Sunday, February 19, 2012

Cheese cake..Resepi bole cuba



500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA [:-)]

Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam.

Saturday, February 11, 2012

Allah akan balas perbuatan kau!(update!)

Anak sakit pun nak berlagak...."budak kecik x sesuai kat spital,".....ingat aku nak sgt ke bawak ziarah ke hospital anak2 aku yg masih kecik jumpa org hati batu angkuh sombong mcm kau..
(jgn ingat menyampah kau kat org lain ajer...org lain pun nyampah tgk kau)

konon nya bahagia sgt lah dgn aktiviti sihat kau...kalau nampak sihat cantik sekalipun,cantik ke kita ni pd pandangan Allah??...ubat hati kau tu dulu,lepas tu barulah nampak kau sihat

konon comel sangat, tp tak de pulak sape2 nak kawen dgn kau (opps..ramai yg nak kan kau tp semua sengkek giler..mana tahan dgn kos maintenance kau kan...)kau kan suka macam2,sbb kau asyik nak mengikis harta org aje,org pun takut dgn lagak kau yg nak branded aje...


Dah dah laa tuh! berhenti dari berlagak okeh..sikap sombong dan bongkak kau tak kan kemana2..aku dah tau kau memang perangai hodoh,kau asyik tipu aje anak2 kau,satu hari nanti anak kau pulak tipu kau .....

kita bukan lah siapa2 kat dunia ni..cukup masa dijemput Allah..

tak serik2 kan

Aku nak ingat kan...jgn sampai tertangkap kali kedua pulak dgn pejabat Agama Negeri Perlis....

Nanti BFF pun tak dapat nak tolong tau...

Salam

Dari mata turun ke Hati~

Bismillhirahmairahim..............

Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita



Imej menghasilkan emosi, emosi meghasilkan fikiran. Oleh itu jaga apa imej yang kita nampak dalam minda kita dan mata fizikal kita. Lihat pada perkara yang baik ketika ini dan hilangkan segala imej negatif zaman silam untuk menjaga kesihatan dan ketenangan jiwa

Bila kita sibukkan diri dgn membaca berita negatif besar kemungkinan kitabtidak mahu melihat diri sendiri tetapi melihat keburukan orang untuk jusitifikasi kelemahan kita. Cuba hentikan melihat keaiban orang tapi keaiban sendiri.

Disiplinkan diri supaya kita sentiasa menjadi seorang yang terbuka, sentiasa memerhatikan fikiran kita dan bersifat objektif dalam setiap hal. Sentiasa fikir apakah fikiran dan emosi ini yang Allah redha atau bisikan syaitan. Jadilah orang yang jujur dan tenang dan sentiasa niat membersihkan jiwa untuk bertemu Allah


Motivasi dari Prof Muhaya(untuk muhasabah diri ku )

Thursday, January 19, 2012

Mengharap Rahmat dan Redha Allah~

Salam jumaat,moga ceria selalu kepada sahabat2 blogger diluar sana.
Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Alhamdulilah..Allah masih bagi nikmat dan rezeki nya,moga2 kita menjadi hamba yg bersyukur,minta lah pd Allah agar dikekalkan nikmat2 nya..tahun baru ni mama nak rajin2 kan diri,biar Allah sayang,suami sayang,anak dan semua keluarga sayang kan mama.yg lebih penting pd mama,mama sayangkan diri sendiri,nak buat yg baik2 aje,nak jadi org yg baik,positif,majukan diri..Insyaallah.

Mama nak share kan rasa gembira sbb anak mama Aisyah Humaira dah pun bersekolah,nampak lebih baik tahun ni,rajin tolong mama,walaupun adik nya Husna buat sepah,kakak rajin kemas kan balik.mcm tu lah anak mama..ayah balik rumah tak sepah,ayah tak marah kita....hehehe
kek2 kat bawah ni kakak lah yg nak mama buat dan dia pun tolong nyepah2 kan sikit..hehehe


Butter cake..sedap jugek rasanya..kek ni manis,tp sedap bila ada whip topping dgn taburan qroquant tu.

Rainbow cake ni mama buat dua kali minggu ni,mula2 buat bagi atuk mak rasa,lepas tu b'day ayah kakak buat lagi nak topping kaler purple pulak,mama tak pandai nak deco cake,keras rasa tangan ni,tp ada hati nak buat hehehe.



Masa b'day fatin mama ada buat kan juga utk dia,anak2 ni suka mkn coklat2,jadi mama buatkan kk coklat utk fatin,b'day 1st Jan..mama buat kan lewat sikit

Wednesday, January 18, 2012

15 Jan

Selamat Hari Lahir suamiku..
Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu

Petang 15 Jan kita gi main panas kat Tg langsat...suka melihat keindahan alam ciptaan Allah ..mama share kan foto2 kat sana.............




Thursday, December 29, 2011

Bismillahirahmanirahim~SOLAT DHUHAA






Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.



Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.



Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”













Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…



Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”



Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.



Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…