, August 25, 2012

Beraya di kampung

 Assalammualaikum WBT


Alhamdulillah Ya Allah..Tahun ini dapat beraya kat kampung..selama ni pun tiap2 tahun memang tak pernah tak balik kampung...hee..mama tak pernah membayangkan mcm mana rasa nya beraya tak sambut dengan ayah dan emak kat kampung..paling lambat pun raya pertama mesti dah ada kat rumah..giliran tahun ni..mlm raya mama dah ada kat kampung..excited nya..dlm perjalanan nak balik ,dengan beg2 baju,kueh2 raya,ketupat rendang dari rumah atuk mak,anak2 yg ramai...pergh.....dengar pulak alunan takbir mnambahkan rasa gembira sebak sayu,syahdu nak sambut raya..mama satu malam sebelum balik ke kampung tidur pun dah tak berapa lena sangat....apa lah mama ni..ngalah kan budak kecik dia punya excited nak raya...hohohoh....

Sampai kat kampung keadaan rumah mak tenang aje..siang nya dah masak...rumah pun dah siap kemas..bertuah sebab acik cuti awal maka dia lah yang paling bnyk menyumbang tenaga..kemas,masak,bersihkan rumah..smuanya tangan acik yg rajin...T.kasih acik...

Lagu raya paling mama suka dan sangat mnyentuh hati mama ialah lagu raya dari mamat exist....kat sini mama bariskan liriknya....untuk mama nyanyi sorang2...hehehe


( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu




SELAMAT HARI RAYA...............maaf zahir dan batin



EMAK DAN AYAH...AMPUN KAN SEMUA DOSA2 SILAMKU




Alhamdulilah...ya Allah kabulkan doaku




Salam Aidilfitri



wajah ayahanda di pagi raya




Raya ni anak2 lah yg nampaknya paling gembira..........





Suasana pagi raya....masihkan dapat kita rasakan untuk hari raya yg akan datang?


Monday, August 6, 2012

Tempahan Hamper Raya 2012

Alhamdulillah...hari ni dah 18 hari kita berpuasa,memang pantas masa berlalu.Aktiviti dalam bulan Ramadhan dan persiapan raya sekarang ni memang sedang rancak..Tak boleh nak sembang lama2 sebab mesti update semua tempahan dari customer2 yg murah hati membri sokongan kepada Mamahusna Chocolate!




Biskut Samprit Dan dahlia tahun ni memang mndapat sambutan luar biasa...Dah terjual hampir 200 balang...Syukur Ya Allah

Tempahan dari sahabat org Taman pasir Putih..TQ Dear!


Tempahan Biskut Suji Brunei memang meningkat saban tahun



Tempahan customer sekitar JB dan Kl...TQ Allah


Sepanjang minggu yg agak sibuk...Tapi tak lah sibuk sangat...sibuk bila sekecik merengek nak kan perhatian aje....huhuhu:-)


Kotak2 tersusun dengan bantuan suami...terima kasih suami!






OK! Alhamdililah..semua dapat siapkan on time!...Mama ucapkan pada semua sahabat2 diluar sana slamat menjalani ibadah puasa,moga Allah kabulkan doa2 dan memberi keampunan kepada kita dibulan yg mulia ini..Salam ukhwah pada sahabat2 dan customer2 baru yg memberi sokongan,moga ukhwah terjalin sampai bila2 Insyaallah..mama sayang anda semua! Terima Kasih Wassalam......................

Friday, July 20, 2012

Hamper Istimewa /Bulan yg Istimewa

Assalammualaikum.
Salam Ramadhan sahabat ku yang baik hati.Tengah sibuk nampak nya persiapan menjelang Ramadhan esok hari di negara kita...negara orang diseluruh dunia telah mula berpuasa pada hari jumaat,apa yg penting kita semua dapat bertemu dengan bulan yg mulia ni..dan jadikan ibadah dalam bulan ni satu titik permulaan perubahan dalam hidup kita.Dah ramai sahabat2 post di FB check list apa yg perlu kita penuhkan ibadat2 sunat yg boleh kita lakukan..moga Allah memeberi keberkatan dan redhanya pada diri dan keluarga kita.

