Saturday, August 25, 2012

Beraya di kampung

 Assalammualaikum WBT


Alhamdulillah Ya Allah..Tahun ini dapat beraya kat kampung..selama ni pun tiap2 tahun memang tak pernah tak balik kampung...hee..mama tak pernah membayangkan mcm mana rasa nya beraya tak sambut dengan ayah dan emak kat kampung..paling lambat pun raya pertama mesti dah ada kat rumah..giliran tahun ni..mlm raya mama dah ada kat kampung..excited nya..dlm perjalanan nak balik ,dengan beg2 baju,kueh2 raya,ketupat rendang dari rumah atuk mak,anak2 yg ramai...pergh.....dengar pulak alunan takbir mnambahkan rasa gembira sebak sayu,syahdu nak sambut raya..mama satu malam sebelum balik ke kampung tidur pun dah tak berapa lena sangat....apa lah mama ni..ngalah kan budak kecik dia punya excited nak raya...hohohoh....

Sampai kat kampung keadaan rumah mak tenang aje..siang nya dah masak...rumah pun dah siap kemas..bertuah sebab acik cuti awal maka dia lah yang paling bnyk menyumbang tenaga..kemas,masak,bersihkan rumah..smuanya tangan acik yg rajin...T.kasih acik...

Lagu raya paling mama suka dan sangat mnyentuh hati mama ialah lagu raya dari mamat exist....kat sini mama bariskan liriknya....untuk mama nyanyi sorang2...hehehe


( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu




SELAMAT HARI RAYA...............maaf zahir dan batin



EMAK DAN AYAH...AMPUN KAN SEMUA DOSA2 SILAMKU




Alhamdulilah...ya Allah kabulkan doaku




Salam Aidilfitri



wajah ayahanda di pagi raya




Raya ni anak2 lah yg nampaknya paling gembira..........





Suasana pagi raya....masihkan dapat kita rasakan untuk hari raya yg akan datang?


Monday, August 6, 2012

Tempahan Hamper Raya 2012

Alhamdulillah...hari ni dah 18 hari kita berpuasa,memang pantas masa berlalu.Aktiviti dalam bulan Ramadhan dan persiapan raya sekarang ni memang sedang rancak..Tak boleh nak sembang lama2 sebab mesti update semua tempahan dari customer2 yg murah hati membri sokongan kepada Mamahusna Chocolate!




Biskut Samprit Dan dahlia tahun ni memang mndapat sambutan luar biasa...Dah terjual hampir 200 balang...Syukur Ya Allah

Tempahan dari sahabat org Taman pasir Putih..TQ Dear!


Tempahan Biskut Suji Brunei memang meningkat saban tahun



Tempahan customer sekitar JB dan Kl...TQ Allah


Sepanjang minggu yg agak sibuk...Tapi tak lah sibuk sangat...sibuk bila sekecik merengek nak kan perhatian aje....huhuhu:-)


Kotak2 tersusun dengan bantuan suami...terima kasih suami!






OK! Alhamdililah..semua dapat siapkan on time!...Mama ucapkan pada semua sahabat2 diluar sana slamat menjalani ibadah puasa,moga Allah kabulkan doa2 dan memberi keampunan kepada kita dibulan yg mulia ini..Salam ukhwah pada sahabat2 dan customer2 baru yg memberi sokongan,moga ukhwah terjalin sampai bila2 Insyaallah..mama sayang anda semua! Terima Kasih Wassalam......................