Nampak nya,mama semakin sibuk menguruskan biskut..dan menjual hamper pulak sebab ada permintaan,mama ingat kan tak nak meniaga tahun ni,tp ramai sahabat2 yg pernah beli biskut2 raya yg lepas,diorang repeat order..Terima kasih ya...mama sayang semua!

Bagi mereka yg berhajat untuk order hamper2 ni semua bole contact Mamahusna 012 7510371 /PM aje kat FB mama ya..cepat tau...ada masa sampai minggu depan aje!

*KESEMUA COOKIES DAN COKLAT SAMA SEPERTI YG ANDA LIHAT DALAM SEMUA FOTO NI YA.*



WOODEN SONGKET BOX FOR 9 CAV MILK CHOC WALNUT....RM30


SINGLE CONTAINER WOODEN BOX WITH TART NENAS.....RM30


DOUBLE CONTAINER WOODEN BOX WITH LOCK AND COOKIES INCLUDES....RM35


WOODEN SONGKET BOX (19X19X7.5).....RM60


 RM43 ONLY....OFFER NIH...CEPAT2!! 



SQUARE SHAPE WITH 3 LAYERED COOKIES....RM47...MURAH JUGAK NIH! 




Yg love shape tu RM49.... 


Selamat Menjalani ibadah puasa..moga kita dipertemukan lagi Insyaallah!

Wednesday, July 11, 2012

Salam Ramadhan,Tempahan biskut dan Hamper

Assalammualaikum WBH

Ramadhan bakal menjelma dalam 9 hari lagi..wah cepat nya..dapat kah kita bertemu dengan Ramadhan tahun ini ya?..dengar sana sini ramai insan2 yg kita kenal telah dijemput Allah ,Kita tidak pasti lagi sempat atau tidak atau kah tahun ini Ramadhan yg terakhir buat kita,Ya Allah kau ampunkan segala dosaku moga dapat aku bertemu ramadhan tahun ini dan akan datang..Insyaallah.

Saya tertarik dengan status ustaz syed Abdul Kadir Al Jofree pagi ni..Bertemu Ramadhan yang penuh hadiah dari Allah tanpa persediaan ibarat pergi ke istana Sultan yang ingin menganugerahkan hadiah, tanpa mandi dan berpakaian elok terlebih dahulu. Silap hari bulan kena halau di pintu istana lagi. Mudah-mudahan kita dapat terima setiap hadiah dari Allah pada Ramadhan kali ini sebaiknya. Kita sudah bersedia ke belum ya?

Oleh sebab sibuk yg dibuat2 ,baru lah kini dapat mama updatekan biskut raya(amboi...sebut2 raya.puasa pun belum) untuk sesiapa yg berminat untuk menempah dibuka sehingga awal ramadhan tahun ini ya..Tahun depan dah biskut lain....hehehe

 
Biskut Coconut Tosted RM28 64 pcs
Biskut samprit RM25 50 pcs
Biskut Dahlia RM25 50 pcs
Biskut Badam Suji RM28 64 Pcs
Putra Crunch RM28 64 Pcs
Biskut Pistachio Fingers RM 28 64 Pcs
wafer roll RM28 54 pcs

Hamper tahun ni dalam kotak yg esklusif dari Patmah cookies..Satu hamper mengandungi 3 jenis Patmah VIP cookies harganya baru seratus..biskut samprit dan biskut dahlia kalau nak dibuat hamper..boleh juga mama buatkan...tapi idea packaging hamper tu belum ada lagi..maaf ya


Yg nak mencuba rasa yg lazat juadah biskut lebaran kali ini...bole contact mama di FB atau call mama @012 7510371/019 7215181 Sebelum bicara akhir mama mohon maaf sekali lagi pada semua sahabat2 atas semua kesalahan mama,mama juga maafkan semua..moga2 kita semua saling memaafkan dan medapat ketenangan hati dan redha Allah..Kalau ada yg tersimpan dihati lagi..itu diluar kemampuan mama untuk merubah nya..yg penting kita ikhlas.Salam